Sunday 28 August 2016

Nabi Ayub - Ustaz Halim Hafiz 28/8/16

Madyan -  Nabi Ayub tinggal di Kota ini 
Seorang yang Kaya, hensem, perlbagai kekayaan
Isteri- Rahmah
Anak- 12
Kaya segalanya, berpengaruh yang hebat Dan berdakwah dengan kekayaan.

Makhluk yang paling dengki terhadap Nabi Ayub - iblis , yang berdialog dengan Allah Dan minta izin dengan Allah untuk pesongkan Nabi Ayub Dan Allah izinkan tapi tak redha.

Menyerupai orang Tua Dan menemui Nabi Ayub, Dan tujuan untuk merosakkan hubungan Dan kekayaan Nabi Ayub  Dan menyebabkan Nabi Ayub jatuh miskin- ujian yang berat

Iblis datang Dan menemui Nabi Ayub Dan menyucuk Nabi Ayub sebab miskin, tapi Nabi Ayub tetap beristiqamah Dan bersyukur kerna mempunyai ramai anak.

Iblis jumpa lagi Allah Dan meminta terus uji Nabi Ayub. Kali ini, iblis buat rancangan nak membunoh kesemua 12 Anak Nya , hanya tinggal isteri sahaja. Tetap Nabi Ayub bersyukur kerna mempunyai seorang isteri yang soleha, Rahmah.

Iblis terus menguji dengan Nabi Ayub dengan kata2 yang menyakitkan , Dan Allah izinkan , akhirnya didatangkan suatu penyakit mistery ( cancer), penyakit kulit, tidak tahu ubat Dan kurus kering 

Iblis telah mempengaruhi penduduk2 untuk mengusir Nabi Ayub Dari Kota madyan, akhirnya tinggal dalam hutan bersama isteri kerna keimanan Nabi Ayub tanpa syarat.

Iblis datang lagi sebagai orang tua, Dan terus menekan Dan diuji keimanan kepada Allah. Tetap Nabi Ayub bersyukur kerna isteri Nya soleha Dan setia. Dan Allah izinkan untuk menggoda Rahmah.

Rahmah digoda oleh Iblis , meminta Rahmah Supaya Nabi Ayub meminta Doa kpd Allah Supaya memberhentikan ujian. Rahmah pun meminta Nabi Ayub , Supaya berdoa kepada Allah kembali hebat saperti dahulu. Tetapi Nabi Ayub menanyakan Berapa lama kehebatan iaitu kebahagian selama 80 tahun Tetapi ujian hanya 8 tahun

Selama 80 tahun - tidak pernah minta hentikan kekayaan dengan pemberian Allah
Dan baru 8 tahun - sudah dah minta hentikan ujian ini...jugak pemberian Allah

Dan Nabi Ayub berkata apabila sihat nanti dia Akan memukul Rahmah dengan 100 sebatan. Rahmah terkejut , dah Rahmah pun meninggalkan Nabi Ayub sendirian Dan kembali ke Kota Madyan.

Tinggal Nabi Ayub sendirian yang kesakitan Dan terus berzikir. Dan Iblis datang lagi Dan terus menekan Nabi Ayub kerna dia tak punyai apa2. 

Nabi Ayub, yang tau orang itu Iblis Laknutullah, terus teguh dengan keimanan.

Dan Iblis terus berjumpa Allah, Dan Allah berfirman yang Nabi Ayub ini Rasullah , Dan Allah memerintahkan malaikat Jibrail berjumpa  Nabi Ayub  Dan hentakkan kakinya , terkeluar lah air Dan apabila meminum air , kembali sembuh, kembali saperti dahulu , Dan kembali ke Kota Madyan , mencari Rahmah.

Setelah berjumpa Rahmah, mereka kembali bersama, Dan Nazar Nabi Ayub untuk memukul isterinya Dan Allah firman Ayat...kumpul 100 jerami, terrlaksanalah Nazar. Dan Nabi Ayub kembali Kaya Maka lebih Kaya Dari dahulu Dan mendapat Anak lagi sebanyak 18 Dan lagi soleh salah seorang Anaknya Nabi Zulkifli.

Kesimpulan
1. Kaya- Nabi Ayub berdakwah dengan kekayaan, jadi tidak salah menjadi Kaya asal kan tawaduk
2. Beriman kepada Allah tanpa syarat, bersyukur dalam apa keadaan samada masa sihat Dan masa sakit
3. Bila diuji, bersabar kerna Allah , Contoh Rahmah, yang sabar



No comments:

Post a Comment