Sunday 30 August 2015

tempoh kehidupan ditetapkan Allah


Kitab:
segala makhluk dijadikan Allah dengan umur kehidupan, suatu tempoh kehidupan yg berbeza antara satu sama lain.

selain dari Allah, setiap sesuatu adalah makhluk, iaitu dijadikan Allah, maka semuanya punyai had kehidupan , salah satu antara yang Allah ciptakan.

Setiap yg dah dicipta, tidak akan boleh dienjak atau dicepatkan, dan kematian diiringi dengan pelbagai sebab setelah tiba had yang Allah tentukan.

Apabila tiba ajal atau binasanya sesuatu, jasad akan binasa , rosak, dan bila diakhirat kemusnahan akan meliputi diseluruh dunia. Sampai masa, tiada terkemudian atau tercepat had sesaorang.

sentiasa lah beringat akan kematian, sebab bila tiba masa , tepat masa ajal sampai maka kita tidak dapat mengelak , tinggallah hal hal kesibukan dunia.

Bila doa panjang umur, jugak ditambah amalan kebaikan, kesyukuran dan gunakan masa untuk  amala ibadat.









kuliah magrib MMJB
19/8/15

No comments:

Post a Comment