Sunday 1 March 2015

Sifat Pemaaf :hadis Nabi:


Sifat Pemaaf :hadis Nabi:13/5/14 @Muaz B Jabal Mosque

dari Anas bin Malik r.a., sabda Nabi Muhammad" yang Allah telah berfirman, sekiranya kau terus menerus mendoakan kebinasaan atas orang lain dan ini membinasakan kehidupannya dan atau kau menangguhkan kebinasaan itu, Allah akan makbulkan , maka memaafkan orang yang menzalimi kita adalah lebih baik, kerana Allah maha Pengampun" ini hadis kursi di bawah Alquran MulQarim.

huraian Hadis ini, tentang kemaafan, iaitu kita berusaha memaafkan orang lain.
kehidupan di dunia dengan manusia, bukan setakat menjaga hubungan dengan Alllah tetapi juga dengan sesama makhluk Allah

sebagai hamba , kita ada membuat dosa, samada dosa yang menzalimi diri sendiri, contoh tinggalkan solat dan juga dosa yang melibatkan orang lain. olehitu sebagai manusia, kita ada khilaf, samada kita sedar tentang dosa atau tanpa sedar.

Terutama, Dosa yang melibatkan orang lain, ditakuti kita yang rugi.   Kita akan jadi muflis. 
"Kita ditanya pada soalan yang tidak terang, jawapannya hanya Allah dan Nabi yang tahu"
Sabda Nabi dikalangan umat ku , mereka yang datang ketika kiamat , mereka yang datang dengan pahala pahala yang banyak tetapi, pada masa yang sama membawa dosa orang lain, iaitu mereka ini menzalimi orang lain. Maksudnya mereka yang berdosa menuntut hak sebagai mereka yang dizalimi oleh orang orang nampaknya banyak beramal.

Apabila pahala pahala dibagikan kepada orang orang yang menuntut hak, dan akhirnya apabila pahala kita habis dan pahala menjadi kosong tetapi dosa masih ada, maka kemunchak nya kita akan dicampakkan ke dalam neraka .

Maka kelebihan untuk memaafkan orang lain,:
cerita dizaman Nabi apabila Nabi melalui di kawasan kubur dan melihat seorang wanita menangis dan Nabi pun menasihatii supaya bersabar. Tetapi wanita menjawab yang Nabi tak rasa apa yang dia rasa. Para sahabat terkejut dengan jawapan perempuan tersebut.

Maka Nabi pun berlalu, dan para Sahabat pun bertanya pada perempuan tersebut, dan perempuan sebenarnya tidak mengenal nabi. Setelah itu, Perempuan itu telah pergi ke rumah Rasullah dan terkejut dengan keadaan rumah Rasullah. Perempuan itu terus berjumpa dan meminta maaf atas jawapan nya tadi.

cerita nya tentang hebatnya akhlak nabi, bersifat pemaaf

Bagaimana kedudukan orang yang memaafkan orang lain.?

surah imran ayat 133

Jadi yang afdal, kita memaafkan orang lain jika kita orang yang dizalimi. Mudah mudahan ia akan memberi kesan yang sangat besar untuk diri kita dan jugak bagi orang yang menzalami kita

antara Doa yang mudah Allah makbulkan ialah doa orang yang teranayia, maka ingat jangan kita berdoa dan tetapi maafkan. 

Doa orang yang teranayia mudah dimakbulkan bagaimanapun Allah tidak gemar doa doa begini, sebab Allah bersifat memaafkan hamba hambanya. Maka Allah suka hamba hamba nya segera bertaubat dan minta ampun kepada Allah.
sebab;
1. sebuah kifarah- sebelum ni kita pernah buat kat orang lain
2. bila kita nak doa mintak pembalasan - fikirkan balik adakah kita tak buat dosa kat orang lain?

Maka kita perlu jugak memaafkan  dan kita jugak meminta orang lain supaya memaafkan kita . Maka berusahalah kearah kebaikan memaafkan orang lain, dan Allah akan sediakan syurga pada mereka mereka ini.



13/5/14 @Muaz B Jabal Mosque

No comments:

Post a Comment