Sunday 5 April 2015

beriman kpd Malaikat part 2

"sesungguhnya Allah memerintah seorang malaikat dalam proses perbentukan alam ini dan perbentukan manusia dari air mani dan seketul darah"

Maka bertanyalah malaikat kpd Allah tentang perbentukan kejadian manusia, samada diteruskan kejadian, dari jenis dan Allah menegaskan perbentukan itu. Ini adalah cerita yg disampaikan oleh Rasullah kpd para sahabat.

Malaikat akan bertanya kpd Allah dari mula persenyawaan , perlukah disempurnakan? jika ya, maka proses kejadian akan bertukar kpd seketul daging, dan seterusnya malaikat akan bertanya lagi kpd Allah perlukah disempurnakan, jika jawapan nya ya, dan setrusnya di teruskan sempurna untuk di jadikan janin? Jika jawapannya ya, maka jadilah dia janin(4 bulan) 
kemudian malaikat bertanya lagi,  adakah nasib janin ini menjadi baik atau tidak dan samada lelaki dan perempuan dan bagaimana rezekinya? Maka Allah jugak memberitau ajal maut nya sudah ditulis sejak azali lagi, ditetapkan oleh Allah.

Kematian akan berlaku dimana mana sudah ditetapkan dan ada malaikat yg ditugas menjaga nya.


Dalam persenyawaan dari benih lelaki dan perempuan, sudah ditetapkan Allah dihidupkan dan maut jugak ditentukan.

Hadis 2: 

Mengenai amalan yang diangkat oleh  malaikat diwaktu solat subuh dan solat asar.
ditanya oleh Allah akan amalan hamba hamba sewaktu malaikat meninggalkan mereka,  mengikut shift.
malaikat akan turun pada waktu subuh dan tinggal pada waktu asar
begitu jugak shift asar akan  tinggalkan pada waktu subuh.

Maka amalan, kita sekiranya ditinggalkan kita sewaktu kita sedang solat subuh, dan jawapan nya kita ditinggalkan sewaktu kita sedang solat subuh.

2 waktu ini jaga dalam solat berjemaah, adalah orang yg bahagia, disaksikan oleh malaikat, maka jika solat berjemaah pada waktu subuh dan asar, maka bahagialah kita.

Pada baki umor yg kita ada, penuhkan catatan malaikat dgn amalan amalan kebajikan.

Orang yg bertaqwa adalah orang percaya pd ghaib, kpd Allah, mendirikan solat dan menginfakkan harta nya kpd yg patut mendapatkan nya.

Dan jugak org yg beriman kpd kitab alquran dan kitab kitab yg terdahulu, jugak yakin dgn hari akhirat.

mudah mudahan kita menjadi orang orang beriman, bertaqwa dan soleh.


Bagi mereka yg belajar dan tahu, alhamdullilah tetapi bagaimana mereka yg sibuk tentang dunia dan tak sempat solat dan malaikat akan lapor dan catat apa yg mereka buat.

ada jugak manusia yg suka membuat fitnah, dan perbuatan majumah, kurafat, yg keji

Hadis Nabi- dari bukhari muslim dari abu hurairah, " bila Allah hendak membahagiakan hamba nya , Allah akan jugak perintah jibrail membahagiakan dan jibrail akan mengistiharkan kpd penduduk langit untuk mengasihi si polan itu. setelah itu dikasihi oleh penduduk langit., dan org itu akan mendapat sambutan di bumi . 
dan jika Allah benci akan sesaorang, Allah berfirman kpd jibrail supaya benci dan jibrail pun benci dan mengistiharkan kpd penduduk langit dan meminta membenci kpd si polan itu. Maka seluruh penduduk langit membencinya dan dia dipulau oleh penduduk  bumi."

Bagaimana kita? kita perlu buat supaya Allah sayang kat kita, jibrail sayang kat kita, penduduk langit sayang kat kita dan penduduk bumi sayang kat kita.
Maka apa apa perintah dari Allah, malaikat akan menunaikan perintah Allah

Dan ingatlah apabila kita mengucapkan amin setelah imam membaca fatihah serentak dengan imam, maka Allah akan mengampunkan kita.

5/4/15
mjb




No comments:

Post a Comment