Wednesday 16 September 2015

Hukum Selawat Atas Nabi

Selawat atas Nabi
Hadis dari Rasullah , bahawa setiap ucapan selawat itu didengar oleh Malaikat dan menyampaikan kpd Rasullah

Sabda lain, sesungguhnya malaikat malaikat yg berada dimeratarata dunia yang mendengar kan salam dari manusia, malaikat ini akan menyampaikan kpd Rasullah.

Bermakna walaupun Nabi Muhammad telah wafat tetapi roh nya tetap hidup dan Nabi akan menjawab salam tersebut.

Ucapan salam dan selawat itu ada lah kewajipan umat Islam dan Allah sendiri berfirman mengenai ini. Dan disetiap jumatt Khatib akan mengingat kan dan membaca perintah Allah itu pada setiap Jumaat.
" Sesungguh nya Allah dan para Malaikat berselawat atas Nabi, dan wahai orang yang beriman hendaklah kamu berselawat atas Nabi" 

Ini melambangkan kecintaan dan sayangnya kita atas Nabi dan ia nya jugak perintah Allah dan oleh itu ialah nya adalah wajib.

Hanya dengan islam kita akan mendapat syurga Allah. dan Islam yg dibawa oleh Rasulllah itu adalah satu nekmat, maka kita mesti lah berselawat pada setiap waktu tak kira malam atau siang. 

Manakala orang yg tidak berselawat dianggap bakhil- dari mata syarak, dianggap tidak mengenang budi terhadap Rasullah saw yang membawa sinar Islam. Dan berdosa tidak mengucapkan selawat dan mendapat kehinaan , jauh dari rahmat Allah 

Fadilat berselawat: BESAR, sebab itu malaikat tidak cuai menyampaikan kpd Rasullah saw

Makna berselawat- berdoa memohon supaya Allah Taala , menambah rahmat, kehormatan dan kepujian  kpd Rasullah saw. Bila kita puji Kekasih Allah , maka Allah pun suka kpd kita.

Maksud selawat
1. taat kpd perintah Allah
2. menunaikan maksud pada yang hak, Rasullah yg diutus oleh Allah, dan mengatasi ugama ugama yg terdahulu
3. mengenang budi Rasullah yg membawa ugama islam yg berada di alam barzakh, nabi pernah bersabda " hidup ku adalah kebaikan kpd mu, dan wafat ku adalah kebaikan kpd mu & memohon ampun kpd kejahatan yg kita buat.
bila berbuat dosa, kita menzalimi diri kita sendiri dan rasullah memohon keampunan bagi kita.

Hukum berselawat: WAJIB

1. wajib berselawat dalam tiap2 solat- tahiyat akhir
2. wajib ketika baca tashahud
3. seumur hidup- sekurangkurang sekali - orang yg baru memeluk Islam yg yak sempat solat
4. ketika mendengar nama nya disebut, atau ketika membaca, ketika mendengar nama Rasullah disebut, atau ketika orang menyebut pangkat kebesaran baginda.

Tahmid, Takbir, 

faedah berselawat: 
1. menerima rahmat dr Allah- mendapat ketenangan jiwa, bahagia dan dimuliakan oleh makhluk di langit dan di dunia.
2. akan sentiasa berdekat dgn Nabi diakhirat kelak
3. dapat syafaat khas dari Rasullah supaya dapat syurga
4. doa darp malaikat supaya kita mendapat keutamaan dalam mendapat rahmat dr Allah
5. terpelihara dari perkara yang mendukacitakan diakhirat
6. musibah - akan terhindar daripadanya

dari abu hurairah
Hadis Nabi " siapa yg berselawat atas ku , Allah anugerah 10 x kebaikan.

dari tarmizi
sabda Nabi " orang yg berhak mendapat syafaat ku, ialah orang yg berselawat atas ku"

hadis sahih
sabda Nabi" sesiapa yg berselawat atas ku, malaikat akan sentiasa berdoa atas nya"

Tepuk dada tanya imam, berapa banyak selawat kita buat?










No comments:

Post a Comment