Sunday 30 August 2015

kepimpinan dan pengikut


kepimpinan dan pengikutan jemaah

Jangan lah meminta minta menjadi pemimpin tetapi jika dipilih jugak maka pikul lah dengan amanah

sabda Rasullah" tidak beriman sesaorang sehingga dia menunaikan amanah"

1.  Pemimpin kena cepat bertindak, dan pengikut pun perlu cepat.
2. Pemimpin kena hadir bila di jemput mengikuti program  dan pengikut jugak perlu hadir mengikuti program
3. Jadi pemimpin tentang anak buah dan anak buah jugak ambil berat pemimpin
4. menambah ilmu kepimpinan, bagi menangani pelbagai masalah , jangan lari dari menyelesaikan masalah. cari pendekatan untuk selesaikan masalah.
5. Pemimpin- professional, buat sesuatu dengan bersungguh sungguh
6. Berazam untuk menjadi lebih baik dari organasasi yang lalu 
.7. Perancangan, you fail to plan then you plan to fail.
8. Menghindari program program mengumpat, jadi jujur, fikirkan dan syukur dengan nekmat Allah
9. Bercakap biar berlapik, mintak dengan Allah supaya menyenangkan dan bukan menyusahkan dan jgn mintak panjang cita2 yg menyusahkan
10. applikasi- tidak hanya bercakap tetapi berbuat sama
11. Ukhwah- jangan berhenti persahabatan, jaga kebajikan semua orang
12. Hemah cara bercakap dengan orang, jangan ego, berhemah bila menegur kesilapan dengan cara baik
nak jadi pemimpin, mesti laksanakan apa yg dicakap
13. Amanah 
14. Response, 
15. Istiqamah

selamat di dunia petlu buang 3 perkara:

1. buang perasaan tamak, jgn ambil hak orang
2. buang perasaan dengki, 
3. buang perasaan sombong spt firaun, yg tak pernah sakit, sombong sbb kaya spt qarun ,
untuk tenangkan hati 1.  byk beristifar, 2. baca yassin setiap hari , 3. lahalawallahbillah 









Shamsul
president alumnai debat malaysia

sunat dalam solat

sambungan kitab 
sunat sunat dalam sembahyang
1. Sunat abaat- bila tinggal digalakkan ganti dengan sujud sahwi, : bila tinggal qunut, selawat, tahiyat awal

bila tak ganti, kerugian amat besar, seumpama anggota besar pada tubuh kita, bila kaki dan tangan tak de, tetap hidup

Jadi untuk sempurna solat kita ganti sujud sahwi

2. Sunat Hai'at

assessori pada tubuh yang tidak cacat tetapi tak cantik, seumpama tidak ada hiasan pada tubuh

penjelasan:

1. Takbir 
1.1.   Mengangkat takbir angkat tangan hingga hujung jari sama level  dengan cuping telinga atas.  angkat takbir dengan sempurna dan membetulkan ibujari  dicuping telinga bawah. Maka angkat lah takbir dengan sempurna atau jika tak mampu tak perlu angkat tangan ketika takbir. jika tak sempurna maka tak dapat pahala tetapi solat tetap sah.

kenapa takbir ihram, diharamkan aktiviti diluar solat, melainkan aktiviti pergerakan dalam solat.

1.2. sewaktu hendak rukuk, disunatkan takbir, sama 

1.3 ketika bangkit dari rukuk, sunat angkat takbir

1.4 tetakala bangkit dari tasyauawal , dari sujud 

dengan setiap pergerakan tidak terlalu laju dan terlalu lama , jika solat berjemaah.

2  Meletakkan tangan antra pusat dan dada.
hukum- sunat dalam solat

3. baca doa iftitah
doa permulaan solat, tak kira dolat sunat atau fardu.

4. baca dengan perlahan auzubillah dengan perlahan pada tiap tiap rakaat
dan baca bimillah itu wajib, kerna ianya satu ayat drpd fatihah. setiap amalan perlu kan ilmu.,,tidak sah dan mereka yg berilmu tapi tak beramal berdosa..








tempoh kehidupan ditetapkan Allah


Kitab:
segala makhluk dijadikan Allah dengan umur kehidupan, suatu tempoh kehidupan yg berbeza antara satu sama lain.

selain dari Allah, setiap sesuatu adalah makhluk, iaitu dijadikan Allah, maka semuanya punyai had kehidupan , salah satu antara yang Allah ciptakan.

Setiap yg dah dicipta, tidak akan boleh dienjak atau dicepatkan, dan kematian diiringi dengan pelbagai sebab setelah tiba had yang Allah tentukan.

Apabila tiba ajal atau binasanya sesuatu, jasad akan binasa , rosak, dan bila diakhirat kemusnahan akan meliputi diseluruh dunia. Sampai masa, tiada terkemudian atau tercepat had sesaorang.

sentiasa lah beringat akan kematian, sebab bila tiba masa , tepat masa ajal sampai maka kita tidak dapat mengelak , tinggallah hal hal kesibukan dunia.

Bila doa panjang umur, jugak ditambah amalan kebaikan, kesyukuran dan gunakan masa untuk  amala ibadat.









kuliah magrib MMJB
19/8/15

Saturday 29 August 2015

tafsir kitab disusun

htafsir- ayat 33 surah Muhammad


Meninggalkan amalan sunat selepas melakukan amalan tersebut. 
Allah turunkan ayat ini kpd orang2 yg beriman, dan mereka yg mempunyai sifat keimanan kpd Allah iaitu lelaki dan perempuan kecil dan besar. dan diperintahkan kpd orang2 yg beriman supaya taat kpd Allah

Ibnu kathir- ketaatan kpd Allah adalah kebahagiaan didunia dan diakhirat, satu ketenangan. 
Taat kpd Rasul adalah sebenarnya taat kpd Allah. dan jangan cuba langgar perintah Allah dan kena menjaga diri supaya tidak dedahkan diri dengan azab Allah...seumpamanya ke tempat  tempat yang boleh mengundang kpd kemungkaran walaupun window shopping. mereka yg berjaya akan mendapat ganjaran yg sesungguh nya dari Allah.

Bagi mereka yg engkar dan derhaka akan dibalas dgn neraka Allah, yg melanggar hudud ( batasan)

Zaman ini, kemungkaran dibuat setelah beramal bertahun tahun lamanya, maka terbatal segala amalan

1. Syirik- walaupun hanya niat sahaja telah terbatal dan terhapus amalan baik, maka murtad terus.
begitu jugak dari perbuatan dan percakapan, maka berhati hati dengan perbuatan dan percakapan.

2. Jgn rosak amalan dengan meninggalkan kepatuhan pada Rasullah yg terdapat dalam AlQuran
saperti meninggikan suara, kurangkan nada suara, saperti ayat 2 alhujarat, 
tinggi suara boleh terhapus amalan.


3. Buat dosa besar- amalan yg baik terhapus, spt berzina,  menuduh org baik berzina, minum arak ( walaupun tak mabuk)

4. memakan harta anak yatim- 

5. berjudi- 

6. membunuh

7. riba- unsur unsur dari perbankan, perniagaan secara hutang

8. lain dari medan peperangan

9. melakukan sexual activity-  homo

10. sumpah palsu- dengan menggunakan nama Allah, 

11. orang yang punyai penyakit hati- mazumah, riak, subaah( perasan baik), ujub ( buat kerja nak dpt kepujian( kena kikis dan buang)


12. sedekah yg yak cukup syarat- jgn batalkan dgn beri tetapi bercerita kpd orang, trtapi jika dan perlihatkan supaya org turut bersedekah, maka dibenarkan







Hormati Tetamu

Alhamdullilah Segala puji bagi Allah

Kitab Penenang jiwa:

Kelebihan dan keutamaan menghormati tetamu, terutama yang fakir dan miskin.

Kesempurnaan Menyambut tetamu: dengan wajah yang berseri seri dan bicara yang lembut, tidak ada perbezaan pada semua tetamu. Setiap tetamu membawa rahmat dan berkat.

Dari Anas B Malik, Nabi bersabda , rumah yang tidak didatangi tetamu, malaikat rahmat pun tidak masuk ke dalam rumah itu

Rumah , suatu tempat, yang membuat kita rasa selamat, kita rasa tenang, di mana rumah sentiasa ada rahmat, 

Hukum TV- mengikut Imam Yusuf Qardawi, saperti pedang untuk membunuh orang hukumnya haram tetapi jika digunakan untuk menentang musuh Islam maka hukumnya halal.
TV- membazir waktu,

Menerima tetamu, kita menyediakan makanan , bila tetamu balik,   dan pulang dengan membawa keluar dosa tuan rumah. dan bila makin ramai tetamu makin banyak dosa yang keluar.  Tetamu dimuliakan, dengan diutamakan keselesaan.

Jenis tetamu yg diutamakan , Tetamu yang bertaqwa, dan bukan yang fasik, tak kira darjat mereka. Penting nya taqwa. dan makan lah   kamu drpd org org yg bertaqwa. bermakna tidak ada unsur subha dan haram ( Makanan di rumah, dimasak sendiri, siap dengan zikir, )

Tetamu- siapa yang suka memuliakan tetamu, terutama fakir dan miskin, merupakan akhlak Nabi dan para sahabat.



kehebatan AlQuran

oleh Ustaz Ghazali Zahari AlHafiz

Quran satu mujizat yg diturunkan kpd Rasullah Nabi Muhammad saw, dimulakan dengan Alhamdul, yg tiada pada kitab kitab yg lain. Alhamdul, yg bermakna puji pujian, yg sentiasa disebut oleh ahli ahli syurga dan diantara nya , orang yang sentiasa bertaubat, mereka mereka yg sentiasa menyebut alhamdul.

Sebagai manusia, cukup dengan kita hidup berlandaskan kitab AlQuran, dan sentiasa mencari ilmu Allah. Umat Nabi Muhammad semua nya akan masuk syurga melainkan mereka yang memang tak mahu ke syurga. Oleh itu tuntut lah ilmu, ikut sunnah Nabi, dan mengikut Nabi belajar ilmu adalah wajib bahi lelaki dan perempuan.

ahli syurga:

1.  Sesungguhnya Allah amat suka orang yang sentiasa bertaubat, sentiasa berwudu' , disaat manusia melakukan maksiat dan teringat kpd Allah dan terus beristifar, 

2.  Orang yang beribadat, Allah amat suka kpd manusia ini., manusia yang rukuk dan sujud, iaitu orang yang sembahyang yang terdapat dalam nya quran.

3. orangnyg mencegah orang membuat kemungkaran, hidup dengan rahmat Allah dan untuk mendapat rahmat Allah  baca lah Quran

diakhirat , 5 syafaat
1- dr Allah ayat Kursi
2- Quran, melalui membaca alquran, baca Alikhlas 3 x menyamai khatam alquran  , sesungguhnya orang yang membaca quran akan dapat rahmat Allah
     Di padang Masyar, ketika kesaorangan , Quran akan dtg memberi Syafaat
3 golongan yang boleh memberi syafaat,
 
(3) ambiak, iaitu nabi, maka selalu lah berselawat atas Nabi, sekali selawat akan menerima 10 rahmat ganjarannya dan rahmat yg paling besar, menuntut ilmu
(4) para ulamak- hamba hamba Alah yang Allah sayangi, mereka pewaris pewaris Nabi 
(5) para syuhadah

barang siapa yang baca quran, Allah akan pakaikan mahkota kpd ibubapanya,
Nabi Yusuf- surah yusuf ayat 3-4 , ayat penunduk.untuk suami, anak yg dengil, bengkeng.

puasa sunat di bulan syawal

Ganjaran puasa sunat dibulan syawal seumpama berpuasa selama setahun saperti sabda Rasullah

Pengajaran dari ayat Quran dan amalan nya
surah Alkahfi 103-106

surah yg 18 dari AlQuran, susunan yg telah ditetapkan oleh Allah,  setiap surah dari awal hingga akhir, yg mempunyai kaitan dengan yg lain...merupakan putaran antra satu dengan yg lain.

Dalam surah AlKahfi, kisah Asbul Kahfi. dari Makkiah ( yg diturunkan di Mekah dan sebelumHijrah), yg bertumpu kpd soalan aqidah, 
Manakala Madinniah yg turun di Madinah.

dalam surah Al Kahfi, digalakkan untuk kita membaca ya terutama pada hari Jumaat. dan pengajaran dari ayat di atas 103-105, 

ayat 103- Qul, katakan lah...ada hikmah dalam ayat ini, yg berbentuk seruan, 
"Katakan lah wahai Muhammad", suatu wahyu yg mesti disampaikan oleh Nabi... yang amat penting

Banyak ayat dalam bentuk persoalan dan Allah tak perlukan jawapan. 
dan persoalan manusia yg rugi walaupun mengerjakan amal kebaikan. Rugi- maknanya rugi diakhirat, saperti surah asr.
Orang kaya dengan pandangan- rugi di dunia yg bermakna rugi tidak kekal
Orang yg rugi di sisi Allah - rugi di hari akhir dan tidak boleh menjadi orang beruntung dan dicampakkan ke dalam  neraka.

Ayat ini berbentuk amaran dari Allah, dari orang yang beramal yang tidak terlepas untuk selamat akhirat dan lebih teruk orang tidak beramal

ayat 104- Orang yg rugi disifatkan Allah, mereka yg mengsia siakan kehidupan. Oleh itu laksankan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah. Setiap makhluk yg dicipta oleh Allah hanya untuk mengabdikan hidup mereka kod Allah. Jangan ,mengsia siakan peluang hidup dibumi Allah.

2.  Sifat orang yg rugi- mereka telah mengsia siakan peluang untuk beramal dan tidak mengutamakan amalan kpd Allah. Ini merupakan peringatan kpd Manusia. supaya jgn tertipu dgn aml yg dibuat dan yg perlu diketahui yg amalan kita diterima Allah

ayat 105- Apakah sebab mereka yg beramal termasuk dalam org yg rugi? mereka ini orang yahudi yg mendustakan nabi Muhammad dan nasrani kerna merekat tidak beriman dengan syurga 
Tetapi sebagai hamba Allah kita kena berhati hati,  kerna takut kita mengkufurkan nekmat syurga dan alam akhirat. Takut menjadi orang yg rugi walaupun byk amal yg dibuat dan dicampakkan dalam neraka.

Ayat tahkimiah- semua tanda tanda kebesaran Allah, yg mentadbirkan seluruh alam ini
ayat tazliliah- ayat yg diturunkan, kitab alquran diturunkan kpd umat Rasullah , alquran sebagai pedoman, dan tanggungjawab kita ialah beriman, kepercayaan dan mesti buktikan dengan amalan dan tindakan. Jika kita tidak yakin boleh jatuh kufur , dan bila kufur, bermakna tidak beriman dengan kitab Allah maka kufur keseluruhan iman kpd Allah. Dan Allah tidak akan menilai apa apa amalan mereka diakhirat kelak...saperti debu debu yang berterbangan.

Semuga dengan ayat ini, dapat memperbaiki aqidah kita, berusaha menjaga aqidah dan amal yg kita buat dapat nilai di sisi Allah Taala.




berilmu dan beriman: meminta izin

mukaddimah:-

Menuntut ilmu - selagi hayat dikandung badan, perlu menuntut ilmu.
Apabila duduk di masjid dan duduk dalam suasana menuntut ilmu, maka pasang niat, memohon ampun untuk Allah mengampunkan dosa orang yang berada di dalam majlis ilmu.

Pentingnya berada dalam majlis ilmu:
1. malaikat sentiasa mendoakan mereka yg berada di situ
2. malaikat akan mendengar apa yg disampaikan di majlis itu, dan akan menyampaikan kpd Allah setelah selesai majlis, adakah pujian kpd Allah dan rasul, dan manusia meminta syurga Allah, jauhkan dr neraka jahanam.

Bab: meminta izin

Hadis dari Rasullah 

Sesungguhnya mesti meminta izin untuk masuk rumah sesaorang walaupun rumah ibubapa, supaya tuan rumah tidak berada dalam keadaan yg memalukan.

Dan jika tuan rumah meminta pulang, maka kita perlu balik.

Beri salam sebanyak 3 kali dan perantaraan satu salam dgn yg lain seolah olah membaca surah alfatihah

dan tidak diharuskan memberi salam di tempat yg tidak didiami orang.

Hukum mengsiarkan salam , yg mana boleh mendatangkan ukhwah antara umat, menambah keeratan dan menambah keimanan dan keharmonian antara umat. dan perlu menjawab salam dengan lebih dari pemberi.

tahap 1- assalammuailaikum
tahap 2 - assalammuailaikum warrahmatullah
tahap 3 - assalammuailaikum warrahmatullah  hiwabbarakahhtuh

dari Abu hurairah Nabi bersabda, tak masuk syurga sehingga beriman kpd Allah dan iman jugak  bermakna berkasihan sesama rakan   rakan kita
Setelah itu , berkasih kasihan bertambah, bersatu hati, 

cara nya ucapan salam, berjabat salam, berpelukan dan bukan di hari raya

berkasih sayang, dari hadis tidak beriman sesaorang sehingga dia menyayangi rakan saperti dia menyayangi diri sendiri.




permata bagi org yg beriman

darp Ibnu Massud
Nabi Bersabda" Jgn kamu berkhilaf kerna mereka sebelum kamu berkhilaf dan membawa kemusnahan"

berkihtilaf= tidak bersatu, setiap seorang yang megambil jalan sendiri dan  berlawanan antara satu samalain. Nabi Melarang berkhilaf kerna membawa kemusnahan

khilaf antara ulamak fiqh- tidak bersefakat, 
3 bermakna
pertelingkahan tentang sesuatu, berbeza pendapat mengenai ugama, boleh jugak kerna mengikut hawa nafsu yg menyesatkan ( tidak mengikut hukum syarak). 

oleh sebab ugama itu luas fahamannya, mengikut mazhab yg lain. yang memberi keluasan hukum dan pilih jalan yg tidak khilaf.

dari sahabat Nabi, Saad seorang ahli syurga, yg dilantik sebagai Governor di suatu wilayah. dan semasa perintahan Saidina Omar, Saidina Omar telah memerintah untuk meng"audit" pemerintahan Saad.

dari Abu Huraiarah" awasi kamu dr prasangka buruk dan dilarang prasangka yg menimbulkan dosa. Tetapi prasangka baik dibenarkan."

1. Islam melarang berprasangka buruk, supaya harmoni.
Orang yg hendak mendapat keredhaan Allah, perlu berprasangka baik.

2. Kita dilarangkan bercampur dgn orang ramai untuk mengelakkan prasangka.
jika tidak boleh menguntungkan sesaorang jgn merugikan org
jika tak boleh menyenangkan jgn menyusahkan
jika tak boleh memuji nya jgn pula menghina nya.

3. Gopoh gapah itu sifat syaitan
sikap spt ini bukan org yg cerdik. Orang yg cerdik akan mendengar dulu penjelasan sebelum memberi apa2 jawapan. Jgn gopoh kerna membawa keburukan. Sifat Syaitan- untuk menyesatkan manusia.

keputusan - secara bermesyuarah bukan sendiri untuk semua
dan untuk sendiri, solat istikarah





qada' dan qadar dari Allah

Sifat Allah- yang mencipta lagi menjadikan

Tajuk: Mentakdirkan Ia bagi segala qada , ketentuan yg sedang berlaku dan yg akan berlaku dan tiada makhluk lain yang boleh menentukan sesuatu selain dari Allah Taala. Tidak kira sebesar mana pun makhluk itu tiada kuasa menentukan qada dan qadar.

Makhluk: yang diberi sesuatu dari Allah, ciptaan Allah, yang sentiasa mengharapkan sesuatu kpd Allah Taala.  Mustahil berlaku makhluk melakukan sesuatu tanpa izin Allah Taala, termasuk samada makhluk itu hidup, berjalan dan segala sesuatu. 

Tetapi manusia masih lagi menyembah makhluk yg lain, dan dengan izin Allah, syaitan dan iblis mengheret sama manusia untuk bersamanya ke neraka 

Apa apa yg berlaku , wabak penyakit, banjir, kemarau dan semula jadi dari Allah Taala

Ramadhan, telah meletakkan takdir kpd kita mengikut setahun ke setahun, untuk melihat kesungguhan kita untuk beribadat.

qadar- sebagai sesuatu ketetapan yg di berikan Allah bersama-sama jugak dengan pilihan kita, samada ke arah kebaikan atau sebaliknya. jika perubahan ke arah kebaikan mesti dimulakan oleh diri sendiri dan Allah akan memudahkan.

Tetapi jangan tinggal solat- suruhan yang tidak boleh dielakkan dan tiada qada' langsung. ..sekurang kurangnya solat hormat waktu.

ketetapan dari Allah , supaya mengelakkan kemungkaran, perkara perkara yang mendatangkan dosa dan perlu setuju dengan ketetapan dari Allah Taala.

Jika ingin umur yg panjang
1. byk bersedekah
2. tahajud
3. dan mendapat pahala

50,000 tahun- luf mahfuz  umur akhirat, Allah telah menentukan sebelum mencipta segala makhluk di alam ini.









5/8/15
MMJB
Magrib

"Sesungguhnya aku cinta kepada engku kerna Allah"

Kisah seorang kafir Quraish, jiran Rasullah , Ukbah yang mengajak ke majlis beliau, tetapi Rasullah enggan makan sehingga jiran ini mengucapkan 2x syahadah. Setelah itu Nabi pun makan di rumah jiran ini.

Berita ini pun sampaikan kepada sesaorang bernama Ubai, (yang Rasullah berdoa supaya ia mati diperang Badar sebab terlalu benci)...dan Ubai memintak Ukhbah , sebagai kawan supaya pergi jumpa Nabi , hina Nabi, caci dan meludah ke atas Nabi dan keluar dari islam ...lalu Ukhbah pun berjumpa dan meludah Nabi yang ketika itu sedang sujud di Mekah.

Tetapi penghinaan tersebut, ludah tak sampai disebabkan dihijab kan dari Allah. dan Nabi sebut kan kpd Ukhbah bahawa ada suatu masa akan dipancung kepala ukhbah kerna penghinaan ini.

dan Ukhbah dicederakan dalam perang Badar oleh Saidina Ali dan ketika sakit hendak mati di Mekah, dia pun berkata yang alangkah baik dia berada di pihak Fisabillah dan rugi dia kerna kasih sayang pada sahabat dia yang menentang islam.

Pengajaran:

kasih sayang sahabat yang dibina atas nafsu dunia dan bukan kerna Allah akan hancur, bila tiba hari akhirat, Allah akan bertanya mana dia manusia yang berkasih sayang kerna Aku dan mereka akan diberi lindungi 

Sabda Nabi, ziarah menziarahi sahabat akan merapatkan kasih sayang sewaktu Aidilfitri.

Open house- 
tetamu datang dengan rahmat
dan tetamu pergi dengan penyakit.

tetapi siapa tetamu kita? jemput mereka yang kuat pegangan ugama yang boleh mendoakan kita, yang mampu membawa berkat dan dirahmati untuk majlis kita. dan menziarahi kita kerna Allah

elakkan unsur unsur maksiat dalam majlis kita

Paling baik , buat sesuatu kerna cinta kpd Allah dan kerna bencikan sesuatu kerna Allah

Kisah saorang yang soleh, yang sanggup pergi ke neraka kerna seorang sahabat yang akhirnya Allah masukkan sahabatnya itu ke syurga. Begitu pentingnya perasaan kasih sayang terhadap sahabat kerna Allah dan Nabi.

Doa kepada orang yang berkata

"Sesungguhnya aku cinta kepada engku kerna Allah"

dan dijawab:

"Semoga Allah yang engkau mencintai aku kerananya mencintai engku"
(HR Abu Dawud)






2/8/15
kuliah Suboh MMBJ

selepas Ramadhan

Allah hendak tunjukkan kpd kita , lihat surah albaqarah 180
Yang difardukan solat diatas kamu saperti yg difardukan kpd kaum kaum sebelum kamu dan semuga bertaqwa.

Allah berfirman" Puasa itu milik aku, jadi kita tak perlu risau berapa pahala yg kita dapat"
Di padang masyar- ada sekelompok umat yang muflis , walaupun cukup amalannya, iaitu tersangkut dengan muamalat- example berdosa kerna mengumpat terutama org yg kena umat tidak redha.

Orang yg puasa diberi 5 bonus, sabda Rasullah dr abu hurairah
1. bau mulut kita lebih harum dari kasturi
2. diperindahkan syurga , pasti menjadi penghuni syurga, maka rebut lah nekmat ini
3. dibelenggu syaitan syaitan, yg ada diri kita sendiri
4. malaikat beristifar sepanjang ramadhan, di celah celah kehidupan yang kita di masjid
5. 10 mlm terakhir, zone pengampunan, tetapi Mabi Muhammad menyuruh kita terus berjuang dan beramal dari mula Ramadhan. Nabi sentiasa sentiasa beriftikaf 10 mlm terakhir, dan awasi mlm mlm ganjil

puasa : kurang cakap, kurang tidur dan kurang makan

AlQuran Baca dan faham

Bahasa AlQuran, bahasa yang tinggi, bukan orang Arab saja yg tak faham , malah kita lebih lebih lagi.
Membaca Quran dengan membaca terjemahan adalah lebih senang, maka perlu rajin, resultnya kita akan lebih merasa cerita dalam alQuran 

Untuk lebih faham , perlu belajar ilmu usuluddin.

Mulakan surah surah lazim, untuk memahami, 
dan bacaan dan doa dalam solat, hayati dan tengok pergertian Quran



2. information dihujung jari, penggunaan handphone smartphone, dibawa ke masjid dan bersolat dan phone berbunyi dengan ringtone lagu2 yang mengganggu solat jemaah dan menganggu konsentrasi bersolat jemaah.

Masa solat , gerakkan tangan dan matikan handphone, jika hphone didalam poket atau beg didepan dibolehkan untuk dimatikan, malah mengganggu fokus bersolat jika tidak dimatikan.


mmbj
5/7/15
kuliah subuh