Saturday 5 December 2015

surah AlBaqara ayat 104- Tafsir


Maksudnya- Allah melarang perkataan " raaina" , beberapa ulamak mengatakan , kalimah ini digunakan oleh orang yahudi yg berbentuk cacian .

Asalnya kalimah baik yg digunakan oleh orang arab dan apabila orang Yahudi mendengar orang arab menggunakan, mereka merasa pelik sebab pada orang yang Yahudi ianya digunakan untuk cacian dan oleh itu Allah melarang penggunaan kalimah ini.

Yahudi terkenal dengan sifat mungkir janji, dan suka memutarbelit perkataan yg asal nya baik

Bukti:
dari ibnu khathir
Allah melarang meniru ucapan orang kafir umpamanya beri ucapan good morning 
Beri salam lebih utama dari good morning 

Dalam surah al nisa ayat 46

" Yahudi dengar dan lihat tetapi engkar"
"Islam dengar dan lihat dan patuh"

Sabda Nabi saw " brang siapa yg mengikut dan menyerupai orang kafir , maka dia termasuk dalam golongan mereka ini"

Sebab Nabi telah mengajar bagaimana kita harus berakhlak dalam pelbagai perbuatan
sebab matlamat orang islam ialah Akhirat 
orang kafir hidup hanya untuk dunia

Meniru perbuatan orang kafir hukumnya berdosa malah lebih berat mengikut cara keagamaan sehingga syirik.

seorang ulamak, Abdul Kader" sesuatu maksiat yg berlaku telah berlaku pada umat yg telah Allah musnah dahulu" 

1. Kaum Nabi Lut dimusnahkan oleh sebab homosexual , bumi diterbalikkan. 
Bila azab diturunkan , tak kira sape semua akan menerima padah dari Allah...amal mahruf nahi mungkar"

Di Brunei sekarang- homosexual sabit kesalahan dihukum mati

oleh itu Allah larang perempuan menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai perempuan samada real atau berlakon, atau jugak percakapan yg menyerupai kaum jenis lain.

2. Zaman Nabi Syuib- kaum madyan, dimusnahkan kerna menipu dalam perniagaan , dimusnahkan dgn gempa bumi yg amat kuat. cari lah berkat dlm mencari rezki.

tambah kemungkaran dgn api

3. zaman Nabi Musa, - Firaun yg merasa dia lebih mulia dari kaum Bani Israel, akhirnya firaun dan bala tentera nya dimusnahkan

4. Nabi Hud- kaum Aad, yg dimusnahkan oleh angin yg kuat, sebab angkuh dan takbur , merasa kuat dan pandai ukir, anak byk, diturunkan azab 7 hari 7 mlm.


Jangan jadi saperti orang kafir atau menyerupai org kafir kelak jadi bahan bakar api neraka





No comments:

Post a Comment