Sunday 31 May 2015

Adab menempuh jln ke Allah- taubat



Kata hikmah, antara tanda Hati Mati , antaranya tiada rasa sedih , bila tidak melakukan ibadah dan bila buat dosa tidak rasa dosa, dan merasai pintu taubat dah tutup ( berperasangka tidak baik dengan Allah), Sedangkan Alllah bersifat maha pengampun walaupun dosanya sebesar gunung


Orang yg beriman sepenuhnya tidak membandingkan diri dengan orang lain dan keimanan hanya kerna Allah Taala. Dengan ini kita sentiasa berada dalam keseimbangan, dimana bila tertinggal amal merasa sesal , sedih dan berlaku sesuatu dosa, akan merasa menyesal dan berdosa. Penying tidak merasa ujub dengan diri sebab merasa hebat dengan amal ibadah.
Untuk Baiki diri
1. Sedih bila  tertinggal amalan
2. Bila berlaku dosa cepat bertaubat
3. Sentiasa bergantung dan bertawakal kpd Allah, dan Allah cinta pd org yg berserah diri kpd Allah dan bukan pada diri sendiri. Apa apa amalan yg dibuat dengan izin Allah, Allah yg mudahkan amalan
4. Tidak pandang remeh pada dosa kecil dan dosa besar. Jugak tidak merasa Allah tidak mengampun
5. Menumpukan pada yg fardu dan tambah dgn sunat
6. Kufur bagi mereka yg menghina amalan soleh, maka itu lakukan yg baik baik, khasanah.
perkara khasanah, buat dgn ikhlaskan diri
fardu - wajib ditinggal berdosa
fardu - sunat, buat ikut kemampuan dan jgn melampaui batas.

IKHLAS: sesuatu yg dibuat tanpa memikirkan apa apa, saperti org pandang dan sbg dan berserah kpd Allah

buang sifat riak, ujub, sucikan amalan dan yg tinggal harapan kpd Allah taala( kerna aku hamba, aku buat),  ianya rahsia antara hamba dengan Allah bagi amalan yang dilakukan.

1. orang yg menempuh jalan Allah, perlu sentiasa bertaubat tak kira merasa melakukan dosa besar kechil , hanya memikirkan dirinya dan dia merasa tidak layak menilai org lain.  Menyucikan diri berterusan.
Nabi Muhammad, sesungguhnya bertaubat lebih 70x sehari sedangkan Nabi Seorang yg maksum, tapi masih lagi beristigfar dan bertaubat dan berterusan.

Hendak kan Allah cintakan kita, maka byk kan bertaubat, surah........ ayat 24

Abullah Bin Umar, sahabat, mengikut Nabi dengan mengira istigfar yg dilakukan., dan kita , bila ibadah mengikut nabi Saw.


SABAR: Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yg sabar. Maka bila ada ujian , bersabar dengan  ujian Allah, Allah menaikkan darjatnya.










Ali Kam
MMBJ
24/5/15
4Rejab

imam Muda Asyraf


Tujuan kita beriman dengan saperti iman sahabat sahabat nabi yg dijamin syurga bagi mereka.

Israk mihraj yg berlaku 27 rejab:
pandangan sebahagian ulamak- bilangan hari dan bulan yg ditetapkan oleh Allah sejak azali dan darinya .4 bulan diharamkan berperang


Berlaku- Tahun ke 9 sebelum Hijrah- selepas kematian Abu Talib Bapa sedara, dan isteri Siti Khatijah.

Sejarah:
Sebelum berlaku Israk
Perjuangan Nabi Muhammad menyebarkan Islam, hampir 10 tahun, 

Kata Ulamak: jika kita nak kan sesuatu mintak lah dgn Allah, mintak lah dengan keadaan fakir, menangis di depan Allah , saperti yg dilakukan oleh Nabi muhammad, saperti perjuangan nabi2 yg terdahulu.

" Ya Allah Kau Maha Kaya dan aku Fakir" , doa Nabi kpd Allah sebelum berlaku peristiwa Israk wal mihraj.

Israk dan mihraj- sesuatu yang jika guna akal memang sukar, tetapi orang beriman percaya akan yang diceritakan oleh Nabi Muhammad. Sesiapa yg tak percaya , maka jatuh kafir.

Perjalanan ini, melibatkan hambanya ( Muhammad), surah israk, " insan"  yg termasuk roh dan jasad, nabi menaiki burak, singgah Madinah ( nama dulu, Yatrik) 
Bukit Thursinar( bukit Nabu Musa), 
singgah Bethelehem, tempat  kelahiran Nabi Isa,

Masjid AlAqsa- AlQud, seluruh kawasan masjid , solat mendapat 500 pahala....tempat nabi solat dan ikat burak.


Iktibar dari Allah...

1. ilmu yg Allah bagi terlalu sedikit, hanya setitis dari ilmu Allah yg seluas Lautan
2. ambil lah fadilat al Aqsa, ziarah Aqsa, dan jika tak mampu kirim minyak untuk menyalakan masjid Aqsa, iman...
3. Solat , solat, solat lebih penting dari umrah, haji.













MMJB
23/5/15
4 syahban

Nabi dan umat

Malaikat yg menjaga kita siang dan malam bersilih ganti, dan Allah mengetahui dari segala apa yang kita buat dan apa saja dalam hati kita.

Pada waktu suboh , malam berganti giliran , kedua malaikat mengsaksikan kehadiran manusia di rumah Allah, dan mereka yg beristiqamah ke rumah Allah, Allah akan memberi cahaya kpd mereka2 ini.

Pada suatu hari nabi bersama sahabat dan bersabda" ada makhluk yg mulia di sisi Allah dan para sahabat bertanya adakah itu malaikat?
jawab Nabi, ya Malaikat itu mulia tetapi bukan maksud Nabi
tanya lagi nabi adakah para nabinabi yg mulia
sudah tentu jawab nabi , nabi nabi itu memang mulia dan maksum tetapi bukan itu maksud Nabi
tanya lagi sahabat apakah sahabat sahabt ini mulia disisi Allah, jawab Nabi memang mereka mulia tapi itu bukan yg dimaksudkan, maka para sahabat berfikir fikir siapa yg dimaksudkan?i 
Lalu Nabi menangis dan bersabda, mereka yg mulia di sisi Allah, mereka yg lahir selepas aku, tak pernah jumpa aku, mereka yg mengikuti ajaran dan mereka itu ialah umat ku.

Dan sayang nya Nabi kpd umat nya, baginda menyimpan doa untuk umat nya di akhirat nanti. Diakhirat nanti semua manusia tidak akan ingat akan semua ahli keluarga kerna memikirkan diri sendiri, sedangkan matahari berada hanya sejengkal di atas kepala.

7 kumpulan yg mendapat naungan Allah antara nya 
1. sesaorang yg hati nya terpaut pada masjid, yg hatinya ternanti nanti bila boleh datang ke masjid lagi,  

Di akhirat nanti, umat akan meminta shafaat dari Rasullah tetapi shafaat akan diberi kpd yang taat perintah Allah dan mereka yang mungkar akan Allah dimasukkan ke neraka.

Nabi Muhammad saw akan terus bersujud dan berdoa untuk umatnya, walaupun mereka di dalam neraka
"Ya Allah selamatkan umat ku"...dan Allah terus meminta Nabi Muhammad berdoa nescaya Allah perkenankan doa Nabi Muhammad

dan dgn berkat doa Nabi Muhammad , Allah akan mengeluarkan mereka dari neraka.

Oleh itu, jangan sampai jadi umat yang celaka, yg tidak diiktiraf oleh Nabi, dan mereka yang memaling dan bencikan sunnah Rasullah, dan mereka tidak mungkin mendapat shafaat Nabi. Dan Nabi terus mencari dan boleh mengenal umat nya yg beriman walaupun imannya sebiji sawi.

sabda Nabi "Sesungguhnya dengan shafaat ku, hatta mereka yg berdosa akan mendapat shafaat ku"

Baginda saw, walaupun di hina, hendak dibunuh,terus mahu umatnya selamat 
Jadi selalu lah ingat Rasullah, berzikir dan berusaha dengan segala tubuh untuk beramal dengan sunnah Rasullah.

habburahman
datinPasir  mas
MMJB
31/5/15

Tuesday 26 May 2015

doa Rasullah - Hilangkan dukacita, keluh kesah

Hadis riwayat anas b Malik , bahawa Rasullah pernah bersabda



huraian:-
bimbang keluh kesah, kebimbangan yg terlampau- bimbang dari sesuatu yg belum terjadi. 

dukacita- sedih dan dilarang dalam agama, tak akan jadi baik, maka  bersabar dan redha

resah gelisah- bertawakal dan tak perlu risau,

lemah dan malas- sifat yg diprtangi oleh ugama.  Lemah- tiada keupayaan untuk membuat sesuatu. Malas - ada kekuatan tapi tak ada kemahuan dan tertutup segala jalan baginya. suatu sifat yg keji, sifat mahzumah. Sifat ini berpunca dari dukacita, keluh kesah dan gelisah, maka Rasullah menyuruh kita bersungguh sungguh. Sifat siaft malas, lemah semangat ini sifat syaitan dan tak melahirkan apa2 kebaikan.  Lebih teruk bila malas nak beribadah. Untuk memerangi sifat malas, yakin dan percaya yang Allah Taala siapkan memberi kpd siapa yg berusaha. Disamping itu bermajuhadah, iaitu melawan sifat malas, Rasullah dan sahabat tido terlalu kurang dan masih sihat, kena aktif, menggerakkan tubuh badan.
Mahjuhadah:
hilangkan perasaan malas
Berdoa lah kpd Allah, saperti di atas.

penakut dan kedekut- penakut menghadwpi kebenaran, takut buat keputusan yg baik, takut nak berubah. Kedekut - Allah tetap beri rezki balik pada rezki yg diberi, memberi dengan rasa dari hati
tekanan hutang-
kekerasan orang





MMBJ
26/5/15



Tuesday 19 May 2015

sambungan nekmat bagi Bani israel

Sambungan nekmat kpd Bani israel , yg diceritakan oleh Nabi Muhammad Saw kpd kaum Nabi Musa
ayat 49-54,

nekmat yg 6
sambungan ayat 55,
bagaimana Allah Taala nyata, bagaiman bani israel mengatakan kpd Nabi Musa bagaimana mereka takkan beriman sehingga mereka nampak Allah, Maka Allah turunkan petir dan mereka mati dan Allah menghidupkan mereka kembali dengan tujuan supaya mereka bersyukur tentang banyak nya nekmat yang Allah bagi pada mereka.

seramai 70 orang yg selamat selepas menyeberang Laut Merah, dan ditempatkan di kawasan nama DIN, yang tak ada hala tuju, dan mereka tinggal disitu selama beberapa tahun dan tujuan untuk bertemu Allah Taala.  Puak ini tak puas hati dengan zat Allah dan menuntut untuk melihat zat Allah. dengan sekonyong-konyong ribut petir menyambar mereka dan mati , mati selama sehari semalam, dan  sempat melihat keadaan mereka yang sengsara setelah mati. Dan mereka meminta dihidupkan semula...dan Allah hidupkan mereka semula, supaya mereka bersyukur akan nekmat Allah. 

mereka mencabar zat Allah , kita tak boleh mencabar zat Allah, kerna kekurangan kita.
 tidak saja diturunkan kpd Bani Israel tetapi pd seluruh umat manusia.

Allah Taala tidak dapat dilihat dengan mata, kerna kita umat yang lemah/terbatas

Nekmat untuk penghuni syurga , nekmat yg paling tinggi, melihat Allah Taala...wajah ahli2 berseri-seri 

nekmat ke 7
ayat 56

Kami lindung mereka dengan awan putih yang tebal selepas mereka terlepas dari buruan Firaun...selama 40 tahun, dimana mereka berjalan( ini berlaku jugak kpd Nabi Muhammad saw ketika ke Syam) di kawasan yang tandus. 

nekmat 8:
Lalu Allah Taala turunkan sepohon pokok yang besar dan makanan yg enak dan air mencurah curah ( yg dicampur dgn madu) selama 40 tahun.

nekmat 9:
ayat 57
dikurniakan tempat yang mulia, iaitu Baitulmuqaddis, lalu makan apa saja yang ada di Baitulmuaqaddis.
Saperti Bukit Golan, tempat yang subor, hasil tanaman yg sangat hebat, pokok zaiton hidup dengan subor dan boleh hidup beratus tahun.
Dan masuklah sekali lagi dan sujud dan mintak ampun (tunduk) kpd Allah, tetapi Bani Israel masuk dengan mengesot ngesot kan punggung dan Allah perintahkan supaya tunduk kpd Allah, tetapi Bani Israel engkar dan menghina Allah kalimah asal. Maka Allah tidak akan mengampunkan dosa mereka. bila Nabi Musa meninggalkan mereka.
Setelah itu mereka ditimpakandengan satu penyakit, wabak taun  dari langit dan mereka berjumlah 70,000 dari generasi pertama, mati sekali lagi.

nekmat 10

Ketika Mabi Musa memohon air untuk kaumnya, dan Allah memerintah kan ketukkan tongkat yg diberi Nabi Syuib, diketuk kan batu, dan terpancar lah 12 mataair....(Lalu Nabi Yaakub 12 anak diberi kpd anak Nabi Yaakub.)... nekmat yg diberi pada kaumnya yang kehausan. Maka Allah perintahkan makan dan minum dan jangan buat kerosakan di atas bumi . Ini berbeza dengan perbuatan yang diperintah dalam kitab taurat.

ayat ini ...mtk hujan

sunat solat istaq...solat mintak hujan secara sendirian
selepas solat jumaat ...mtk hujan
sunat solat beramai-ramai mrk hujan






Hubungan dgn Allah Taala

Adab dengan Allah
1. sentiasa menunduk akan mata dan khusyuk ddid epan Allah
2. Menghimpun hatap kpd Allah. Sentiasa tentang kebesaran, kehebatan Allah. Jangan fikir perkara yg tak tercapai oleh akal fikiran kita
3. Hamba yg nak dekat hindar dengan perkara yg tak berfaedah. terutama hiburan, permainan yg bertumpu kpd duniawi.
sabda nabi, lanjutkan pekerti dengan DIAM, dan dikira amal soleh dan dia menutup peluang syaitan untuk merosakkan kita
4. Mendiamkan segala anggota dari perkara yang mungkar dan gunakan nekmat ini dengan gunakan yang dikehendaki oleh Allah Taala.
5. Menyegerakan perintah Allah Taala. 
contoh: solat disegera dan jugak perkara perkara yg baik dan jika ada halangan fikirkan bagaimana nak alihkan halangan. 
6. Jauhkan dengan larangan Allah dgn segera
7. Jangan luahkan rasa tak puashati dengan qada dan qadar Allah, 
a. kena redha dgn takdir , sabar dan berserah kpd Allah
b. jika melihat sesuatu yg bertentangan dgn hukum syarak, dan tidak berkuasa dan tak dpt guna tgn, guna kan lidah jika bermanafaat dan yidak memudaratkan, maka jika tidak akan memudarat, engkar dalam hati.
perkara mungkar jgn kita redha
8. Byk kan zikir dgn lidah, berdoa, setiap hari
9. Mengekal tafakur dan mengingat kpd Allah Taala dan sentiasa mengingati Allah Taala. Jangan nak mengingat perkara2 yg sia2.
10. Melebihkan Allah  taala dari segala mahkluk walaupun dari boss. kerugian pada hari jumaat
11. Putus asa pada makhluk dan jgn bergantung harap pd makhluk tetapi mengadu kpd Allah Taala. Pada setiap masalah mengadulah kpd Allah Taala. Makhluk tak boleh menolong 
12. menghina diri kerna takut gerun kpd Allah Taala. Jadi hamba kpd Allah Taala tak kira pangkat di dunia dan rasa Allah ada segala segala nya. Mesti rasa takut kpd Allah , jgn sombong
13. Malu kpd Allah, terutama perkara maksiat
14. Diam dan bertawakal kpd rezki Allah. Jgn terlalu bimbang tentang rezki terlampau2 , jgn berkira sgt tetapi berusaha untuk rezki.
lihat pada binatang2 , yg mendapat rezki dan dapat hidup.

Allah telah sediakan rezki, tetapi kita kena cari

dan Adab ini,kena ingat pada setiap masa kerna kita tidak terpisah dengan Allah pada setiap masa


Adab terhadap orang alim: untuk keberkatan
1. jumpa guru , beri salam dulu
2. jangan bercakap lebih dari guru
3. jgn bercakap apa apa yg tak tanya
4. mintak izin kalau nak tanya
5. jgn sangkal kata2 guru dan banding dgn guru lain
6. jgn beri insyarat yg dia lebih tau dan pandai dari guru dan bertentang pendapat dgn guru
7. jgn berbisik bisik dgn org lain di depan guru
8. jgn berpaling kiri kanan , perlu tunduk di depan guru
9. jgn byk soalan
10. bila guru berdiri, murid jugak perlu berdiri, dan bila guru berjalan jgn bertanya lagi
11. jgn bersalah sangka, terhadap guru , sebab kita tidak tahu, tak tahu boleh bertanya

adab Guru :
1. Bersabar - menerima sesuatu yg sukar , cabaran
2. jgn cepat marah
3. duduk dgn hebat, tunduk kepala, jaga penampilan
4. tinggalkan ketakburan melainkan pd org yg zalim
5. pilih tawaduk, rendahkan diri
6. tinggalkan gurau senda tetapi jgn serius sgt
7. kasih sayang dgn murid, lemah lembut dgn perbuatan dia
8. menanti dan memeriksa kefahaman murid 
9. memperbetulkan org yg jahil, tunjukkan jalan, jgn marah, dan malukan murid
10. jgn malu berkata waallhualam jika ada perkara yg guru tidak tahu
11. hendak lah bersungguh2 menjawab soalan murid
12. membenarkan kata murid yg betul, jika guru ada buat silap
13. balik ke yg benar jika silap
14. beri nasihat supaya anak2 murid jgn belajar ilmu yg tak bermanafaat
15. menegah org lain belajar kerna niat bukan kerna Allah
16. Tegah org belajar ilmu kifayah dan melupakan ilmu fardu ain. Fardu Ain mesti diutamakan
17. Amalkan ilmu yg diajarkan dan supaya murid jugak mengamalkan nya.


Imam Maliki
Muaz B Jabal
8/3/15







Qiam - ibadah yang menkjubkan

Qiam - ibadah yg menakjubkan
surah al Furqan






Firma Allah" dan hamba hamba yg sejati, orang orang yg berjalan dimuka bumi dgn rendah hati dan menghabiskan waktu malam dgn beribadah pada Tuhan mereka dengan byk bersujud dan berdiri qiam kerna mendirikan solat"




surah al sajda 15-17
Maka kesian lah mereka yang gagal bangun malam dan beribadah kpd Allah

Maka tanam kan niat untuk beribadah pada malam hari bagi mengisi sisa sisa hidup yg tinggal


 tiada yang mengetahui akan nekmat yang Allah sembunyikan bagi mereka yang bangun diakhir malam...yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan pada apa yang mereka kerjakan ( bukan pada mereka yg mengetahui tapi tak kerjakan). 


Surah alzaiad 14-18




dunia hanya sementara
ajhirat jugak yg kekal


azzumar ayat 9

sesungguhnya orang yg berakal lah yang lebih yang bersujud dan berdiri, alangkah bahagia lah mereka.

Rasullah saw bersabda, alangkah bahagia mereka yang beribadah kerna ketika diakhir mlm Allah taala turun mengampunkan mereka mereka bersujud dan berdiri qiam dan mereka mereka yang merasa kan ini akan mengetahui nya.

Mengetahui sahaja tidak cukup, tetapi tanamkan niat , tekad untuk bangun malam untuk beribadah. Dizaman rasullah, sahabat sahabat dididik untuk bangun beribadah malam. selama 13 tahun hanya 30 orang yang meletak kan Allah adalah segala galanya , mewakafkan kehidupan mereka kpd Islam.


Sahabat bertanya kpd Aisyah ra tentang perkara yg menakjubkan tentang Rasullah. Segalanya tentang Rasullah semuanya menakjubkan, 

Firman Allah yg turun semasa Rasullah beribadah malam"  surah al imran 101
maka rasullah bersabda . celaka lah mereka yg membaca tetapi tidak memikirkan nya










6/5/15 MMBJ
Magrib



6/5/15 MMBJ
magrib

mentaati Allah dengan yg sebenarnya


mentaati Allah dengan yg sebenarnya

Ada yg telah beriman tetapi menjadi kufur kemudiannya

Ada manusia yg beriman tetapi ad yang menambah dan ada yg berkurang.

example:
bertambah, dari solat bersendirian sekarang berjemaah, menambah ilmu dsbg
berkurang, dari berjemaah sekarang tidak

Ketika Nabi Muhammad saw sedang duduk dalam keadaan gelisah , maka dtg lah malaikat Jibrail  lalu bertanya kenapa Nabi gelisah sedangkan umat Nabi diberi 5 perkara:

pertama: Allah akan bertindak balas mengikut apa yang ada dalam hati manusia dan oleh itu jangan berperangsaka buruk terhadap Allah. Nabi Daud pd suatu hari meminta untuk melihat temannya di syurga, lalu Allah memerintahkan nya pergi ke souk / pasar , dan seterusnya Nabi Daud mencari cari situkang kayu dipasar dan berjumpa dan bertanya dimana rumahnya. dan mengikutnya pulang

Nabi Daud bertanya lagi apakah amalan nya? Maka jawab nya apa yang ada pada nya adalah dari Allah semata mata dan bersyukur. Ini lah teman Nabi Daud di Syurga

Maka beristiqamah selalu, hayati pemberian Allah dan bersangka baik terhadap Allah

Kedua: menutup aib orang lain dan Allah akan menutup aib orang nya.
syariat yang diturunkan kpd Nabi2 yang terdahulu dari Nabi Muhammad saw.
eg Nabi musa , syariat byk pada nazar, bermakna meminta dari Allah . Jika tertunai nazar yg haram/ kotor, maka kena tunaikan, orang yg tak solat, seumpama air hujan yg turun dr rumahnya saperti air kencing anjing.
Dalam Syariat Nabi Muhammad, Nazar yg haram , haram jugak

Sahabat selalu menceritakan aib dirinya, jika tutup sahabat kita, Allah akan tutup aib kita dikhalayak ramai di akhirat kelak

ketiga:  tidak tutup pintu taubat sehingga datangnya sakratulmaut.
selalu bertaubat dengan Allah, kerna pada setiap waktu rasa berdosa. Dengan ini akan sentiasa mengharap pengampunan dari Allah Taala. sentiasa berdoa kpd Allah supaya Allah menerima pengampunan kita.

Allquran, bertadabur , faham, hayati kata kata Allah dan beramal dengan apa yang disuruh
Saidina Umar, menghayati surah Al Baqarah dan terus membaca kerna merasa belum menhayati dengan sepenuhnya

keempat:  pengampuanan kpd sesaorang setelah dia bersyahadah , laillahailllalah, jangan putus asa dengan rahmat Allah. 

kelima: Allah menghapus dosa dosa orang yg dikubur hasil dari doa orang orang hidup., saperti majlis tahlil. 




didatangi oleh sahabat dan jugak malaikat Jibrail, 





Suboh MMBJ
9/5/15
21 Rejab

Solat Jemaah : adap

Gejala sosial yang menular pada zaman ini apa menakutkan, dek kerna pelbagai jenayah dan penyakit sosial. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, tetapi masih gagal , dan ia meliputi dari orang awam, golongan ugama, dan jugak guru guru.

Mungkin ada kesilapan di pihak sekolah, saperti tidak menekan kan solat berjemaah kpd pelajar muslim, kerna mereka tidak memikirkan pentingnya solat jemaah, terutama pada hari Jumaat

Jugak mungkin dari keluarga yang bermasalah, tidak mendidik anak solat jemaah, mingkin sebab ibubapa jugak tidak bersolat jemaah

Solat Jemaah , merupakan kebaikan dan pendidikan kpd anak anak untuk berakhlak mulia.
Bagi pelajar pelajar yang solat jemaah , akan menjadikan pelajar itu lebih berjaya dalam pelajaran.

dari segi masyarakat, kegagalan , keruntuhan akhlak sebab tidak bersolat berjemaah.
dan Mengikut Firman Allah, mereka ini orang munafik sebab tidak suka bersolat berjemaah.

Maka kembali kpd islam, bawak keluarga bersama, untuk solat berjemaah, mendengar majlis ilmu di Masjid. Musuh islam mengkaji apakah kekuatan Islam, maka solat jemaah adalah kekuatan Islam. dan mereka akan tahu kelemahan bila masjid kosong dan kurang jemaah bila  tiba waktu solat.

Masalah ke dua: solat berjemaah

Hadis: Nasihat Nabi

Nasihat kpd 3 perkara bersandar hadis nabi, untuk Persiapan ke alam seterusnya:

Dari Abu Hurairah, yg Nabi Bersabda 

3 penyelemat, munjiat...bermakna, 
a. untuk selamat kan diri sebagai hamba Allah di muka bumi ini drpd perkara mungkar.
b. jugak selamatkan diri dari dibakar api neraka diakhirat

1. takut kpd Allah, taqwa atau al khauf..or khashiah, berbeza takut kpd makhluk yg lain. Bermakna jika takut dgn makhluk Allah , kita akan menjauhkan diri drpd makhluk yg kita takut.
akan tetapi manusia yg takut kpd Allah , pulak akan mendekati diri kpd Allah dan dia tidak duduk sendirian dan mengharapkan pertemuan dgn Allah diakhirat nanti.

Bagaimana hendak takut, sedangkan kita tak pernah jumpa Allah? Jadi perlu faham, tak perlu hendak lihat zat Allah, sebab kita tak mampu untuk lihat dan ianya mustahil.

Perhatikan, peristiwa israk mikraj, dan antara perkara yg berlaku, Allah memperlihatkan sebahagian tanda2 kebesaran Allah, antaranya Nabi melihat sejumlah 70000 malaikat yg memasuki baitulmakmur, yg tidak keluar sehingga kiamat, dan apa yg dimaksudkan Takut Kpd Allah, bermakna takutlah dgn azab neraka Allah. 
Kalau takut, kita perlu beriman sungguh2, saperti yg dikhabarkan dlm Quran dan dalil2 dr hadis Nabi.

Nabi pernah bersabds tentang azab siksaan neraka" sesungguhnya seringan azab , itu hamba Allah yg bawah tapak kaki bara api neraka, kesannya akan menyebabkan otak manusia menggelegak"

Dan bagaimana pula azab tidak solat? mereka menghentak kepala hingga berkecai, yg bercanyum kembali dan dihentak lagi.

Jadi takut lah kpd Allah samada bersembunyi atau dikhalayak umum dan dimana saja kamu berada, pastikan takit kpd Allah dan sesungguhnya takit kpd Allah secara sembunyi maka kedudukan nya lebih tinggi,

Dari Nabi , ada 7 golongan manusia yg akan mendapat naungan Allah diakhirat dan diantara,
1- hamba Allah yg digoda dgn mereka yg berharta, kecantikan dan mereka berkata aku sesungguhnya Aku takut kpd Allah Taala




2. bersederhana dalam berbelanja samada kaya atau fakir. Harta- perkara yg perlu diambil berat, dan akan ditanya diakhirat nanti.  Sumber harta itu, halal atau haram? perlu berkati, dan kemana kah harta itu dibelanjakan

Surah Al Furqan , 


3. bersikap adil kerna setiap manusia itu adalah pemimpin dan nilaian adil mesti ikut dari hukum ugama dan jangan melakukan kezaliman di bumi Allah.
Zalim bila tidak meletakkan sesuatu pada tempat nya. Maka brg siapa tidak meletakkan hukum Allah melebihi yg lain , maka dia org yg zalim.

begitu jugak hak kita sesama muslim, 

berlaku lah adil samada dalam tenang dan dlm keadaan marah ( amat dituntut, kerna marah dari syaitan dan syaitan dari api)

dan bila marah, ambil wudu' dan jika tak jalan, ubah posisi kedudukan, dan jika masih marah maka baring

Maka berhati hati ketika marah



3 perkara perosak


3 perkara mengangkat darjat


3 perkara penghapus dosa
1
2. pergi solat berjemaah
3.

Kepentingan Solat - dari peristiwa Israj dan Mihraj

Israj dan mihraj
Hanya Allah sahaja yang tahu apa apa yang akan berlaku dan manusia tidak mampu menolak dari menerima apa apa peristiwa yang akan datang.

Allah dan para amalaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad saw, jadi semua umat Muhammad perlu berselawat atas Nabi..

Tentang syurga dan neraka ada diberitahu dalam Quran, dan peristiwa israk dan mihraj berlaku setahun sebelum berlaku Hijrah. Sejarah demi sejarah diceritakan dalam AlQuran beribu dan beratus tahun sebelum kehadiran Nabi  Muhammad. Manusia perlu memikir bagaimana  nabi Muhammad boleh membaca cerita cerita silam . Pada waktu itu, Abu Jahal menindakkan kerna pakai akal ( akal tak sampai) tetapi Abu Bakar Alsiddiq mempercayai kerna memikirkan lebih jauh dari itu.

Hendak kebenaran dengan kata kata Nabi, dia diuji dengan mereka yang pernah pergi ke Aqsa dan Allah memperlihatkan kpd Nabi untuk menceritakan.

Perjalanan ini dari Masjidil Haram ke AlAqsa...dimana Allah kelilingi Rasullah dengan keberkatan dan memperlihatkan kebesaran Allah. Rasullah menunggang burak yg lajunya serupa kilat dan ketika dalam perjalanan Nabi berhenti sebentar di Madinah - dgn diberitahu oleh Jibrail , supaya solat di situ.

Kemudian ke satu lagi tempat, iaitu Madiyan, dan sepanjang perjalanan berbagai peristiwa saperti:
1: wanita tua - merupakan dunia yg sudah tua
2: disimpang - iblis
3. 3 salam - yg beri salam dan dijawab oleh Nabi

dan pelbagai azab dipertontonkan kpd Rasullah dan setiap azab rasullah bertanya kpd Jibrail dan dijawab oleh Jibrail.

Rasullah dijemput oleh Allah kerna nak beritahu kpd Rasullah tentang kewajipan bersolat. Tentang nilai nilai kehidupan:
1. Niat- buat sembahyang kerna Allah Taala
2. Bukan kerna riak.atau nak menunjuk nunjuk

Berat nya bersolat yang dituntut dan dari kaji selidik % tersangat rendah. 

Dari Alquran, sesungguhnya solat dapat mencegah perkara keji dan mungkar. dan jugak yang solat jugak " ramai yg solat tak khusyuk  sebab lalai, fokus hilang, tetap masuk neraka" dan perbuatan solat tak dapat mencegah dari perkara mungkar.
Dan Allah mencari orang yang betul solat dengan khusyuk: Bagaiamana?
1. memahami dan menghayati ayat ayat yg dibaca sebab itu ada lah doa, yg sentiasa meminta hidayah
2. bermusabah diri untuk memperbaiki solat kita
3. Kena bayangkan berhadapan dgn Allah atau melihat Allah dan bayangkan Allah sedang melihat kita, fokus dan anggap kita sedang berkata kata dgn kita.

Tanggungjawab sebagai muslim kpd muslim yang lain supaya bersolat:
1. usaha agar satu keluarga bersolat dengan baik
2. sahabat2 kita
3.  satu organasasi

Solat itu berat pada yang tak tahu
dan ringan bagi yang sudah biasa, menjadikan seronok , dapat musabah, fokus kpd Allah dan persiapan untuk hari esok, yang kita tidak tahu akan dtg nya. Dunia ini sementara, apa yang kita milliki akan ditinggal dan hanya membawa amalan2 dan sedekah/ infak 
.

Begitu jugak rukun2 Islam yg lain,  yang diwajibkan kerna melatih umat Islam menjadi jujur, displin, ihsan, berkasih sayang,bertanggung jawab, dan Allah memerhatikan kita.












13/5/15
27 rejab
Ustaz 
KAGAT
AlSyikirin

Adab adab , Terhadap Allah, Guru dan anak murud



Adab Adab dgn Allah Taala:


Allah Subhanallah tak pernah berpisah dengan kita dimna saja kita berada, samada kita masih hidup atau pun mati, dan Allah sentiasa bersama dengan mengingati dan beribadah kerna Allah.

Untuk menjadi hamba Allah yang sebenar, kita perlu kenal Allah dengan  betul dan sungguh sungguh,
mereka yg mengenal Allah akan menjadi kan Allah sebagai sahabat dan tempat mengadu.  Jika tidak byk waktu siangnya, maka jadikan waktu malam untuk bermunajat , mengadu kpd Allah. Jika mengadu kpd  makhluk tidak byk yg dapat dibuat.

Isu sekarang:


Para Nabi dan ambiak, ketika menjalan kan dakwah dengan byk halangan tetapi mereka tidak gentar atau gusar kerna Allah sentiasa bersama mereka. Byk amalan yang boleh diamalkan, saperti ibadah zikir dan sunnah sunnah Nabi

Adab:
1. tunduk ketika solat
2. rendah kan pandangan ketika solat
3. Khusyuk ketika solat
4. mendiamkan segala anggota badan ketika solat
5. segera melaksanakan perintah Allah. saperti solat, bertaubat, dan dengan menepati syiar syiar Islam
6. Jauhi lanrangan
7. Tidak menyangkal takdir nya, iaitu setuju dengan qada' dan qadar
8. Sentiasa berzikir
9. Fikir tentang kekuasa Allah, boleh menguatkan iman kita
10. Mengambil yg hak dan tinggalkan yg batil
11. Tidak bergantung pada makhluk, bahaya nya rosakkan aqidah
12. Tunduk dan patuh kerna kehebatannnya
13. Malu kpd Allah
14. Berasa tenang kerna berserah kpd Allah
15. Tawakal, berserah diri kerna kelebihannya , ada beberapa darjat, 
ygbtinggi berserah 100%



Adab seorang guru:
1. byk bersabar hadapi kesusahan dgn anak murid
2.  jgn cepat marah , byk bersabar
3.  tingkah laku, akhlak sebagai guru, kerna diperhatikan oleh anak didik
4.  meninggalkan takbur, jangan sombong, tak kira darjat sesaorang, kecuali dgn orang zalim
5.  Tawaduk , especially dalam majlis
6. tinggalkan perkara , permainan yg sia sia,
7. kasih sayang dgn murid dan lemah lembut dgn yg kurang pandai
8. membimbing yg bebal
9. jgn marah yg bebal, perlu bersabar
10. tidak malu berkata  "aku tak tahu " bagi perkara yg tidak tahu., supaya tidak mengata yg tidak benar
11. memberi perhatian kpd soalan murid , fahami barulah menjawab
12. menerima hujah orang
13. kembali mengaku salah jika ada buat salah
14. melarang murid dari ilmu yg memudaratkan, eg ilmu silat bathin, boleh tersasar aqidah, ilmu tarikat
15. melarang murid dari ilmu lain selain dari kerna Allah, iaitu niat kerna Allah, 
16. melarang murid menuntut ilmu kifayah jika belum belajar ilmu fardu ain.
17. Baiki diri sendiri, bertakwa sebelum mendidik. sorang guru mesti beramal dgn apa yg dia belajar, dan jangan sampai menyuruh orang buat dan dia sendiri tidak lakukan.
18. 

adab murid
1. beri salam pada guru
2.jgn byk cakap
3. jgn bertanya sblm guru
4. jgntanya tanpa izin
5. jgn sangkal kata guru
6. jgn tunjuk isyarat yg ia lebih pandai dari guru
7. jgn berbisik bisik sementara guru mengajar
8. menundukkan kepala , fokus ke guru
9. jgn byk tanya
10 berdiri bila guru berdiri
11. bila guru bangkit , jgn tanya lagi
12. jgn tanya di tengah jalan, nak jugak, mtk izin
13. jgn salah sangka terhadap guru, eg kisah Nabi Musa belajar dari Nabi Khaidir















16/5/15
MMJB
utz Maliki

Yassen Tafsir

surah Yassen ayat 12

 tafsir ibnu Abas, anak saudara Nabi Muhammad saw, sesungguhnya kami menghidupkan org yg mati dan kedua, Kami Allah boleh hidupkan hati hati yg mati. Maknanya hati yg mati dahulunya, tapi boleh dihidupkan Allah dimana , hati akan menyahut seruan saperti seruan Azan dan jugak memakan riba. Beli rumah dan kereta, pilih lah yang islamik, maka orang yg memakan riba, dosa besar, dan Allah uji dengan pelbagai , saperti doa yang tak makbul.

Dan jika mereka yg buat baik walau pun kecil  dan jugak buat yg jahat walaupun kecil tetap dikira.
Melainkan mereka ini:
1. yang belum baligh
2. org yg gila
3. org yg tido

Maka kesan dari perbuatan yg baik itu, akan tetap memberi kesan kpd , kehidupan sesaorang dan sesiapa yg mengikut contoh yg baik ini. Dan kesan nya lagi, pahala orang yg mengikut dan menggunakan sumbangan saham tetap juga di terima nya walaupun dah mati dan di akhirat.

contoh: universiti Al Azhar, dibina dengan sumbangan 

Sabda Nabi lagi, jika membuat sesuatu yg tak elok dan ada orang lain tiru, maka bila orang melakukan dosa, kita tetap akan mendapat dosa bersama, walaupun kita sudah lama meninggalkan perkara yg terlarang.

1.Maka bertaubatlah kpd Allah, kerna Allah Maha Pengampun.,
2. menyesal dengan
3.  bertekad dan azam tidak akan membuat perbuatan tersebut lagi.

4 syarat unyuk dilakukan oleh orang kafir di negeri Islam, maka pemerintah perlu
1. mesti gazettekan satu tempat khas untuk mereka, untuk mengawasi 
2. Alatan diasingkan dengan barangan halal, bagi yg mata rabun, atau yg ngantuk
3. orang yg bekerja jugak yg bukan Islam, termasuk cashier
4. 




MMBJ
19/5/15
1shahban

Friday 8 May 2015

Husnul Khatimah

Husnul khatimah menjadi idaman semua muslimin, penting untuk kita lihat dan mudah mudahan kita dapat beramal selepas kematian

Perbicaraan hal hal kematian supaya aturan hidup diredhai Allah

Allah berfirman, " maut yang kamu cuba lari akan tetap mencari kamu" bermakna kematian pasti akan datang. Tiada yang paling baik selain berbekal kan taqwa kpd Alllah Taala. 

Jika tiada bekalan, sesaorang yang mati seolah olah tenggelam dan lemas di lautan yang dalam. dan bekalan itu:
1. sedekah jariah
2. ilmu yg dimanafaatkan
3. anak yg soleh

5 perkara yang akan disoal  di akhirat kelak,
1. umur - apa yang digunakan sewaktu remaja, apakah di sia sia kan kerna tunggu tua baru nak mencari keredhaan allah
2. umur - yg diamalkan cara hidup
3. harta - dari manakah ia didapati? adakah diredhai? rasuah? perkara lain yang haram?
4. kemana kah harta dinafkah kan? kerna hak org lain dlm harta kita
5. ilmu kita - apa yg telah digunakan

hanya anggota badan yg akan menjawab dan mulut tertutup bisu

Cara kita meninggal dunia, tanda tanda akan ternampak oleh pemandi mayat. samada bahagia di alam barzakh atau sebaliknya.

Manusia terbahagi :3
1. terlalu sibuk dgn dunia, akan rugi dan sesal selamanya
2. org yg bertaubat dari hal keduniaan, dan mulakan kehidupan diwaktu tua 
3. org yg menghabiskan masa untuk Allah dan mereka ialah org yg bijak.

Hidup didunia, kita mengaku bahawa Allah adalah tuhan kita, itu adalah janji kita.
1. golongan yg pertama yg ingat pada janji dan taat setia
2. golongan yang lupa pada perjanjian dan hidup bertuhan kan nafsu dan yak kira halal dan haram. bila kematian,  tanpa amal, seolah olah lemas dilautan dan mereka yg sesal diakhirat
3. golongan yg baik tetapi lalai dan terpengaruh, maka hanyut lah dia...nafsu

Hidup lah sebagai musafir, teruskan matlamat , jangan terpengaruh dengan perkara parkara dunia yg lain. Bila terpengaruh ingatlah selalu akan mati. Dan musuh yg kuat ialah, kawan kawan , dan agama nya itu jugak pengaruh agama sesaorang.

4. Syaitan- yang menewaskan adam dan hawa.

mengingati hal kematian: orang yg menghadapi sakratul maut, hendaklah kita mentalkinkan iaitu, laillahaillallah.

Peristiwa peristiwa ketika hendak maut:

1. orang yg menghadapi sakratulmaut, dapat melihat malaikat maut, sehingga Nabi Allah Ibrahim boleh pengsan walaupun dgn lerekan matanya. Begitu gerun sekali wajah malaikat maut yg ingin mencabut nyawa org yg kufur. Sementara berlainan cantiknya dan indahnya diraikan ketika ingin mengambil nyawa org yg beriman.

Berbagai kematian yang cantik dan tak cantik

Yang cantik- kematian diketahui dan dapat melihat pemergian nya dinanti, dan bumi menjaga nya
yang tak cantik - disebabkan amalan yg tak baik, wajah yg mati mengikut amalan hidupnya, dan bumi akan menyiksanya.

2. Selain melihat wajah malaikat, manusia juga yg hampir mati, dapat melihat cara dan amalan kehidupan nya , samada dia kan seronok sebab amalan yg baik dan takut sebab amalan yg buruk.

Selagi hujung nyawa belum sampai dihalkum, maka bertaubatlah


3. peristiwa 3 bila hampir sakratulmaut, akan haus sehausnya, walaupun air seluas lautan , dan sakitnya 300x tetakan.

4. menghadapi musuh, Syaitan yg dtg untuk mensyirikkan kita dihujung nyawa, untuk menemani dia diakhirat kelak. akan ada pelbagai rupa yg takutkan semasa didunia akan muncul oleh syaitan

apabila sesaorang yg menyebut laillahaillah diakhir nyawa nya , maka syurga lah tempat nya.
dan tanda nya peluh kasar di dahi.

Untuk mendapst husnul khatimah
menambah perkara2 - istiqamah, benar dalam segala urusan dunia, byk baik sangka, menjadi orang soleh, cari sahabat yg baik


























Ustaz Shamsul Mohd Nor
AlRashidin
8/5/15

Kemulian yg tertinggi ialah Taqwa kpd Allah

Kisah nabi Zakaria dan Siti maryam, anak murid nya

Kurnian yg pertama kpd Siti Maryam
Rezeki turun kpd Siti Maryam dari Allah direct  sedangkan Nabi Zakaria tidak tahu. Dan ini menjadikan pelajaran pertama bagi Siti Maryam

Tapi ini tidak bermakna Siti maryam lebih mulia dari Nabi Zakaria.
Namun bagi Nabi Zakaria , Ilmu yang ada sudah tinggi, ianya perlu belajar lebih tinggi

Kurnian pelajaran yg kedua kpd Siti Maryam
Setelah itu , Allah menyampaikan kpd Maryam bahawa dia akan mendapat anak bernama AlMaseh.

rezeki waktu zikir tgh mlm, setiap zikir yg nak diberi berdasar tingkatan zikir, dan kisah maryam

Kurnian Allah boleh kan manis atau pahit, mengikut cita rasa kita., mengikut peringkat peringkat .

Dan apabila , Nabi Isa hendak dibunuh Allah memgangkat Nabi Isa ke langit dan akan turun ke Baitulmaqaddis 




saya seorang muslim, saksikan lah


keistimewean masjid

mendapat nekmat, rahmat, berkat dan fadhilat.

Bila berada di rumah Allah,
seorang muslim, berucap shahadah, bermakna dia seorang muslim - biasa
yg luar biasa - wahai manusia saksikan lah saya seorang muslim

AlHaj ayat 78
dalam ayat ini Allah berfirman, berusahalah, dengan berjihad, iaitu melakukan lebih ibadatnya, beramal nya, berkorban  harta benda dan nyawa dalam memperjuangkan kebenaran. Bukti nya sebagai muslim sejati, dan perangai disaksikan oleh manusia. Dan tiada apa yang dilakukan menjadi berat sebabkan kuatnya iman.

Dan nama yang Allah berikan, iaitu Muslim amat besar harganya.
Maka saksikan kita sebagai Muslim sejati. Dan jangan mati jika tidak bersaksi sebagai muslim sejati...islam

Kisah Nabi Yaakub yang memanggil anak anak dipenghujung usia, siapa kah yg akan anak nya akan sembah, maka jawab anak nya yang mereka akan menyembah tuhan yang disembah oleh ayah nya.

Perbuatan kita disaksikan diakhirat, sebagaimana rasullah, bila tiba di madinah, perkara yg pertama yg dibina ialah masjid iaitu Masjid Quba (pahala nya spt pahala umrah), Kemudian membina masjid Nabawi ( 100 depa x100 depa) dan terus masjid lagi, walaupun umat Islam tidak begitu banyak...kerna untuk membangun peradapan ialah guna masjid. Nabi Muhammad tidak meninggalkan istana tetapi masjid

Tugas seorang muslim tidak lengkap , sehingga kita berdakwah dan membawa orang kafir ke Islam, supaya kita selamat dan mereka jugak selamat.

dan bukti seorang muslim ialah dengan akhlak yg mulia...kasih mengasihi, tolong menolong, bantu membantu, nilai nilai Allah.

jadi lah kita umat umat yang bersaksi, beritiqamah sebagai umat yg betsaksi, bersaksi srbagai muslim, berdiri teguh sehingga akhir hayat,  mendirikan solat ( hubungan dengan Allah)  mengeluarkan zakat ( hubungan dengan manusia). khusunul khatimah diakhir usia

Soalan: sudah kah manusia menyaksikan kita sebagai muslim?










Dr Mustafa Riau
7/5/15 Al Rashidin

Tuesday 5 May 2015

Hadis:

Nabi bersabda: Islam suatu ugama yg asing dan dagang pd permulaan bagi penerimaan org.
wahyu diturunkan, 10 tahun pertama di Mekah, dan 6/10 pertama Nabi menyampaikan ugama Islam dan yg memeluk Islam hanya 40 orang, dan org yg ke40 ialah Saidina Omar b Khatab, dan yg 39 ialah Saidina Hamzah.

Walaupun begitu, Nabi tidak pernah putus asa

Nabi bersabda, sebelum kiamat Islam jugak akan jadi asing dan jauh bikan kerna bukan kurang bilangan tetapi umat Islam akan rasa asing sebab ramai yg tidak beramal dengan Quran dan Sunnah.
Maka mereka yg rasa asing ini beruntung kerna berpegang dengan Quran dan sunnah

Pengajaran, dalam kita menjalankan dakwah, jangan sedih dan kecewa bila dihina dan ada yg dengil

Hadis 2: tanda tanda akhir zaman
Anas b Malik, sabda Nabi, " akan sampai satu zaman, org yg nak berpegang pada Ugama, tetapi sukar pada waktu itu, spt ibarat ia berpegang bara api." 

Pada hari ini, bukan Org Islam sj yg mengganggu , malah yg bukan islam pun mengganggu amalan Islam.

.

Quran suatu S OP yg relevan sehingga kiamat

Undang undang Hudud: hak Allah, bukan undang undang manusia

1. Undang undang Islam
a. Fekah
i. ibadat...solat, haji
ii. muamalat- business
iii. munakahat
iv. jenayah- 3: hudud, qisas, takdir

Hudud:- makna had
6 kesalahan bwh hudud( hanya untuk org islam)
murtad
zina
tuduh zina
curi
rompak
minum arak

Qisas:- wajib bunuh 
bunuh balas bunuh
cedera balas cedera

Takzir
benda yg tak diboleh dibicara atas hudud dan qisas , maka di bawah takzir.



pesanan Nabi dan peringatan Allah dari AlQuran

pesanan Nabi dan peringatan Allah dari AlQuran

Maksud hadis, sesape yg terjaga pd waktu mlm, Lailahaillalah lahulasharikallah lahulkul ....walakhauwalakuataillahhialiulazim
subhanallah walhamdullilah....

Allahumafirlli..

Sabda nabi , bila menyebut kalimah ini, maka dosa nya akan diampun dosa dosa nya, malah apa apa doa , nescaya Allah akan makbulkan doanya.

Jika ditambah dengan befwudu' solat tahajud, solat taubat ...nescaya Allah akan makbulkan doa doa nya.

Ilmu ini cukup simple, yang kita perlukan ialah amalan...semuga kita mendapat manafaat.


Amalan 2: 
surat an Am ayat 162-163

kaum musyirikin yang mengatakan bahwa Nabi Muhammad melakukan solat hanya untuk menunjuk- nunjuk, maka turun ayat ini, menangkas tuduhan ini.

Konsep ibadah, ibadah, asal perkataan - hamba, maka makna, keseluruhan umat Manusia sejak dari Nabi Adam ,
surah ..Tidak lah aku ciptakan manusia selain dari untuk beribadah kpd ku.
Bermakna ada 2:
ibadah khusus- solat, zakat, puasa, haji, mengikut tertib
ibadah umum- kerja mencari rezki, makan dan minum, dan apa2 yg dilakukan dari kita tidur sehingga malam bila kita tidur kembali.

Banyak amalan amalan sunnah yang diajar oleh Nabi Muhammad, yg perlu diamalkan, yang akan menjadikan kita dari celik mata melakukan ibadah, dengan niat kerna Allah.
Walaubagaiman pun jika kita tidak melakukan ibadah khusus, maka ibadah umum tidak punya erti.

Ibadah 4 cara
1. Melalui hati- 
      a. beriman kpd Allah, Iman pada rukun 6, Jika tidak percaya , maka terbatal lah iman kita
      b.Melalui ketaatan, asalnya dari hati, Sabda Nabi" sesungguh dalam tubuh manusia ada seketul                    darah, jika darah ini  baik maka amalan nya jugak baik, tetapi jika darah ini busuk  
      rosak lah amalan nya dan darah hati ialah HATI.  
      c.  Melalui persaan cinta- cinta pada isteri, anak ahli keluaraga , merupakan perkara sunnah saperti yg ditunjuk kan oleh Nabi
       d. Tawakal, tawaduk, khusyuk dalam solat dan takut melakukan maksiat ( dalam hati jugak ibadah)

2: melalui perkataan, iaitu AlQuran, pentingnya pembacaan , terangi rumah dengan Pembacaan AlQuran, zikir dan solat dalam rumah, jika tiada pembacaan Alquran , nescaya malaikat rahmat tidak masuk

Zikir- zikirullah oleh 
Nabi Muhammad saw, 
dan 2 perkataan yg disukai oleh Allah dan mudah disebut, 
tetapi sgt berat pada timbangan Allah
Subhawabihamdi
subhanallahilazim

jugak banyakan berdoa kepada Allah  dan bernazar dengan yang baik dan tidak boleh bernazar diluar kemampuan kita dan jugak bukan bernazar yg menjadi kewajipan

zikir zikir lain  jugak ibadah

3. Ibadah melalui Perbuatan

a. menuntut ilmu- sesiapa yg berusaha menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan bagi nya jalan ke syurga

b. Para malaikat akan bersama orang yg menuntut ilmu dan redha akan nya

c. semua makhluk yg berada didunia, sentiasa memohonkan keampunan untuk orang yg menuntut ilmu

d. Para ambiak tidak tinggal kan harta tetapi ilmu
Nabi - tinggalkan AlQuran dan sunnah Nabi

e. infak, sedekah jariah

MMJB
12/4/15



surah al nisa' ayat 29

Pengharaman memakan harta orang mukmin dengan cara yg batil dan membunuh org lain

Org org yg beriman , ber sifat keimanan kpd Allah samada lelaki dan petempuan , samda dewasa dan kanak2.

ini adalah bentuk larangan , supaya tidak memakan dan mengambil harta dengan jalan yg salah dan haram, melainkan yg dibolehkan dalam bentuk perniagaan sahaja...iaitu suka sama suka.

Termasuk jugak secara rampasan, menganayai orang lain ( termasuk yg faraid).
begitu jugak berbunuhan sesama muslim dan mengambil hartanya, termasuk membuat tuduhan yang tak selayak nya dan membuat tuduhan sehingga menjatuhkan maruahnya.

Membunuh dibolehkan dengan 3 jenis
1. wanita yg berzina ( yg dah berkawin dan berzina mengikut hukum hudud). Ini bagi mencegah perbuatan yang mungkar.
bagaimana nak dapatkan 4 orang saksi dalam hukum hudud dan begitu sukar untuk mendapatkan daksi sehingga 4 orang kerna seorang sudah cukup untuk mencegah( kalau dia lelaki yg beriman)

2. Jiwa dibalas jiwa, membunuh dibalas bunuh. Jika ahli keluarga dibunuh, waris berhak menentukan hukum bunuh atau ampun, ini dinamakan qisas. Jika bunuh dengan tidak sengaja, dikenakan bayaran 100 ekor unta bagi sorang yg dibunuh dan ansuran selama 3 tahun.

3. Murtad, meninggalkan ugama, selepas 3 hari diberi masa untuk bertaubat. Maka dia akan mati dalam kufur.

membunuh diri- jiwa kita hak Allah Taala dan membunuh diri haram .

Bentuk makan dengan cara batil dan haram:
1. Penipuan-  terutama dalam hal jual beli, dan bukan dari kalangan umat Islam dan tidak diakui oleh Nabi Muhammad Saw dan kan duduk dalam neraka Allah
hukum: dosa besar 
Peniaga: kena memberitau keaiban brg yg dijual jika tidak elok
peniaga jugak kadang2 membuat sumpah palsu, kempen jual barang, boleh menjadikan brg yg dijual laku tetapi mengurangkan keberkatan.

syarat untuk berniaga
a. lidah jgn dusta
b. hati kena bersih dari sifat khianat dan hasad
c. jaga solat, fardu dan jumaat

2. Sogokan, atau rasuah. Allah melaknat mereka mereka yg memberi, menerima dan jugak orang tengah. Pelbagai cara sogokan: saperti penghapusan hutang, kuasa , wanita, dan jika berlaku dalam masyarakat, dan akan timbul kelompok2 masyarakat yg berbagai bagai maka masyarakat akan jatuh.

sebab tidak ada sifat Tanaah,
a. sifat berlumba lumba sesama jiran
b. Tidak ada  pernah rasa cukup dan bersyukur

Nabi bersabda dalam hal Tanaah, lihat lah orang yg dibawah kita, dan jgn kita lihat mereka yg di atas kita... cukup apa yg kita ada dan jangan mengira-ngira nekmat orang lain.

Walaubagaimanau  , boleh kita lihat ke atas bagi mereka yg mempunyai lebih ilmunya dan boleh lihat kebawah, dan merasa bersyukur dengan nekmat Allah.

Hadis Nabi, Sesungguhnya sesaorang dari kamu berada dalam rahim ibu selama 40 hari dan Malaikat akan menuliskan perjalanan sesaorang dari sejak 40 hari dalam rahim ibu, dan begitu jugak ajal dan sengsara ataupun bahagia, segala nekmat Allah akan ambil sedikit sedikit.

3. mencuri harta 

4. Riba- sistem kapitalis, yg mengambil untung bagi sebelah pihak sahaja. 


Penting dalam admin
1. pemerintah- penjga rakyat
2. ulamak - menyeru org berbuat baik
3. uniform body- jaga keselamatan  
4. peniaga- pikul amanah untuk masyarat jadi aman