Wednesday 3 August 2016

Soal Nikah Kawin- permasalahan dan hukum

Kes 1. Seorang wanita yang berkahwin 3 kali
Pertama kawin Dan suami A yang meninggal dunia
Kedua kawin dengan B Dan tidak bahagia, Dan wanita Ini meninggalkan suami tanpa cerai 
Dan Seterusnya menikah dengan C, dengan menipu dan memberi bukti yang sijil kematian A.
Sementara B yang mencari wanita ini Dan memfailkan mencari wanita ini. Di takdirkan B pun meninggal dunia.

Sementara Semasa hidup dengan C, Dan melahirkan 3 Anak perempuan Dan 1 lelaki
Dan Anak Nya pula Akan bernikah.

Maka hukum:
Semasa mengahwini  C, dia masih menjadi isteri B sebab tidak mendapat penceraian Daripada B. Maka pernikahan dengan C tidak sah Dan tidak Akan sah Dan anak2 pula jugak tidak sah mengikut hukum syarak.

Maka untuk wali, C tidak boleh menjadi wali. Tetapi Akan pergi ke wali hakim.

Pengajaran: tidak boleh menipu dengan memberi maklumat palsu kerna Akan memberi impak kepada keturunannya Dan Allah Akan menarik keberkatan perkahwinan tersebut 


Komen:
 Anak angkat yang binti kan atas ayah angkat , tanpa hitam putih atau pun menikah selepas perempuan yang sudah mengandung lebih 6 bulan qamariah. 
Jurunikah bertanggungjawab menyelidik latar belakang wali Supaya benar wali yang betul, tertib susunan wali.

Selagi ayah kandung masih hidup, walaupun ibubapa bercerai, wali tetap ke ayah yang masih hidup.
Seterusnya kepada Atuknya, Adik beradik lelaki Dan bapa saudara ( wali aba'ad).

Perlu tahu, jika ayah masih hidup, Adik beradik Dan wali lain tidak boleh menjadi wali.


Cerai

Penceraian- makamah pusat penentuan untuk merujuk kes  penceraian Dan official documents Untuk kes kes penceraian 

Pendaftaran cerai mesti dilakukan dalam masa 14 hari untuk mendapat sijil cerai.

Kes 2: berlaku penceraian tetapi menyebut dengan jelas kepada isteri yang dia merujukkan kembali dengan isteri, tetap sah Dari hukum syarak walaupun Isteri nya tadi tidak mahu kembali.maka masih lagi dalam perkahwinan 

Maka apabila si isteri mendapat sijil cerai tanpa menyatakan suami nya menyebut merujuk kembali, 
Dan Seterusnya si isteri berkahwin lain, maka perkahwinan baru ini tidak sah



Kuliah Magrib 
1/8/16
MMJB 


No comments:

Post a Comment