Tuesday 16 June 2015

Mengapa beribadah? - Tujuan nya

Setiap ibadah ada tujuan nya, saperti Firman Allah, Setiap hamba yg dijadikan hanya untuk beribadah kepada Allah, iaitu memperhambakan diri kepada Allah dan menyusahkan diri kerna Allah.
Begitu jugak apa apa cara hidup yang menyusahkan diri kerna mengikut perintah Allah, sebagai tanda taat dan syurkur kepada Allah akan nekmat yang diberi.

Seumpama, suruhan solat 5 waktu, bagi mencegah dari perbuatan yang keji dan tak elok. Maka solat 5 waktu mesti dijaga dalam apa jugak keadaan

Maka Ramadhan yang akan datang esok, hanya datang setahun sekali. 
Firman Allah, wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu saperti umat umat yang terdahulu, mudah mudahan puasa ini akan menjadikan kamu orang yang bertaqwa kpd Allah.

Sesaorang yang lagi lama kehidupan maka taraf ketaqwaan mestilah lebih tinggi dan bukan sebaliknya. Kehidupan yang lebih lama , perlu ada matlamat iatu taqwa. Pentingnya TAQWA, sehingga terbatal solat Jumaat jika khatib terlupa menyebut perkataan TAQWA, dan ini mesti disebut setiap hari Jumaat.

TAQWA- Imam Ghazali, dipetik dari Saidina Ali
" 4 definisi TAQWA"
1. TAkut kpd Allah dengan setakut takut nya, secara bersungguh sungguh, kita hidup dimuka bumi sehingga walaupun tak nampak Allah tapi kita tahu Allah melihat kita. Maka takut dengan Allah, makin hampir dengan Allah. Ini berbeza takut dengan makhluk , diri akan menjauhkan diri dengan makhluk yang ditakuti.


2. Melaksanakan apa saja yang Allah perintahkan. example , menutup aurat secara sempurna kerna diakhirat nanti akan berlaku dakwa mendakwa pada yang bertanggung jawab.

tutup aurat:
a. tutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan, maka kaki adalah termasuk aurat
b. pakaian yg dipakai wanita, dengan dua sifat, pakai macam tak pakai
c. pakaian yg tak ketat, kat dada, kat punggung 

3. Redha dengan ujian Allah, iaitu ubat untuk ketenangan, walaupun pelbagai ujian sakit dan sebagainya, sebagai tanda Allah mengampunkan dosa dengan syarat kena redha. Sihat jugak diuji, dengan ketaatan, kaya diuji dengan bersedekah, byk istifar.

4. Bersedia untuk mati- selalu mengingat akan kematian, nak mengharapkan kematian yang diredhai, dalam keadaan yang baik. ..Khunul khatimah, maka orang yg cerdik selalu bersedia dan mengelakkan maksiat.



HAKIM JAWI
MMJB
16/6/15





No comments:

Post a Comment