Saturday 6 June 2015

Taufiq- Solat Berjemaah

Makna Taufiq  - menjadikan taat bagi hamba yg dtg nya Allah Taala
Wajib bagi kita mengsyukuri kehadrat Allah Taala, dan di bagi kpd hamba hamba yg terpilih sahaja yang dikasihi Allah, dan mereka yg mengimarahkan rumah rumah Allah iaitu masjid ( solat berjemaah, beradab dalam masjid) mereka lah ahli ahli syurga.

Ramadhan- bulan bagi umat Muhammad, bulan yang membawa seribu rahmat, bulan yg kita rasa patut rasa gembira, takzim dan buat persiapan untuk menyambut Ramadhan.

Persiapan: untuk Ramadhan yang akan datang
Melakukan solat berjemaah- ketahui lah sesungguhnya ianya sebesar besar sunnah Nabi Muhammad saw, malah sesetengah ulamak berkata ialah nya fardu kifayah ( imam Nawawi)  dan yg lain mengatakan wajib bagi
 setiap lelaki.  Rasullah tidak pernah tinggalkan solat jemaah tak kira waktu musafir, sihat atau sakit, berperang, nak menunjukkan betapa pentingnya solat jemaah

Orang yg kekadang datang bersolat jemaah dan kekadang tak dtg, maka ini selemah2 iman. Maka jika kita sayang akan rasullah, maka berjemaah lah

Kelebihan nya: afdal
1. lebih pahala dari solat seorang diri, 27 darjat lebih. 
2. dan Allah jadikan nya solat sesaorang lebih sempurna
3. sesiapa yg dtg ke masjid ,untuk solat wajib  mendapat pahala haji
 4. sesiapa yg dtg ke masjid untuk solat sunat mendapat pahala umrah

Sesaorang tidak akan meninggalkan solat jemaah melainkan dosa yang dilakukan.

Nabi Muhammad saw dan para sahabat, akan meninggalkan apa apa aktiviti untuk bersolat jemaah bila azan berkumandang

Kisah 1
suatu hari seorang sahabat , Abdullah Ibnu umar) menerima tetamu ( melayankan tetamu dengan baik  itu digalakkan) dan disebabkan kena melayan tetamu dan dia terlepas solat berjemaah di masjid dan dia tersangat dukacita. disebabkan terlepas solat berjemaah, dia kembali ke rumah danmenunaikan solat Isyak sebanyak 27 kali, kerna kuatnya iman dan kerna hendak menimpal pahala solat berjemaah.
dan kerna kepenatan ia pun tertidur dan bermimpi. Dia bermimpi sedang mengejar kumpulan berkuda dan tidak terkejar dengan kudanya. Salah seorang kumpulan berkuda berkata padanya , wahai abdullah tak payah penatkan kudamu sebab kamu tidak akan dapat bersam kami"

Sabda Nabi" sesiapa yg solat 40 dan mendapat takbir waktu ula ( bukan masbuk) dgn imam dapat 2 kelepasan
1. kelepasan api neraka
2. diberi dilepaskan dari sifat munafik, ( sifat munafik, zahir nya beriman tetapi bathin nya disisi Allah tidak beriman). Sabda Rasullah, jika ekor boleh tumbuh nescaya mereka tak boleh berjalan kerna panjangnya ekor mereka). tempat orang munafik, neraka yang terbawah, lebih teruk dari neraka bagi kafir

Ilmu itu hasilnya ialah amal.

Kisah 2
Sebuah kisah Abd Rahman b auf, 
satu hari dia menerima barangan dagangan 400 ekor unta, semasa mengira dagangan dan menjadikan terlewat ke masjid, dan masbuk bersama Rasullah semasa Rasullah sedang rukuk. Selepas solat, dia masih tak puas hati sebab tidak takbir ula dan ini disebabkan barangan dagangan dan dia terus mensedekah kan 400 unta tetapi Rasullah memberitau Abd Rahman , pahalanya masih lagi tidak sama., walaupun termasuk dengan barang barang di atas unta masih tidak menyamai. walaupun di atas setiap unta itu ada seorang hamba tetapi masih tidak sama dengan takbir waktu ula hatta jika Abd Rahman berkuasa dan punyai seluruh dunia ini , masih tidak sama.

Maka solat tidak boleh ditukarkan nilai wang ringgit, dan tidak ada kebaikan bagi mereka yg meninggalkkan solat. dan azab bagi mereka yang meninggalkan solat dengan azab yang amat pedih.
Mereka akan dibangkitkan dari kubur dan disiksa oleh Malaikat, disula dengan halakah dihadapkan kpd Allah.

Orang yang meninggalkan solat , amal ibadat saperti puasa dan doa nya tidak diterima, begitu hina nya mereka di sisi Allah, maka muflis nya mereka disis Allah.


Beramal dibulan Ramadhan, menjadi orang yang benar benar beriman, pelihara ibadah, banyak beristifar.


MMJB
7:6:15








No comments:

Post a Comment