Monday 31 October 2016

Hijrah ke Arah baik Dan lebih baik

Maksud hijrah - yang baik menjadi lebih baik, yang biasa kepada luar biasa, berpindah Dari mazumah ke mahmudah, termasuk pembaiki solat Kita kepada yang lebih berkualiti Dari umur kita 7 tahun lagi.

Proses Hijrah- susah kah ia?

Adakah hijrah ini susah? Ia bergantung kepada niat sesaorang, jika ada nawaitu, lebih senang. Walau bagaimana pun, jika tiada niat , Dan sesaorang itu menerima ujian Dari Allah, sebab Allah sayang kepadanya, tertiba dia boleh berubah 360' iaitu  kurniaan hidayah Daripada Allah. Ujian boleh Dari pelbagai cara,  yang  merubah  keadaannya ketika itu. Semak balik ujian itu , sebab ada hikmahnya 

 Bagaimana mereka yang jauh Dari Jalan Allah sebelum itu boleh berubah?


Bagaimana pula Kita yang sedia faham Akan Amal ibadah tetapi Hanya melakukan di bulan Ramadhan sahaja. Tidak tetap dengan Amal ibadah Dan tidak berterusan.  Betapa payah nya hendak beristiqamah Dan ini adalah antara cabaran untuk beristiqamah. 

Hijrah tidak boleh dilakukan secara mendadak , mesti ada Cara Dan proses

Surah HUD ayat 112
Dari ibnu Abbas" tidak ada satu ayat yg berat yang Diturunkan kepada Nabi Muhammad selain Dari ayat ini....Nabi merasa ayat ini Amat berat Dan sukar. Ayat ini adalah perintah untuk beristiqamah . Maka pengertian Istiqamah, tidak sesaorang itu sanggup untuk tergelincir Dari Jalan yang lurus 

Bila berhijrah- walau pun dah berniat, tapi tidak bergerak kerana ada halangan:
1. Orang itu yang mengunda-nunda berhijrah, Contoh niat nak pegang Quran 1 Shawal Akan tidak tak terlaksana sebab menunda- nunda kerana merasa sudah melakukan di Bulan Ramadhan. Maka dia menjadi hamba Ramadhan 

Begitu jugak dengan puasa puasa sunat, dimana puasa Hanya dilakukan di bulan Ramadhan Dan tidak beristiqamah untuk terus mengambil kesempatan berpuasa sunat yang lain.

Begitu jugak solat subuh di bulan Ramadhan, mereka boleh lakukan tetapi mereka menunda-nunda melakukan nya di bulan yang lain.

2. Orang yang gagal beristiqamah kerna rakan- 
Pepatah menyebut jika Kita berkawan dengan penjual minyak wangi, Kita jugak Akan terbau wanginya.  Bila nak beristiqamah perlu memilih kawan yang baik Supaya mendapat roh Atau semangat untuk berbuat baik. Jika kawan yang solat awal waktu, Kita Akan terpengaruh dengan semangat nya.

Ramai orang yang gagal beristiqamah kerna kawan kawan sekeliling mempengaruhi ke Arah keadaan yang tidak baik. Boleh berkawan tetapi ada batasan nya.

3. Kearapan Kerabat kaum keluarga 
Contoh ibu bapa sangat penting dalam Istiqamah.  Kekadang ada ibubapa yang bimbang jika anak mereka menuju kearah kebaikan, Begitu jugak ada Anak yang tidak selesa apabila ibubapa berubah kearah kebaikan , maka berlaku pemulauan di dalam keluarga sendiri

Maka jangan berputus asa, kerna Allah sentiasa bersama kita, Hasbullah wa' nekmalwakil

4. Lalai dengan perkara yang makruh-
Syaitan Akan terus memujuk ke Jalan yang sesat yang kecil berupa duniawi, saperti hiburan, Telefon  melalaikan manusia kerna  terus berusaha Cuba menyesatkan manusia . Terlalu banyak tidur , terlalu banyak makan, melalaikan kepada perkara wajib 

5. Khuatir- satu sifat tidak percaya pada diri sendiri boleh berubah menjadi baik. Syaitan menanam sifat was was Dan Seterusnya prasangka terhadap diri sendiri.


Oleh itu sentiasa berdoa 


Kuliah Magrib 
Isnin  31/October 2016
Ustaz Mohd Nizam B Wahab




No comments:

Post a Comment