Tuesday 14 April 2015

istiqamah


Ayat 112 surah Hud


Istiqamah lah kamu spt yg diperintah kan kamu Wahai Muhammad " firman Allah
sejak dari Nabi Adam, hingga ke Nabi Muhammad mereka menghadapi ujian yg amat berat.

Surah ini byk mengisahkan ramai para Nabi:
1. kisah Nabi Hud dari ayat 50-60 menceritakan ujian yg dihadapi oleh Hud

2. Kisah Nabi Nuh, yg ditakdirkan bersama kaumnya 950 tahun , berdakwah kpd kaum nya tapi tak sampai 100 orang yg mengikut Nabi Nuh 

dalam kisah ini, menunjukkan Nabi Muhammad saw betapa berat amanah yang diberi kpd Rasullah dan Allah perintahkan  kpd Nabi dan org prg yg bersama sama Rasullah, seluruh umat rasullah, maka perintah istiqamah jugak diperintahkkan kpd kita.

Sudah tentu sukar untuk istiqamah 24 jam diatas sejadah,Tiada jaminan untuk masuk syurga, dan perkara yg sukar, dan Allah telah memberi cara istiqamah , jangan kamu melampaui batas

al Imran 112 yg dibaca pd setiap solat jumaat.





Keimanan dengan Akiqah yang betul : dikisahkan 3 lelaki dtg hendak jumpa Nabi tetapi Nabi tiada di rumah dan yg ada hanya Isteri Nabi Aisyah ra.
setelah berbicara, 3 lelaki ini membuat kesimpulan yg ibadah mereka masih terlalu jauh dari Nabi
maka yg 3 lelaki ini ingin:
1: nak puasa tanpa henti dan tak berbuka
2. solat tanpa henti
3. tak mahu kawin dan terus ibafah- 

Setelah mengetahuinya, Nabi memanggil mereka, dan memperbetulkan cara amalan yang tidak melampaui batas

1: nak puasa tanpa henti dan tak berbuka- bahawa, Nabi berpuasa dan jugak Nabi berbuka, bermakna mencari kualiti dalam beribadah dan puasa yg baik ialah puasa Nabi Daud , jika mampu, jika tidak puasa isnin dan khamis.
2. solat tanpa henti, - lebih parah bila mengerjakan yg sunat dan terlepas yg wajib sebab terlalu letih
3. tak mahu kawin dan terus ibadah-  jika berkahwin telah sempurna separuh dari ugama

Sabda  Nabi lagi" dan Barang siapa yg membenci sunnah Nabi, maka dia bukan sebahagian dari umat Muhammad"


pesanan Nabi dan peringatan Allah dari AlQuranPengajaran:

Ayat di  atas nak menggambarkan betapa beratnya tugas Nabi Muhammad saw dalam menyampaikan ajaran Islam dan ini di gambarkan dari cerita perbualan antara Saidina Abu  bakar Al
Siddiq dan Nabi Muhammad saw


suatu hari Saidina Abu Bakar bertanya tentang uban yg tumbuh dikepala dan janggut Nabi Muhammad saw ( berjumlah 20 helai) satu jumlah yg sedikit. Tetapi pertanyaan personal ini, menunjukkan keakraban persahabatan mereka. Maka Nabi pun menjawab, ia disebabkan surah Hud dan sedara sedaranya. ..iaitu ada 5 surah yg yg menyebabkan uban dikepala Rasullah.

surah Hud
Alwaqiah
Fussilat
anambak
al muddaththir

surah2 ini yg membicarakan tentang hari kiamat, dimana alQuran satu amanah yg amat berat

Dalam surat Hasyr, 
Perumpamaan yang Allah beri untuk manusia berfikir.

Pernah suatu hari unta yg membawa Nabi untuk berjalan dan ketika itu turunnya wahyu, ketika itu terduduk unta itu disebabkan beratnya wahyu itu.


Segala apa yg kamu lakukan baik, Allah akan bagi ganjaran...







MMBJ
14/4/15

No comments:

Post a Comment