Wednesday 16 September 2015

hijab

surah an Nur


huraian mengenai Hijab dalam AlQuran: AnNoor ayat 31

Ditujukan kpd Kaum lelaki mukmin, supaya menahan pandangan- menundukkan pandangan pada yang tak halal, bermaksud tidak memandang kepada perkara perkara yang tidak halal

Jugak tundukkan pandangan , jaga kehormatan, bagi lelaki jaga batas aurat dari pusat hingga kelutut, diharamkan tengok yang bukan mahram...kecuali jika mengajar, niat mengajar sahaja, jugak ketika berjual beli, atau wanita atau lelaki yang menjadi saksi...tengok sekejap dan segera memalingkan pandangan...termasuk pandangan kpd wanita yang memakai pakaian jenis kain yang melekat atau yang nipis.

Aurat ini termasuk antara ayah dan anak lelaki.

rujukan :  kitan alQutubi
Sabda Nabi" jaga lah aurat kamu melainkan dengan isteri kamu atau hamba" dizaman ini tidak ada hamba.
dan batas antara lelaki, sabda nabi" Jika mampu jangan biarkan aurat dilihat orang"
dan batas ketika  bersendirian sabda Nabi saw " Allah lah yang kamu malu" bermakna perlu rasa malu pada diri sendiri di hadapan Allah.

Malaikat mencatat segala perbuatan jahat dan baik sesaorang, melainkan di 2 tempat
1. ketika berbogel, telanjang- malaikat malu untuk bersama kita
    ketika buang air besar- maka berdoa ketika masuk tandas
2. ketika seorang lelaki mencampuri isterinya

Dan Allah berfirman lagi, dan " barang siapa yang berusaha menyucikan dirinya, maka diri dia sendiri yang beruntung"

Sabda Nabi, dari kitab Tabarani, " Melihat perempuan, lelaki yang terbuka aurat (berseluar pendek )

Hadis dari Saidina Ali, - seorang lelaki sedang berjalan di Madinah dan tetiba terpandang kpd seoarang wanita dan wanita itu jugak memandang dan ketika itu syaitan pun masuk , yang akhirnya lelaki dan wanita itu kagum antara satu sama lain dan pada ketika itu ia terus berjalan yang akhirnya ia terlanggar ke dinding" dan dia bersumpah tak akan bersihkan darah dimuka sehingga berjumpa Rasullah, dan Nabi bersabda " ini merupakan hukuman bagi dosa yang kamu buat"

" menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan" - rahsia mendahulukan menundukkan pandangan, kerna ianya lebih penting , permulaan zina dari pandangan mata.


No comments:

Post a Comment