Tuesday 22 November 2016

Amalan Rasullah

Amalan Rasullah: Solat Dhuha

Dari Saidina Aisyah ra. Bahawa Rasullah sallahhualaiwassalam menunaikan Solat Dhuha sebanyak 4 Rakaat,musnah muakad.
Suatu amalan sunat yang Nabi tidak mewajib kan kepada umatnya Dan baginda jugak membuat 6,8,10,12 Rakaat 

Solat Dhuha boleh dibuat Dari 2-12 rakaat, satu Kebaikan untuk pahala 
Dan sebaik dilakukan diwaktu pagi, Setiap tulang sendi patuh bersedekah, tahmid, tahlil Dan yg paling baik dilakukan ialah Solat Dhuha, pergerakan 360 tulang, sendi2 atau bertasbih, bertahlil tahmid, sebyk 360 kali. 

Dua Solat Dhuha , adalah yang paling senang dalam pergerakan 360 sendi2 selain memohon pada rezeki yg marah, Dan meminta Zuriat keturunan yg taat kepada Allah.

Waktu Dhuha bermula 28minit selepas syuruk sehingga pukul 12 noon

Waktu afdal Dhuha: pukul 10am


Amalan Rasullah: meluruskan saf sebelum solat berjemaah 
Sempurnakan saf Pertama, jangan mulakan saf kedua sehingga saf pertama sempurna 
Tugas imam menentukan Jemaah lurus kan saf, jika tidak ditakuti tidak mendapat pahala saf berjemaah 

Saidina Omar, menggunakan pedang untuk lurus kan saf.
" lurus kan saf Dan SaMa kan saf, Dan Sesungguhnya membetulkan saf itu mendapat kesempurnaan Solat jemaah " Sesiapa yg tidak mahu merapatkan saf, maka dia tidak dapat pahala saf.
Sentuh bahu dengan  bahu , Atau lengan dengan lengan. Kawan2 Jemaah boleh tolong tarik tangan kawan untuk merapatkan saf, untuk dapat pahala jemaah.

Lurus kan kaki dengan rakan sebelah. Penuh kan saf pertama kerna pahalanya lebih besar. 





Sunday 20 November 2016

Lemah Iman punca dan penawar

Iman- Jalan mendapat iman ialah ilmu Dan Iman itu...
Membenarkan Dan menyakini dengan hati, ikrar Dan beramal Maka sempurna lah iman.

Iman Malik b Anas, menuntut dengan nya mesti ada kitab, Dan Anak Nya murid Nya Iman Shafie yg miskin, yg mencatit ilmu di tulang unta.
Iman Shafie menghafal 1500 hadis dalam masa 3 malam, seorang insan yg bersih hati , jernih akal.

Iman malik - Iman itu ucapan Dan amalan,
Hadis Nabi Muhammad Salawahhualaihiwassalam, Iman itu lebih Dari 70 cabang, dan sebaik baik ucapan Ialah Laillahillallah, lambang Iman, Dan serendah rendah Iman, membuang bahaya di Jalan.

Darjat sifat orang beriman: 3. Muslimin 2. Mukmin 1. Muntakim 
AlBaqarah ayat 1-5



Orang yg beriman- Solat khusyuk 

Alimaran 133-135- sifat orang beriman

Dalam berjuang pasti ada marah, tapi jangan berjuang kerna marah , kisah Saidina Ali yg diludah oleh musuh, rasa terhina tetapi rasa  marah dihapuskan kerna jika bunoh bukan kerna Allah.


Iman boleh jadi lemah sebab:
1. Iman Malaikat- maintain, tidak naik Dan tidak turun 
2. Iman Nabi-  naik meningkat bertambah Dan terus bertambah Dan tidak menurun , eg peristiwa israk mikraj - perjalanan rohani bagi menenangkan Nabi Muhammad Salawahhualaihiwassalam setelah kematian Bapa saudara Abu Talib Dan Isterinya Siti Khadijah 
3. Iman manusia biasa- adakala naik Dan ada turun, 

Dan penyebab:
1. Jauh Dari menuntut ilmu ugama- Syaitan suka org jahil yg sibuk beribadat Dan alim ulamak yang lagho ( ilmu Tinggi tapi tak beramal)
2. Berada dikalangan mereka yang melakukan maksiat, (nak jadi baik, berkumpul dengan mereka yg baik2)
3. Jauh Dari suasana keimanan dalam tempoh yg lama. Siapa yg tidak melihat wajah ulamak Akan menipis imannya , Dan Akan datang sangkaan buruk terhadap Allah. Faham qada n qadar, Allah maha mengetahui Dan ber sifat kehendak 

Mengetahui- sifat Allah , Akan keadaan hamba2 Nya Dan mengetahui Nya tidak menyebabkan hamba Nya ke neraka, sebab itu pilihan hamba sendiri 
4. Sentiasa sibuk dengan dunia sampai menjadi hamba dunia, Hadis Nabi Muhammad " umat Islam Akan diterkam oleh musuh Islam, umat Islam memang ramai, saperti buih, yang tidak bernilai, Iman fragile , kerna terlalu taksub dengan dunia "  - mencintai Akhirat tak semestinya menolak dunia- Yusof Qardawi
5. Sentiasa sibuk dengan harta , isteri Dan Anak- didik Anak ke masjid seawal USia 
6. Terlalu panjang angan2- takut Rosak Akidah kerna bertuhankan manusia, kerna tidak faham rezeki Dari Allah
7. Berlebihan dalam tidor, berjaga malam bukan untuk beribadah , byk bercakap Tanpa tujuan , Garis panduan Dari Allah , Makan Dan minum tetapi jangan melampau...Hak Dan had 


Ustaz Elias 
Kuliah perdana 
MMJB 
19/11/16

Penentang jiwa Imam Ghazali

Rabbani....

Kata kata yg sentiasa di bibir, memperbesarkan Allah, memuji Allah, tidak Kira samada berada di bawah Atau di atas ...Dan berdoa kepada Allah Supaya sentiasa Istiqamah 

Bukit Istiqamah: peringkat 
1. Bukit yang tidak cair dalam apa jua keadaan , panas Dan hujan sebab ini adalah Nekmat Allah
2. Bukit tidak Akan beku  walaupun sejuk...Kita pula tidak tahan sejuk
3. Bukit tidak bergerak walaupun ditiup angin kencang. Tak SaMa dengan Kita mudah goncang 
4. Bukit tidak berubah kerana air bah, bila Kita ditimpa ujian Kita tetap tidak berubah 

Allah kurnia Nekmat sesuai dengan kita


Tanda amalan diterima Allah: sifat Istiqamah 

1. Berterusan bertambah kebaikan selepas berjihad. Sesiapa yg berjihad tidak bertambah kebaikan, maka Tanda tidak Istiqamah 
2. Bulan Ramadhan- amalan dibulan Ramadhan di teruskan selepas Ramadhan 
3. Orang yg mengerjakan Haji, Tidak berubah selepas pulang , Maka Tanda Allah belum menerima amalan Nya 
4. Orang yg sakit Dan apabila sudah sembuh tidak menambah Kebaikan Dari segi amalan. Bermakna tidak gugur dosa disebabkan sakit.

Sesaorang muslim mesti jaga 4 kebaikan:-
1. Ilmu- amalan berdasar kan ilmu
2. Tawakal- Supaya mendapat keluasan drp Allah Taala 
3. Kesabaran- dalam membuat amalan
4. Ikhlas - Supaya Kita mendapat pahala.... Hanya kerna Allah, Jgn riak, takbur, siapa yg ikhlas beribadah selama 40 hari, dapat dilihat segala perbuatan dan perkataannya Dari hati.















Ustaz Norhafizi 
Kuliah Suboh 
MMJB 
20/11/16

Sunday 6 November 2016

Murtad

Jika ijmak alim ulamak berkata tidak wajib, tetapi jika sesaorang mengatakan wajib bagi dirinya dantanggungan Nya , maka dibolehkan 
Tetapi jika dia mengatakan wajib kepada orang lain, maka boleh menukar hukum sunat kepada wajib Dan menjadi kannya murtad.

Surah kahfi di hari Jumaat - Sunnah Nabi
Tetapi Surah yassin- sunat Dan Nabi tak buat.

Ada pula solat Jemaah hukumannya fardu kifayah, maksud jika ada orang buat maka Kita terlepas Dari tanggungan dosa. Hukuman Jemaah bukan sunat, jika menukar boleh murtad.

Barang siapa yg ada niat untuk murtad di masa hadapan, jatuh murtad disaat itu.
Atau berniat untuk menukarkan Dan menafikan syariat dimasa hadapan, murtad lah dia ketika itu.

Begitu jugak bila ada rasa syak, Akan keimanan nya, boleh jatuh murtad, tetapi jika was was

Ada pula manusia yang tidak berperidirian, tentang  Ugama Kristian Dan yahudi, maka boleh jatuh murtad kerna ugama di sisi Allah Hanya Islam.

Dan Melayu yang dah murtad di Malaysia, tidak boleh gunakan bangsa Melayu. Begitu di jugak Turki yang menggunakan bangsa berugama Islam.

Menjadi kafir jika sesaorang menghina sahabat2 Nabi , terutama yang 10 Sahabat yang dijamin syurga oleh Rasullah Dan menafikan Abu Bakar sebagai sahabat Nabi, maka murtad lah sesaorang itu kerna persahabatan ini disebut di dalam AlQuran.

Begitu jugak apabila menafikan Rasul-rasul yang 25 disepakati Dan jika menafikan Nabi Adam sebagai Nabi yg pertama Dan mana mana Rasul yg 25


Friday 4 November 2016

Taubat


Taubat orang yang beriman, Taubat Nasuha.

Orang yang Beriman Dan bertaqwa sentiasa bertaubat 

Hassan Al Basri- berpesan mereka yang bertaubat mesti dengan hati. Dengan mengingati apa yang dilakukan Dan berbicara dengan Allah diwaktu malam. 

Mereka yang telah bertaubat, hatinya menangis, dihadapan Allah, sehingga tiada masa untuk mencari kesalahan orang lain. Bila merawat hati, menyesal dengan perbuatan lalu, reflect balik apa amal maaruf yang gagal dilakukan Dan kembali melakukan kebaikan jika terlupa Atau terlepas.

Maka orang yang beriman mesti beristifar pada Setiap selepas solat , bukan dengan hati tetapi dengan hati jugak ( Hassan AlBasri). Mereka bukan sahaja beristifar dengan lidah Dan hati Dan seluruh anggota Dan bercita-cita untuk tidak mengulang dosa dosa itu untuk selama lama nya.ini adalah Taubat Nasuha.

Dosa maksiat- mulut, lidah , perbuatan  Dan lain lain

Dari Sheikh Abdul kader jailani- seorang ulamak yang hebat ibadahnya.
Pesannya- kembali barang Dari dilarang syarak kepada yang dikehendaki syarak. Orang yang membinasakan Dan membuat dosa Hanya membinasakan diri sendiri.

Kisah Nabi Adam yg terpengaruh dengan Iblis, yang memakan buah yg terlarang di syurga, sehingga terlucut semua pakaian Dan mahkota Dan disuruh turun ke bumi.

Menyesal Dan bertaubat akhirnya.









Kuliah Magrib 
Ra up 92 November 2016
MMJB 
Ustaz Kapten Shukri

Berakhlak mulia

Edisi  3 Safar 1438H

BERAKHLAK MULIA

Oleh: PAI Nasrul

Daripada Abu Zar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya : “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan,nescaya ia dapat menghapuskannya (kejahatan tadi). Dan bersikaplah kepada manusia dengan sikap yang baik”.

Pengajaran Hadis :

        Hadis ini pada keseluruhannya mengandungi tiga hukum yang amat penting :

1.        Hak Allah

2.        Hak mukallaf

3.        Hak hamba

Hak Allah s.w.t ialah taqwa kepada-Nya. Hak mukallaf ialah menghapuskan kejahatan yang telah dikerjakannya. Hak hamba ialah elok pergaulan antara sesama manusia dalam masyarakat. Ketiga-tiga hak ini masuk ke dalam tuntutan dan pengertian taqwa. Yang demikian bererti  taqwa itu tidak pula terhad kepada Allah s.w.t, tetapi meliputi juga sesama manusia. Orang yang bertaqwa adalah orang yang dapat menunaikan pengertian tersebut secara keseluruhannya.

        Keindahan dalam masyarakat manusia ialah kerana adanya budi mulia. Kemuliaan budilah yang membezakan manusia daripada kehidupan liar. Berbudi bukan suatu yang dapat dibuat-buat. Ia merupakan hasil terakhir daripada pembentukan peribadi dan jiwa sejak kecil lagi. Oleh itu untuk melahirkan pekerja-pekerja yang berbudi mulia bukanlah mudah. Ia memastikan usaha giat dilakukan bagi membentuk peribadi tersebut.

        Antara caranya ialah dengan memberi ceramah-ceramah agama dan pendidikan moral kepada pekerja tersebut. Berbudi mulia juga  meliputi pelbagai aspek, antaranya aspek pertuturan, tingkah laku, pakaian, tindak-tanduk dan cara melayan tetamu sangatlah penting dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai. Orang ramai mengharapkan perkhidmatan yang mesra daripada pegawai-pegawai tersebut kelak akan dianggap oleh orang ramai sebagai sikap pegawai bank terhadap pelanggan. Oleh itu, sikap positif, lemah lembut dan berbudi bahasa dalam melayan orang ramai ketika memberikan perkhidmatan sangat penting dan menjadi suatu kewajipan.

        Disinilah perlunya seseorang memiliki kekuatan ilmu dan ketrampilan, kekuatan hikmah dan pedoman, tahu visi dan misi, faham akan maslahat dan strategi dan sentiasa berlumba-lumba sesuatu untuk melakukan kebaikan dan kebajikan manusia.