Sunday 11 October 2015

Gandaan pahala bagi perkara yg berkat

3 Perkara berkat

1. Masa yang berkat:
a.   Semasa bulan Ramadhan- bulan yg berkat, pahala berlipat ganda maka jika berbuat maksiat, dosa jugak berganda
b.   Waktu fajar
c.   bulan zulhiijah, Zul kaedah, dan Muharaam-bulan2 haram

2. Tempat - 
Makkah dan Madinah: solat di masjidil haram , pahalanya berlipat ganda 100,000  di Masjiddil Haram, 1000 x ganda dan Aqsa 500x ganda.
Tetapi jugak ada yg buat maksiat di tempat berkat, maka dosa berganda.

Di Masjid, surau, majlis ilmu, tempat berkat, maka jika buat maksiat maka dosa jugak berganda


3. Orang yg berkat
a.   Alim ulamak dan kaum albait
Ulamak- jgn dijadikan musuh

b.   Begitu jugak ibubapa- tanggungjawab mesti buat baik dgn ibubapa. Jangan derhaka walaupun dengan perkataan walaupun  kata " uuhh"

Buat baik dengan ibubapa pahala berganda

c.  Jugak anak anak yatim - buat baik berganda pahala dan begitu sebaliknya.


Masa yg berkat

1.10 hari Zulhijjah sehingga hari tashrik 

tashrik ( hari kering- hari mengeringkan daging) dan jugak termasuk hari putih- pertengahan bulan 13,14,15 bulan Islam disunatkan puasa.

Nabi Saw jugak berpuasa pada hari Arafah pd 9 Zulhijjah - maka sunat berpuasa, supaya Allah mengampunkan dosa setahun yang dulu dan setahun yg akan datang...saperti sabda Rasullah. Maka beruntung lah mereka yang berpuasa pada 9 Zulhijjah 

Nabi jugak berpuasa pada hari Asyurah iaitu 10 Muharram, maka sunat berpuasa, sebab kelebihan jamu orang makan dapat pahala.

cerita Nabi Musa As, yg lari dikejar oleh Firaun, sehingga sampai ke laut Merah, dan Bani Israel, ketakutan dan Nabi Musa memukul laut  dan lalu terbelah luas , dan Nabi Musa dan Bani Israe pun melalui nya

Apabila Firaun, pun mengikut dan ditengah laut , Allah telah menutup balik laut dan barulah Firaun setelah lemas nak beriman dan Allah tidak terima dan Allah melaknat Firaun. dan peristiwa ini berlaku pada 10 Muharram ( orang Israel berpuasa pada ini kerna meraikan kejayaan Nabi Musa)

Lebih afdal kita berpuasa 2-3 hari, 9,10,11 Muharram untuk membezakan puasa Yahudi

Kesimpulan:
Mengikut Nabi Muhammad cara berpuasa
Mingguan- Isnin & khamis
bulanan- 13,14,15 bulan bulan Islam
tahunan - 9 Zulhijjah dan 10 Muharram 
yg afdal - puasa Nabi Daud, selang sehari






No comments:

Post a Comment