Thursday 4 February 2016

Al Hujarat ayat 11 - tafsir

Alhujarat ayat 11

Diseru kpd orang orang yg beriman yg meninggalkan perkara2 mungkar

Dalam ayat ini , Allah Taala melarang mencemuh golongan lelaki yg lain....kerna mungkin orang yg dicemuh itu lebih baik Dari mereka.

Begitu jugak wanita dilarang mencemuh wanita yg lain, kerna mungkin wanita yg dicemuh itu lebih baik.

Dilarang jugak memanggil orang dengan gelaran gelaran kerna perkara ini dibenci, Dan tak disukai.

Seburuk buruk panggilan setelah beriman, maka hentikan. Dan brang siapa yg tak bertaubat,maka dia tergolong dalam orang yg zalim.

Ini sebenarnya penyakit masyarakat- suka mengaibkan orang, merendahkan orang, merupakan penyakit hati. Disembuhkan dengan beristifar, zikir, baca Quran 

Ada pun selain Dari merendahkan orang, Jugak mengaibkan orang.

Malah yg lebih teruk, memberi gelaran dengan gelaran yg tak baik.

Selalunya, orang yg kuat Dari sehingga fizikal, yg mempunyai kuasa, orang yg bijak,  orang yg sihat kpd orang yg tak sihat, jugak pada wanita yg cantik kpd wanita yg kurang cantik, Dari orang Muda kpd tua, Akan mengaibkan, merendahkan orang yg lemah ,  melainkan untuk menasihat tapi kena caranya.

Allah Taala yg memuliakan sesaorang yg Dia kehendaki, Begitu jugak yg Allah Taala hendak menghina mereka- saperti Qarun, Firaun, Saddam, Assad

Menghina orang Amat dilarang oleh Allah Taala, Dan Allah jadi kan kehidupan bertukarganti sebagai pengajaran, byk musabah diri.

Lihat Dan cermin diri, Kita datang Dari air mani yang hina, semua manusia datang Dari air yg hina...Dan   Dalam tubuh manusia semua Nya SaMa hina Nya.

Berbanding dengan lebah, yg tak berakal, tetapi dalam perutnya, ada minuman " madu" , yang berbagai warna,  Dan berkait shifak, yang boleh menyembuhkan Pelbagai penyakit.

Seumpama lalat, yg lebih hebat Dari manusia, al haj  73, lalat bila mengambil makanan Dari manusia, Dan manusia tidak boleh ambik balik makanan tersebut .

Rumusan- harta yg byk saperti Qarun, sehingga kunci untuk hartanya dipikul oleh 40 orang yg gagah perkasa, tapi Qarun mati jugak apabila Allah Taala timbuskan nya bersama segala hartanya, Dan tiada siapa yg boleh membantu 

Begitu juga Firaun yg memerintah selama 500 tahun, Dan Allah meneggelamkan Firaun Dan kaumnya sewaktu mengejar Nabi Musa

Jugak kisah Namrood yg dibunuh oleh seekor nyamuk.

Sesungguhnya Allah tidak memandang kehebatan manusia, Dan bukan ukuran tetapi apa yg ada dalam hati, hati yg baik penuh dengan amalan.


2. Seterusnya, larangan mengaibkan orang samada di depan atau di belakang.

Dalam tafsir ibnu khathir, sebahgian kamu jgn mendekatkan atau mengumpat sebahgian yg lain, kerna termasuk dalam golongan yg dilaknat Allah.


Rujukan ..." Ayat humaizah" orang yg mengumpat Dan mencela di belakang 

Celaan Dan umapatan, Dari ibnu Abas" azab yg berat, walaupun benar kerna mengaibkan orang.
Walaubagaimanapun ada yg diharuskan...

Dari ibnu khathir " lumaza " mengumpat secara dihadapan , 

Mengumpat jugak Dari menggunakan mata, 

Ibnu thaniah, berpendapat, lumaza " lebih dasyat kerna melalui tulisan" 

Allah jugak melarang mengikut mereka yg suka bersumpah Dan mengumpat kerna ditakuti terpalit dengan dosa yg dibuat.  Mereka yg bersumpah tak melakukan sesuatu tetapi yg sebenar melakukan, maka hinalah keadaannya 

Orang yg suka bersumpah jugak suka sangat mencaci Dan menghasut orang dalam masyarakat, maka jangan layan orang yg begini.

Nabi Muhammad sallahhualaiwassalam, Dari ibnu Abas" makhluk Allah yg paling hina adalah 
1. Mereka yang suka buat fitnah" 
2. Mereka yg merosakkan hubungan antara orang yg baik.
3. Mereka yg suka mencari aib orang yg tidak bersalah 



Seterusnya 3:  jangan berpanggil panggilan dengan gelaran yg buruk.

Allah berfirman, jangan panggilan orang dengan gelaran yg buruk...seburuk buruk panggilan ialah setelah kamu beriman. Berhenti memanggil orang dgn gelaran yg buruk....berterusan ini, sabda Nabi SaMa saperti dizaman jahilliah.

Nabi pernah jugak mengubah Nama sesaorang A'asiah- pelaku maksiat.

Harus:
1. Orang yg dizalimi, mengadu Akan perkara itu untuk dilepaskan
2. Meminta pertolongan dengan mengadu Akan perkara sesuatu yg dilakukan
3. Menghindari orang lain Dari tertipu dgn orang suka menipu, atau org yg  keluar kan fatwa yg salah, 
4. Menceritakan sifat2 orang yg fasik Dan bangga dgn perbuatan mereka, harus ber cerita 
5. Terpaksa memberi gelaran Supaya dia dikenal.





No comments:

Post a Comment