Sunday 31 July 2016

Solar berjemaah di masjid

Tanda orang yang beriman bila hatinya sentiasa hendak solat berjemaah di masjid.

Mereka yang melazimkan diri untuk solat berjemaah, menunjukkan tebalnya keimanan sementara mereka yang nipis iman saperti kulit bawang, maka senang lah terkoyak lah kulitnya.

Mereka yang ahli masjid, bila berada di Titian sirat, masih ada curiga bila berada di Titian Sirat kerna bimbang Akan apa neraka...merasa tidak yakin dengan iman Dan amalan, merasa tidak cukup pahala Dan sentiasa muhasabah. orang beriman, sifatnya takut Akan api neraka.  Malah disebabkan pahala itu tidak nampak, mereka terus bimbang Akan takut takut pahalanya berkurang disebabkan perkara perkara mungkar yang dilakukan samada sedar atau pun tidak.

Maka malaikat pun menyuruh mereka beriman perlu yakin saperti sekiranya mereka melalui lautan, maka masjid masjid yang dihadiri Akan datang menyelamatkan  mereka melalui Titian Sirat, masjid masjid termasuk Masjiddil haram , membawa orang beriman ke syurga. Kita wajib beriman kepada perkara yang ghaib. Tidak perlu menggambarkan perkara yang ghaib, Dan perlu yakin dengan sepenuhnya 

Masjid digambarkan berjalan saperti Haiwan kaki yang berwarna putih , harum  saperti kasturi, segala orang yang beriman solat Jemaah Akan mengikut nya. Termasuk jugak mereka yang memelihara solat.
Nota: Memelihara solat dalam keadaan Jemaah, solat awal waktu.

Sabda Nabi "Apabila kamu melihat lelaki lazim ke masjid solat berjemaah, saksikan bagi mu dengan iman". Siapa yang membuat masjid, Allah Akan buatkan mahligai di dalam syurga
Bidadari akan menunggu mereka di syurga. 

Barang siapa melazimi perkara dunia di masjid, Allah menghapuskan amalannya selama 40 tahun.
Elakkan bercakap Hal Hal dunia di dalam masjid. 

Nabi bersabda" seburuk buruk tempat Pekan Dan sebaikbaik tempat ialah masjid"

No comments:

Post a Comment