Sunday 19 April 2015

suci sebelum solat - ustazah Ros Izanuri Part 1

ujthaharah

suci;
1. hadas
- wuduk
- mandi wajib
- tayammun
2. najis
- bersih
- tempat, pakaian, badan

Jenis jenis najis:
1. mazi 
2.  haid : warna warna 
merah
coklat
hitam
keruh
hijau- hitam


Konsep bersihkan najis,  bersihkan najis sebelum bercampur dengan pakaian yang tak bernajis
telekung dan kain sembahyang tidak dicampurkan dengan pakaian lain


suci dari haid di mekah/ madinah
hafal surah: Hud 44

yassin 38

 mandi wajib: ikut cara Nabi, tanggalkan dulu najis, niat dan ratakan air seluruh badan
1. cuci kemaluan
2. baru wudu
3. mandi wajib mula dari kanan ke kiri dan rata kan air keseluruhan badan termasuk pusat
4. ambil air wudu lagi

kekal wudu, 
baca doa selepas wudu


atau


inna anzalna...




sifat Allah

sifat Allah Taala

Pengarang Abu Jaffar...
diterjemahkan dr Arab ke Jawi

bahawa sa nya  Allah berkuasa keatas tiap tiap sesuatu , atas segala makhluk , berkuasa menjadikan, hidup di dunia, dalam pelbagai keadaan, dan suasana, ini termasuk manusia, jin, malaikat, dunia, langit, segala yang ada di alam ini, semuanya dengan kuasa Allah Taala

Pelbagai yg diberi, dihidupkan, dimatikan, dihidupkan kembali, dan perjalanan seterusnya. samada bernyawa atau tidak. Dan tiap tiap sesuatu berhajat kpd  Allah Taala ...dan apa apa yg ada harus bagi Allah untuk mengadakan sesuatu.

Maka dengan kejadian kita ini, kita mesti meminta kpd Allah taala, hanya kpd Allah, bukan manusia, jin dan syaitan 

dan tiap tiap pekerjaan bagi Allah amat mudah bagi Nya, dan tidak bagi manusia dan makhluk lain...amat payah bagi kita.

Allah tidak berhajat kpd sesuatu, dan apabila menjadikan sesuatu, Allah tak mengharapkan atau berhajatkan apa apa dari nya. Dan Allah menegah perbuatan  sesuatu dimana mudaratnya tidak kena mengena dgn Allah tetapi akibatnya balik kpd kita.

Hukum hakam Allah , kena ikut hukum Allah, 

tiada ada seumpama nya akan sesuatu, sifat, zat, perbuatan dan tidak boleh kita membuat perumpamaan kepada Allah.

Sifat Allah, yang MAHA segalanya-  yang belum berlaku, yg akan berlaku, Allah dah tahu sejak 50,000 tahun akhirat ( 1000 tahun dunia= 1 tahun akhirat), iaitu sejak azali lagi

Allah yang maha mendengar dan melihat- tidak sama dengan pendengaran dan penglihatan kita.  Allah tak menggunakan alat dan medium

sifat Allah , kekal berbanding kita yg tidak kekal.Allah kekal sejak sebelum Azali dengan sifat kekal.
Maka kuasa Allah adalah berkekalan, dan sempurna, tidak pernah lemah, kurang dan sebagaimana nya.


Sangat berkuasa Allah pada sesuatu , samada ada dan tidak ada, Allah amat  berkuasa atas kita , semua yang kita ada semua kepunyai Allah. Apa yg ada pada kita di dunia, semua nya Allah pinjamkan, dan tiba masa Allah akan mengambil balik. Semua makhluk amat berhajat akan Allah Taala, dari segala rezeki,keluarga, dan semua yg kita berhajat , Allah yg beri.

Allah , tuhan yang amat kaya, kaya yang mutlak, tidak berkongsi dengan sesuatu. samada di dunia, akhirat dan segala nya di alam ini.

Kekayan Allah tetap milik Allah. Manusia, tidak punyai hak apa bila tiba masa nya, samada waktu, mati, naynyuk, tua dan sebagainya

Allah tidak menyerupai pada segala makhluknya


Manusia, hidup didunia yang paling dekat ialah mati.

kuliah magrib
MMBJ
15/4/15



kitab ibadah yg menakjubkan oleh Sheikh Abd Khalil- Utz Kamil

Ibadah yg menakjubkan ialah 

1. khusyuk dalam Solat
Yang penting nya kenal Allah taala , 

2. Solat sunat rawatib - 12 rakaat, jangan sekali kita tinggalkan , satu ibadah yg besar

3. Solat sunat muakad, yg dituntut- witir , dhuha, sehingga kita hendaklah mewajibkan pada diri kita sendiri, jangan kita sekalikali tinggalkan. Dariitu jika kita tertinggal, maka qada lah.

4. solat malam, lailatulail, bangun malam untuk solat sunat waktu malam. Jika kita masih belum beramal, maka lembutkan hati untul beramal.

Ayat kedua selepas Iqra', 


Permulaan perintah solat dengan sahabat sahabat awal, seramai 30 orang

dan untuk menunaikan tanggungjawab terhadap Allah dengan bertahajud waktu malam

ayat ini bukan teori tetapi suatu perintah yang jelas dan nyata. Ini persiapan hati , Qiam, dan Allah mengetahui bahwa kita akan menjadi lebih kuat iman , teguh dan taqwa kepada Allah.

Kita tidak mampu merintangi dugaan dunia tanpa solat malam. Sebut nama Allah dan beribadah dengan penuh keimanan, khusyuk dan hilangkan semua yang ada dalam hati selain dari Allah
dan zikir "Laillahaillallah"
Ashhadu- janji kita
illa- dari qalbu , dan jangan pesongkan hati kpd yg lain selain Allah.

Cukup lah tentang dunia
wahai hati kembali ke Tuhan mu
Wahai hayi yang layu,
mekarlah dengan bermunajat kpd Allah
terutama akhir akhir malam
sesungguhnya ibadah ini menjadi kan hati yang tenang

Diawal turunnya surah muzammil, solat malam adalah wajib.dan dikurangkan dengan ayat muzammil ayat 20

Surah Muzammil, ibarat sijil waktu zaman Nabi untuk mengerjakan solat dan zaman ini, ianya sebagai bukti dan pedoman untuk mengerjakan solat malam.

AyatAyat AlQuran diturunkan untuk kaum mukminin dan mukminat.

AlFurqan


untuk mukmin sejati, yang bangun malam sujud kpd Allah, sudahkah kita mencapai ketahap ini?Pembekal kita di hari kiamat!
Bandingkan hamba sejati dengan hamba yg lain ( yg habiskan waktu pd benda yg lain)
Apakah kita sudah puas pada tahap amalan yg kita dah buat?

Surah As Sajda


Mereka yg beriman akan terus sujud apabila mendengar ayat Allah ini. Perut mukmin sejati akan terus bangun , berdiri dan solat di hadapan nya , kerna rindu kpd Allah Taala. Mereka berdoa , bermunajat kpd Allah, dengan penuh rasa takut, dan amat kesian pada mereka yang tidak bangun malam untuk sujud kpd Allah.

1/4/15
MBJ
Utz Kamil





tafsir surah al Baqarah 65-72

Kisah Bani israel yg tamak kan harta dan sanggup membunuh pak Saudara sebabkan tamakkan harta, dan mencampakkan mayat tersebut di hadapan seorang jiran dengan niat menuduh jiran tersebut yang membunuh
dengan Marah jiran tersebut menemukan Nabi Musa dan meminta petunjuk bagi mencari pembunuh
dan Nabi Musa telah memerintahkan menyembelih lembu.
Tetapi mereka mengejek cara ini dan Nabi  musa berkata" Aku berlindung dengan Allah dan dari mengajak kaumnya dari membuat kerja bodoh"
Lalu mereka  mencari pasal dengan bertanya kpd Nabi Musa , jenis lembu.
Dan Allah mengklasifikasikan, lembu betina yg tak tua dan tak muda, dan supaya mereka melaksanakan perintah Allah. Tetapi Bani israel terus bertanya tentang warna pula.
Sedikit kerumitan sudah bermula dan Allah menyatakan warna kuning tua...yang sedap mata memandang. Dan apabila warna dah dinyatakan, Bani Israel berkata pula , Ins Sya Allah Ayat 70,dan memainkan perintah Allah. Dan terus bertanya lembu yang macamana? Lalu Allah perintahkan lembu yang tak pernah bajak tanah dan tak pernah membawa air, dan tidak cacat, maka bagaimana nak mencari lembu sebegini?
Kerna menggunakan kalimah Ins sya Allah mereka telah bertemu dengan lembu tersebut tetapi harga lembu itu terlalu mahal, semahal emas yg seolah olah membaluti emas dibadan lembu itu.
Dan mereka menyembelih lembu tersebut dan Allah berfirman" 

Dan Allah menghidupkan nya simati setelah disapu dgn lembu tersebut dan simati memberitau sipembunuh tersenut dan sesungguhnya Allah yang menghidupkan dan yang mematikan sesuatu


Pengajaran nya, perintah Allah mesti buat tanpa byk soal takut nanti kita akan terlambat untuk mengerjakan suruhan Allah. Dan Allah akan susahkan kita bila melambat lambatkan suruhan dan bila terlalu lambat takut nanti segalanya telah terlambat.

Jangan tanya benda benda yang terkeluar dari jangkauan akal fikiran manusia, dan jangan cari zat Allah Taala yang akan merosakkan akal fikiran kita.

begitu jugak dengan hukum Allah, hukum Hudud, yang cuba dilaksanakan sejak 1993 dan bila tak selesaikan masalah sosial, akibat nya kelahiran anak anak haram beratus-ratus dan dibuang merata rata.

Saturday 18 April 2015

Pentingnya hubungan surratulrahhim

Allah menyuruh buat kebaikan terhadap sesama manusia dan
melarang membuat kejahatan

Allah humma aini zikri ka, wa syukri
 , ....



Buat Baik: 
hati, kena bersih
Membuat baik kpd orang lain- sesuatu yang dituntut dan berterusan, sungguhpun orang buat tidak baik ke atas kita

Eratkan hubungan suratul Rahimm
akhlak,  tidak menyusahkan orang lain dalam apa cara
Bila buat kesalahan, bila ditegur jangan marah
bacaan Quran , perlu disemak oleh orang ke3 supaya ada orang menegur kesilapan
Kisah Arab Badwi yg menghalang perjalanan Rasullah dan bertanya bagaimana nak masuk syurga
Sabda Nabi" Ikut perintah Allah, dan jangan syirik, kedua dirikan solat*1 dan ketiga, eratkan hubungan sirratulrahim *2. Seterusnya , sesipapa yang memutuskan hubungan sirratulrahhim, dia terhalang drpd mendapat rahmat Allah Taala begitu jugak mereka yang duduk bersama dia"

nota: 
*1-Dirikan solat,- selesaikan solat dulu sebelum hal dunia dan elakkan golongan org yg cuai dan lalai.
Allah suka mereka yg bangun , bangkit melangkah untuk bersolat samada ke masjid, surau.

*2- Jangan duduk dengan mereka yg memutuskan hubungan sirratulrahhim, mereka yg duduk sekali  turut tidak mendapat rahmat Allah. Maka, bermaaf maafan , Allah amat suka mereka yang melangkah untuk memperbaiki hubungan surratul rahhim, dan dengan memberi harta jika rasa bakhil, maka , ziarahi kaum kerabat walaupun dengan hanya mengirimkan Salam.









19/4/15
JAWI
MBBJ

Tuesday 14 April 2015

istiqamah


Ayat 112 surah Hud


Istiqamah lah kamu spt yg diperintah kan kamu Wahai Muhammad " firman Allah
sejak dari Nabi Adam, hingga ke Nabi Muhammad mereka menghadapi ujian yg amat berat.

Surah ini byk mengisahkan ramai para Nabi:
1. kisah Nabi Hud dari ayat 50-60 menceritakan ujian yg dihadapi oleh Hud

2. Kisah Nabi Nuh, yg ditakdirkan bersama kaumnya 950 tahun , berdakwah kpd kaum nya tapi tak sampai 100 orang yg mengikut Nabi Nuh 

dalam kisah ini, menunjukkan Nabi Muhammad saw betapa berat amanah yang diberi kpd Rasullah dan Allah perintahkan  kpd Nabi dan org prg yg bersama sama Rasullah, seluruh umat rasullah, maka perintah istiqamah jugak diperintahkkan kpd kita.

Sudah tentu sukar untuk istiqamah 24 jam diatas sejadah,Tiada jaminan untuk masuk syurga, dan perkara yg sukar, dan Allah telah memberi cara istiqamah , jangan kamu melampaui batas

al Imran 112 yg dibaca pd setiap solat jumaat.





Keimanan dengan Akiqah yang betul : dikisahkan 3 lelaki dtg hendak jumpa Nabi tetapi Nabi tiada di rumah dan yg ada hanya Isteri Nabi Aisyah ra.
setelah berbicara, 3 lelaki ini membuat kesimpulan yg ibadah mereka masih terlalu jauh dari Nabi
maka yg 3 lelaki ini ingin:
1: nak puasa tanpa henti dan tak berbuka
2. solat tanpa henti
3. tak mahu kawin dan terus ibafah- 

Setelah mengetahuinya, Nabi memanggil mereka, dan memperbetulkan cara amalan yang tidak melampaui batas

1: nak puasa tanpa henti dan tak berbuka- bahawa, Nabi berpuasa dan jugak Nabi berbuka, bermakna mencari kualiti dalam beribadah dan puasa yg baik ialah puasa Nabi Daud , jika mampu, jika tidak puasa isnin dan khamis.
2. solat tanpa henti, - lebih parah bila mengerjakan yg sunat dan terlepas yg wajib sebab terlalu letih
3. tak mahu kawin dan terus ibadah-  jika berkahwin telah sempurna separuh dari ugama

Sabda  Nabi lagi" dan Barang siapa yg membenci sunnah Nabi, maka dia bukan sebahagian dari umat Muhammad"


pesanan Nabi dan peringatan Allah dari AlQuranPengajaran:

Ayat di  atas nak menggambarkan betapa beratnya tugas Nabi Muhammad saw dalam menyampaikan ajaran Islam dan ini di gambarkan dari cerita perbualan antara Saidina Abu  bakar Al
Siddiq dan Nabi Muhammad saw


suatu hari Saidina Abu Bakar bertanya tentang uban yg tumbuh dikepala dan janggut Nabi Muhammad saw ( berjumlah 20 helai) satu jumlah yg sedikit. Tetapi pertanyaan personal ini, menunjukkan keakraban persahabatan mereka. Maka Nabi pun menjawab, ia disebabkan surah Hud dan sedara sedaranya. ..iaitu ada 5 surah yg yg menyebabkan uban dikepala Rasullah.

surah Hud
Alwaqiah
Fussilat
anambak
al muddaththir

surah2 ini yg membicarakan tentang hari kiamat, dimana alQuran satu amanah yg amat berat

Dalam surat Hasyr, 
Perumpamaan yang Allah beri untuk manusia berfikir.

Pernah suatu hari unta yg membawa Nabi untuk berjalan dan ketika itu turunnya wahyu, ketika itu terduduk unta itu disebabkan beratnya wahyu itu.


Segala apa yg kamu lakukan baik, Allah akan bagi ganjaran...







MMBJ
14/4/15

Monday 13 April 2015

Makmum Masbuk: Cara mendapat rakaat ikut imam

Mukadimah
Hadis Nabi  
dr aa u Wakik, ketika Rasullah sedang dududk dgn para sahabat dlm majlis ilmu, tiba2 dtg 3 lelaki
dan 2/3 duduk dalam majlis ilmu Nabi
seorang dr nya melihat ruang kosong di tengah2
manakala seorang lagi duduk di belakang 
tetapi mereka masih menyertai majlis ilmu

Manakala yg 3, merasa malu dan terus berlalu

setelah majlis ilmu , Nabi pun bersabda, " hendak kah kamu aku ceritakan dengan hal tiga orang
yang pertama, yg mengambil tempat kosong di tengah tengah, bersungguh menuntut ilmu, 
dan kedua, yg merasa malu, dan Allah jugak malu jugak dgn nya, mendapat ilmu tetapi tak sepenuhnya,
Dan yg ketiga, berplaing dgn Allah dan Allah jugak berpaling drpd nya.

Pengajaran:

Hari ini, manusia pandai berhujah tetapi tidak ada kesungguhan dalam menuntut ilmu. Dibandingkan dgn ulamak zaman dulu yg sanggup bermusafir untuk menuntut ilmu dan sehingga kini ilmu mereka menjadi reference kita.

Perbincangan Solat Jemaah

masalah 20: imam ruku' sebelum makmun masbuk habis baca alfatihah
Jika ini berlaku, makmun masbuk perlu potong bacaan fatihah dan terus ruku' ....mengikut hadis Nabi, cukup bacaan Imam, mengikut Mazhab Shafiee

masbuk: rujukan dari kitab Albayaatul Madiyah, Syeikh Daud Fatani

Orang masbuk menjadi makmun tetapi tidak punyai masa memadai untuk membaca Fatihah

1. terjadi sebab kesesakan, terlalu padat dan terlambat kerna terlalu ramai
2. atau lambat gerakgeri tetutama orang tua , manakala imam cepat, hampir ke ruku'
3. Setengah makmum, disebabkan imam yg silap, yang mempercepatkan bacaan, sehingga makmum tidak sempat membaca fatihah dengan sempurna, wajib nya ikut imam ruku'.(( Imam sepatut nya sattah( diam sebentar) , tunggu makmum sempurnakan Fatihah))

Bila Imam terlalu laju  bacaan nya,atau makmum terlambat ikut naik dari sujud dan makmum tak sempat habis Fatihah dan imam mula ruku' maka makmum wajib ruku'. Wajib ikut sebab perlu cukup kan rukun dan tertib untuk mendapat pahala jemaah.

Siapa yang sembahayang dengan imam bermakna dia mendapat fatihah yg dibaca oleh imam

Contoh lain:
makmum lambat sedang baca doa iftitah, masbuk, makmum kena baca fatihah sedang imam telah pun ruku'. Ini bermakna makmum ketinggalan untuk ikut imam rukuk' dan iftidal dan imam sujud. Setelah abis fatihah, makmum terus sujud dan kena ganti satu rukuk.

Jika makmum ragu ragu , sempat atau selisih ikut imam samada dapat rakaat ke tidak. Hukumnya ganti satu rakaat, sikap berhati hati , kira tak dapat sebab tak sah solat tersebut






bagaimana pula makmum yg terlupa membaca fatihah dan teringat ketika imam dah mula nak ruku'


ustaz Zul
MMBJ
13/4/15

Saturday 11 April 2015

Istiqamah di Majlis Ilmu


Berkenaan dengan manusia yang suka beristiqamah dimana sahaja, tetap dengan Allah Subhanallah dan dengan itu Allah berjanji dengan manusia ini, manusia yang mengaku Allah tuhan nya, Diturunkan Malaikat dengan manusia yang suka beristiqamah.
Beristiqamah- tidak ada syirik sedikit langsung,  walaupun ada sedikit rasa takut akan hukum dunia iaitu manusia dan lain lain, dan jangan bersedih dan tidak perlu takut kerna Allah akan memberinya syurga Allah. 
walaupun amalan itu sedikit, tetapi masih mengingati Allah tetap istiqamah.

Nabi Muhammad saw diutuskan Allah , untuk menyampaikan ilmu dari Allah, satu warisan dari Nabi Muhammad.

Saidina Ali, seorang berilmu tinggi, apabila disoal pemuda yahudi, bahawa Saidina Ali adalah kunci segala ilmu, sehingga Nabi Muhammad sendiri mengaku keilmuan Saidina Ali.

Jawapan Saidina Ali ( mempunyai hikmah )

1- dianatra ilmu dan harta mana yg lebih penting, ilmu itu warisan para Rasul dan ambiak sementara harta  itu warisan Qarun.

Ilmu yg ada sanad, seumpama naik rumah melalui tangga, sementara yg tak ber sanad, seolah olah naik rumah melalui tingkap, begitu susah
Maka carilah guru yg bersanad bila mencari ilmu.
Sanad alquran, guru guru Berlandaskan AlQuran dan pertalian nya sampai hingga Allah Subhannallah. Pertalian ini yang menyampaikan ilmu asli  sehingga Ke Jibrail (melalui) dan Allah

2. soalan yg sama ditanya oleh pemuda Yahudi, Saidina Ali marah sedikit, Dan jawapan   "ilmu itu menjaga kamu sementara harta itu kamu yang menjaga"

3. soalan ke 3: mana yg perlu dicari ilmu atau harta
Jawapan: cari ilmu akan ramai kawan sementara harta akan mendapat byk musuh

4. soalan 4: 
 harta kalau dibelanja akan berkurang tetapi ilmu apabila di kongsi maka bertambah tambah barakah dan manaafat

5. soalan ke 5 soalan yang sama
orang yg ber harta biasanya kedekut dan tidak disukai tetapi otg yg berilmu senang memberi.  maka ilmu akan membuat orang menghormati kita

6. soalan ke 6  : apakah kepentingan ilmu dan harta
pemilik harta akan dihisab orang nya dengan harta
tetapi ilmu akan diberi syafaat kpd nya, maka kongsi ilmu

7. soalan yg sama, 
harta menjadi pemilik nya keras hati
ilmu akan menjadikan pemiliknya cerah hatinya


8. soalan yg sama
harta bila lama disimpan, menjadi kusam ( melainkan menjaga harta Allah)
ilmu bila disimpan dan disebar menjadikan manafaat

9. harta - orang akan merasa miliknya
ilmu, orang akan rasa milik Allah, Nabi Muhammad Saw sendiri mengatakan mujizat nya adalah dari Allah

10. soalan akhir tak ditanya
dan akhirnya 10 pemuda yahudi , memeluk Islam, hikmah nya Saidina Ali yg diberi Allah Subhanallah

menziarahi bayi baru lahir, doa untuk menjadi , soleh dan soleha
menghadiri majlis perkahwinan doakan keberkatan pengantin mendapat zuriat yang baik baik

Majlis ilmu ,   majlis keberkatan , mendapat rahmat Allah
...pesanan Lukman Hakim


MMBJ
12/4/15










Sunday 5 April 2015

beriman kpd Malaikat part 2

"sesungguhnya Allah memerintah seorang malaikat dalam proses perbentukan alam ini dan perbentukan manusia dari air mani dan seketul darah"

Maka bertanyalah malaikat kpd Allah tentang perbentukan kejadian manusia, samada diteruskan kejadian, dari jenis dan Allah menegaskan perbentukan itu. Ini adalah cerita yg disampaikan oleh Rasullah kpd para sahabat.

Malaikat akan bertanya kpd Allah dari mula persenyawaan , perlukah disempurnakan? jika ya, maka proses kejadian akan bertukar kpd seketul daging, dan seterusnya malaikat akan bertanya lagi kpd Allah perlukah disempurnakan, jika jawapan nya ya, dan setrusnya di teruskan sempurna untuk di jadikan janin? Jika jawapannya ya, maka jadilah dia janin(4 bulan) 
kemudian malaikat bertanya lagi,  adakah nasib janin ini menjadi baik atau tidak dan samada lelaki dan perempuan dan bagaimana rezekinya? Maka Allah jugak memberitau ajal maut nya sudah ditulis sejak azali lagi, ditetapkan oleh Allah.

Kematian akan berlaku dimana mana sudah ditetapkan dan ada malaikat yg ditugas menjaga nya.


Dalam persenyawaan dari benih lelaki dan perempuan, sudah ditetapkan Allah dihidupkan dan maut jugak ditentukan.

Hadis 2: 

Mengenai amalan yang diangkat oleh  malaikat diwaktu solat subuh dan solat asar.
ditanya oleh Allah akan amalan hamba hamba sewaktu malaikat meninggalkan mereka,  mengikut shift.
malaikat akan turun pada waktu subuh dan tinggal pada waktu asar
begitu jugak shift asar akan  tinggalkan pada waktu subuh.

Maka amalan, kita sekiranya ditinggalkan kita sewaktu kita sedang solat subuh, dan jawapan nya kita ditinggalkan sewaktu kita sedang solat subuh.

2 waktu ini jaga dalam solat berjemaah, adalah orang yg bahagia, disaksikan oleh malaikat, maka jika solat berjemaah pada waktu subuh dan asar, maka bahagialah kita.

Pada baki umor yg kita ada, penuhkan catatan malaikat dgn amalan amalan kebajikan.

Orang yg bertaqwa adalah orang percaya pd ghaib, kpd Allah, mendirikan solat dan menginfakkan harta nya kpd yg patut mendapatkan nya.

Dan jugak org yg beriman kpd kitab alquran dan kitab kitab yg terdahulu, jugak yakin dgn hari akhirat.

mudah mudahan kita menjadi orang orang beriman, bertaqwa dan soleh.


Bagi mereka yg belajar dan tahu, alhamdullilah tetapi bagaimana mereka yg sibuk tentang dunia dan tak sempat solat dan malaikat akan lapor dan catat apa yg mereka buat.

ada jugak manusia yg suka membuat fitnah, dan perbuatan majumah, kurafat, yg keji

Hadis Nabi- dari bukhari muslim dari abu hurairah, " bila Allah hendak membahagiakan hamba nya , Allah akan jugak perintah jibrail membahagiakan dan jibrail akan mengistiharkan kpd penduduk langit untuk mengasihi si polan itu. setelah itu dikasihi oleh penduduk langit., dan org itu akan mendapat sambutan di bumi . 
dan jika Allah benci akan sesaorang, Allah berfirman kpd jibrail supaya benci dan jibrail pun benci dan mengistiharkan kpd penduduk langit dan meminta membenci kpd si polan itu. Maka seluruh penduduk langit membencinya dan dia dipulau oleh penduduk  bumi."

Bagaimana kita? kita perlu buat supaya Allah sayang kat kita, jibrail sayang kat kita, penduduk langit sayang kat kita dan penduduk bumi sayang kat kita.
Maka apa apa perintah dari Allah, malaikat akan menunaikan perintah Allah

Dan ingatlah apabila kita mengucapkan amin setelah imam membaca fatihah serentak dengan imam, maka Allah akan mengampunkan kita.

5/4/15
mjb