Monday 31 October 2016

Hijrah ke Arah baik Dan lebih baik

Maksud hijrah - yang baik menjadi lebih baik, yang biasa kepada luar biasa, berpindah Dari mazumah ke mahmudah, termasuk pembaiki solat Kita kepada yang lebih berkualiti Dari umur kita 7 tahun lagi.

Proses Hijrah- susah kah ia?

Adakah hijrah ini susah? Ia bergantung kepada niat sesaorang, jika ada nawaitu, lebih senang. Walau bagaimana pun, jika tiada niat , Dan sesaorang itu menerima ujian Dari Allah, sebab Allah sayang kepadanya, tertiba dia boleh berubah 360' iaitu  kurniaan hidayah Daripada Allah. Ujian boleh Dari pelbagai cara,  yang  merubah  keadaannya ketika itu. Semak balik ujian itu , sebab ada hikmahnya 

 Bagaimana mereka yang jauh Dari Jalan Allah sebelum itu boleh berubah?


Bagaimana pula Kita yang sedia faham Akan Amal ibadah tetapi Hanya melakukan di bulan Ramadhan sahaja. Tidak tetap dengan Amal ibadah Dan tidak berterusan.  Betapa payah nya hendak beristiqamah Dan ini adalah antara cabaran untuk beristiqamah. 

Hijrah tidak boleh dilakukan secara mendadak , mesti ada Cara Dan proses

Surah HUD ayat 112
Dari ibnu Abbas" tidak ada satu ayat yg berat yang Diturunkan kepada Nabi Muhammad selain Dari ayat ini....Nabi merasa ayat ini Amat berat Dan sukar. Ayat ini adalah perintah untuk beristiqamah . Maka pengertian Istiqamah, tidak sesaorang itu sanggup untuk tergelincir Dari Jalan yang lurus 

Bila berhijrah- walau pun dah berniat, tapi tidak bergerak kerana ada halangan:
1. Orang itu yang mengunda-nunda berhijrah, Contoh niat nak pegang Quran 1 Shawal Akan tidak tak terlaksana sebab menunda- nunda kerana merasa sudah melakukan di Bulan Ramadhan. Maka dia menjadi hamba Ramadhan 

Begitu jugak dengan puasa puasa sunat, dimana puasa Hanya dilakukan di bulan Ramadhan Dan tidak beristiqamah untuk terus mengambil kesempatan berpuasa sunat yang lain.

Begitu jugak solat subuh di bulan Ramadhan, mereka boleh lakukan tetapi mereka menunda-nunda melakukan nya di bulan yang lain.

2. Orang yang gagal beristiqamah kerna rakan- 
Pepatah menyebut jika Kita berkawan dengan penjual minyak wangi, Kita jugak Akan terbau wanginya.  Bila nak beristiqamah perlu memilih kawan yang baik Supaya mendapat roh Atau semangat untuk berbuat baik. Jika kawan yang solat awal waktu, Kita Akan terpengaruh dengan semangat nya.

Ramai orang yang gagal beristiqamah kerna kawan kawan sekeliling mempengaruhi ke Arah keadaan yang tidak baik. Boleh berkawan tetapi ada batasan nya.

3. Kearapan Kerabat kaum keluarga 
Contoh ibu bapa sangat penting dalam Istiqamah.  Kekadang ada ibubapa yang bimbang jika anak mereka menuju kearah kebaikan, Begitu jugak ada Anak yang tidak selesa apabila ibubapa berubah kearah kebaikan , maka berlaku pemulauan di dalam keluarga sendiri

Maka jangan berputus asa, kerna Allah sentiasa bersama kita, Hasbullah wa' nekmalwakil

4. Lalai dengan perkara yang makruh-
Syaitan Akan terus memujuk ke Jalan yang sesat yang kecil berupa duniawi, saperti hiburan, Telefon  melalaikan manusia kerna  terus berusaha Cuba menyesatkan manusia . Terlalu banyak tidur , terlalu banyak makan, melalaikan kepada perkara wajib 

5. Khuatir- satu sifat tidak percaya pada diri sendiri boleh berubah menjadi baik. Syaitan menanam sifat was was Dan Seterusnya prasangka terhadap diri sendiri.


Oleh itu sentiasa berdoa 


Kuliah Magrib 
Isnin  31/October 2016
Ustaz Mohd Nizam B Wahab




Thursday 27 October 2016

Aqidah- tapak

Module penting
1. Ilmu ketuhanan- kejadian Alllah, tidak pada zat Allah kerna ditakuti Akan sesat. Dengan melihat kebesaran Allah 
Allah zat yang Kaya, yang manusia berhajat kan Akan Dia Dan Dia tidak berhajat Akan manusia.
Zat yang Kaya ini tidak sedikit pun bagi mudarat kepada Allah jika semua makhluk engkar Atau semua makhluk tunduk kepada Allah 

Kaitan zat Dan sifat
Zat itu Esa, Tuhan yg satu, sementara ugama lain menggambarkan banyak tuhan.

Sifat2 Allah, bukan hanya 20 ( yang wajib diketahui) 
Sifat Allah
Bukti2 kebenaran yg dibawa oleh Rasullah: keajaiban Dan bukti saintifik 

Ayat arrahman- bertemu 2 laut yg air tidak bercampur. Bukti ujud Nya Allah

Sebiji bintang seumpama bunga rose.

Dibukti AlQuran- Sebelum Rom ditewaskan oleh Islam telah dicerita kan dalam AlQuran oleh Saidina Omar Dan Sultan Ahmad Alfateh apabila  berlawan dengan Islam 


Bukti Allah Ujud, 

Qidam-Tiada permulaan jugak tidak ada akhir , manakala makhluk ada permulaan

Baqa- kekal, manakala makhluk Akan mati Dan musnah, sehingga malaikat israfil yg meniup sangkala pun Akan mati. Dan apabila tiupan Kedua bangkit lah makhluk saperti cendawan tumbuh

Muhkaltulful sihawsdis- tiada menyerupai sebarang makhluk. Ketika di Israk Mikhraj pun Nabi tidak melihat zat Allah.

Quran kalam Allah, falsafahnya, Allah tuhan semesta  Alam.

Module 2 kenabian

Module 3 Alam akhirat 


Solat Jumaat

Sah Solat Jumaat dengan 6 perkara 

1. 40 orang ahli , dalam perhimpunan rumah2 , dalam Mazhab Shafie, mesti dalam bangunan , maka tidak dilakukan di padang, Binaan tak semestinya berdinding tutup. Berbeza dengan solat Eid, sunat di padang Atau Tanah lapang, Supaya semua boleh datang.

Solat Jumaat - bangunan, Dan jika Binaan dengan Binaan yg lain jauh, maka tidak diwajibkan Jumaat kecuali dalam sebuah Binaan ada 40 orang Dan semuanya kamil ( boleh baca fatihah dengan baik). Maka jika tak cukup, mesti Solat zohor.
Binaan hampir - tiap2 satu tidak lebih Dari 300 hasta. 
Atau pendapat masyarakat antara mereka 

Tidak sah jumaat sebab masjid terlalu jauh, jika pergi tidak dikira Solat Jumaat.

Mazhab Hanafi- 3-4 orang sudah memadai 

2. 40 yang Mukalaf,
 mustautin- tidak berpindah, tidak bermukim , orang tempatan, bukan musafir 
Lelaki- perempuan tidak dikira
Merdeka- bukan hamba
Taklik- Mereka bekerja , maka sah ikut Mazhab lain.

Imam Muda Ashraf 24/9/16- Ma'al Hijrah

Orang beriman. Bagaimana menjadi seorang yang beriman. Contoh yang terbaik ialah sahabat2 Nabi yang sangat2 mencontohi Nabi.

Iman : 

Hanya Allah yang tahu, tiada siapa yang lebih tahu.
Ketika meninggal dunia, bagaimana Kita tahu sesaorang itu penuh iman Nya?
Apabila dia meninggal dunia, Kita Akan merasa kehilangannya 

Ma'al Hijrah- tabiat lama tabiat baru

Perbaharui lah iman kita, mengapa?
40 umur matang, turning point untuk berubah
Manusia dengan sifat sifat- yg Allah kurnia kan
1. Penuh gelisah, Dan bila gelisah teruskan Solat
2. Suka membazir
3. Suka gelak, 
4. Suka sedih, menangis, sifat ahli syurga
5. Sombong- tidak berubah, sangat sukar
6. Malas- berdosa kerna tidak Mengikuti ke Jalan yang Atau tidak melakukan kebaikan 

Menzalimi wuduk untuk menghilangkan Sikap panas baran


Doa untuk tambah iman
1. Sebut lalillahaillallah
2. Mengaji Quran 
3. Doa kepada Allah

Berubah - aura perubahan Akan dirasai oleh orang keliling


Kisah Anak Ayub- Nabi Zulkifli

Nabi Zulkifli Atau yang asal Nya Bashardan

Zulkifli- atas permintaan ramai, memikul tanggungjawab yg hebat
Zul- makna tanggungjawab 

Tinggal di Jordan, orang muda  Tetapi kuat beribadat, Solat malam, Dan dikatakan satu malam 1000 Rakaat Dan Siangnya berpuasa. Orangnya bijak 

Dinegeri Nya ada seorang raja yg tua yang tidak mempunyai anak Dan mencari pewaris tahta. Syarat nya  bbukan berkarisma sahaja tetapi kuat beribadat. Raja mendapat tahu tentang Bashardan Dan meminta Bashardan untuk menjadi raja Dan sejak itu dipanggil Zulkifli, orang yg menerima tanggungjawab yg besar 

Ada seorang lelaki yg suka berjumpa Nabi Zulkifli Dan bertanya tentang perkara yg remeh temeh.
Surah anbiya 85-86... Seorang yg sangat sabar
Dan lelaki ini tetap mendatangi Nabi Zulkifli Dan menanti walaupun Nabi beribadat dia tetap tunggu. Walaupun tiada siapa dibenarkan masuk dalam istana, lelaki itu tetap masuk ketika Nabi Zulkifli beribadat, maka dari itu dapatlah diketahui ianya adalah Iblis.

Tujuan Iblis hendak mengganggu ibadat Nabi Zulkifli 

Keistimewaan Nabi Zulkifli,  sewaktu ketika ada golongan yg kempen untuk menyembah yg lain selain Allah. Dan Nabi Zulkifli memerangi mereka ini. Antara yg  mengaku hendak memerangi ialah kaum yahudi Tetapi meminta Nabi Zulkifli panjangkan umur mereka. Dan doa ini termakbul Dan kaum Zulkifli terkenal sebagai umat yg berusia lanjut, beratus tahun. Sudah terlalu tua , tidak produktif Tetapi menggunakan perbelanjaan yg tinggi Dan akhirnya mereka meminta dimatikan.

Pengajaran 
1. Dilantik menjadi pemimpin dalam keadaan dia sendiri tidak mahu menjadi pemimpin. Hanya Setelah dipujuk Baru dia menjadi pemimpin.  Pemimpin- tanggungjawab Amat besar
2. Terkenal dengan sifat yg sabar, sabar dengan kerenah orang bawahan. Sabar itu- apabila sesaorang itu tetap melakukan perkara yg disukai Atau yg tidak disukai Dan ditinggal kan.
3. Anbiya 85-86 Nabi Zulkifli dipuji Allah Dan doanya di makbulkan, Dan hubungan rapat dengan Allah kerna rajin beribadat 





Musuh utama syaitan

Yassin Ayat 60



Iblis minta izin berjumpa Nabi Muhammad sallahhualaiwassalam Dan kesempatan Ini diambil oleh Nabi Muhammad Dan ditanya Akan Nabi , apa musuh sebenarnya kepada Iblis 

1. Nabi Muhammad sallahhualaiwassalam- kekasih Allah, Dan umat Nabi juga kekasih Allah dengan meninggalkan 2 Perkara kepada umatnya: Dan jika kamu berpegang kepadanya kamu tidak Akan sesat selamanya, AlQuran Dan alsunnah ( hadis, perbuatan). 
Diriwayatkan oleh Aisyah " akhlak Nabi itu adalah AlQuran "

Perumpamaan akhlak Nabi  jugak terdapat kepada para sahabat2. 

Taufik dan hidayah

Hidayah- milik Allah semata mata, diberi pentunjuk kepada Nabi Muhammad sallahhualaiwassalam untuk membawa umat manusia ke Jalan Allah. 
Hidayah milik mutlak Allah, sehingga Nabi tidak mampu memberi hidayah untuk Abu Talib sehingga akhir hayat. Dan Rasullah ditegur kerna mendoakan untuk bukan Islam yang terus kufur 

Satu hidayah yang diberi oleh Allah ,mampu membawa mereka ke syurga. Saidina umar mengucap syahadah setelah mendengar Ayat AlQuran.

Hidayah pun boleh sampai ke makhluk lain saperti Jin.


Orang yang mendapat hidayah, Akan rasa tenang 

Untuk menarik orang lain untuk mendapat hidayah, Dan berdakwah,  perlu Akhlak yang baik.


Taufiq- sesaorang yang mengamalkan ugama menuju kearah ketaqwaan Dan mendapat rahmat Dari Alllah 


Orang yg ada hidayah boleh membuat taufik.

Hilang hidayah Dan hilang  taufik:

1. Kegagalan mendapat Istiqamah- beramal secara bermusim Atau ikut keadaan 

Untuk sentiasa ada hidayah Dan taufik- berdoa, Dan Allah sentiasa suka mereka berdoa tidak Kira ujian     Baik Atau tidak baginya.

Setiap ujian Dari Allah
1.  Ada hikmah
2. Jgn buruk sangka - takuti kehilangan segala amalan.

Refleksi- tokoh
Islam yg mendapat hidayah Dan menjadi sahabat yang taufik, yang sebelum Nya musuh Islam.



Penebus dosa

J
Nabi bersabda
1. Bertakwa lah walaupun dimana pun berada 
2. Susuli dengan perbuatan yang baik Dan Amal ibadah, bagi menebusi dosa-dosa kechil Dan dosa besar dengan taubat Nashua. 
A. Ikhlas- antara sesaorang dengan pencipta nya 
B. Rasa kesal
C. Azam Dan tekad tidak Akan ulang 

Contoh Amal ibadah- spt sabda Rasullah, Amal ibadah , puasa, Solat, Dan 
3 perkara penyelamat kpd hamba Allah
1. Takut kpd Allah samada seorang diri Atau di depan orang ramai...terutama ketika berseorangan, mampu elakkan maksiat ( maksiat iaitu melanggar perintah Alllah)
2. Bersederhana ketika miskin Atau Kaya.  Merasa cukup dengan apa yg  ada
3. Melakukan keadilan dalam keadaan redha Atau marah 

3 perkara perosak kpd hamba Allah
1. Kedekut Dan bakhil
2. Miskin tetapi sombong
3. Ikut Hawa nafsu, berasa bangga diri

3 perkara angkat darjat hamba Allah
1. Sebarkan Salam antara muslimin Dan muslimat - sesama Islam 
2. Memberi orang makan, termasuk kenduri tahlil, bila berkemampuan 
3. Bangun 1/3  malam untuk Solat sewaktu orang sedang tido

3 perkara penebus segala dosa Anak adam
1. Sempurna basuhan anggota wuduk ketika waktu sejuk
2. Melangkah kaki untuk Solat ke masjid, bagi setiap langkah penebus segala dosa kechil 
3. Menunggu waktu solat Dan menunggu waktu Solat yang lain.
Firman Allah, "berdoa kepada ku , nescaya kan ku perkenankan Doa kamu" Dan dalam Doa Kita perlu bersangka baik kepada Allah, Dan jika tidak di dunia maka di makbulkan di akhirat. 

Berdoa- ibadah, ibadah ialah merendahkan diri, lihat adab2 
1. Yakin Doa Akan diperkenan Alllah, cuma lambat Atau cepat 
2. Tidak tergesa-gesa Dan berterusan, tidak jugak bersangka buruk
3. Pilih masa yang dimuliakan, Contoh hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat ( antara 2 azan - antara 2 khutbah, lepas asar hari Jumaat, antara azan -qamat), waktu sahur
4. Pilih keadaan yang mulia , ketika perang, waktu hujan turun, waktu sujud Solat sendirian
5. Bukan Doa dengan baca AlFatihah, Doa jugak pujian kpd Allah
Nabi- amalkan
                       1. Puji an kpd Allah
                        2. Selawat atas Dan Salam atas Nabi
                       3. Berdoa untuk semua orang, sifat tawaduk 

Doa yg di makbulkan 
1. Orang yg puasa
2. Orang yg dianayia 
3. Orang yg bermusafir ke jln Allah, yg baik 










MMJB 19/10/16
Magrib 

Wednesday 26 October 2016

Syarat di kalbulkan doa

Syarat2 doa dikalbulkan
1. Yakin yang Allah Akan mengkabulkan doa kita.  Dan Rasullah bersabda jangan sesakali meminta doa Dan tidak yakin Akan permintaan Atau berkata Jika Allah mengizinkan/ menghendaki 

Hanya Allah sahaja yg mengetahui bila doa2 itu Akan di makbulkan 

2. Khusuk dalam berdoa, serious dalam mengharapkan Allah mengkabulkan.
Bila solat malam, penuh khusyuk, sehingga mengalir airmata bila berdoa, pintu masuk untuk Allah mengkabulkan doa kita 

Doa 4000 tahun, doa Nabi Ibrahim, albaqarah 2:129- Wahai Tuhan Kami utuskan seorang Rasul iaitu Nabi Muhammad ....
Menunjukkan hampir 4000 tahun Baru Rasullah dtg, doa di makbulkan setelah sekian lama

Imam Hambali- tahu kah Kami keadaan sesaorang yang ditengah lautan Dan hampir tenggelam seorang diri, rasa lah pertolongan Allah


3. Tidak tergesa gesa,  kerna doa pasti Akan dimakbulkan 

4. Makan Hanya yg halal- Jgn menghasilkan harta dengan sesuatu yg haram. Harta yg punca Nya tidak halal, mengalir nya darah dr sumber yg haram, menjadi penyebab besar doa tidak dimakbulkan 

Rasullah Bersabda " perbaikilah pemakananan mu, " 
Insya Allah Kita ke syurga