Sunday 28 June 2015

sambungan Hadis 40

hadis 6

Allah mencipta Alrahim...darah persaudaraan...makhluk yang dicpta pada zaman terdahulu dan berdoa dupaya Allah tidak memutuskan nya. Allah menerima doa ini, dan sesiapa yang berusaha menghubungkan tali persuadaraan maka Allah memberi rahmat ke atasnya.
dan sesiapa yang memutuskan tali persaudaraan maka allah memutuskan rahmatnya ke atas mereka mereka ini.

Kita disuruh menyambung persuadaraan kerna ingin mendapat rahmat Allah. 
Marah- suatu tindakan yang tidak patut ada bagi sifat muslim yg ingin di rahmati.
orang yang memutuskan tali saudaraaan perlu baiki dan sambung persaudaraan, 


hadis 7 : dari Abu Hurairah tentang bercakap dgn baik.
Nabi mengaitkan tindak tanduk kita menggambarkan keimanan yg sebenar, tidak hanya pada amalan tetapi jugak muamalat dgn manusia yg lain. 

Hubungan dgn mak bapa jugak mesti baik, bukan hanya beribadah pada Allah tetapi jugak menjaga hubungan dengan ibu bapa.

jugak menghormati dengan guru guru- menyambut dan bersalaman dengan para ustaz , 

jugak menjaga 3 perangai org yg beriman
a. memulia dan menghormati jiran - berbuat baik dengan kemampuan kita, bertegur sapa dan tolong menolong dan tak kira muslim atau tidak.

b. Jika tetamu dtg hendak lah meraikan .

c. bercakap yg baik ataupun diam. cakap apa yg baik dan jika tidak ada yg baik lebih elok diam

hadis 8: gangguan atau menganggu jiran
Nabi bersabda dengan " Dia tidak sempurna iman" , yang jiran nya sentiasa terganggu dgn tindak tanduk nya.
Kena sentiasa ambil berat.

Hadis 9: Bohong dan mencari rahsia orang dan membuat patung sembahan

a. Bohong- tak bermimpi tetapi bohong bermimpi jumpa Nabi...boleh berlaku , soalan apa kah y
benar berlaku?

Jika mimpi buruk, bangun , baca nauuzubillah hembus 3 x sebelah kiri dan jgn cerita dgn org lain...dan doa supaya Allah makbulkan mimpi buruk tidak akan berlaku.

Mimpi Allah yg bagi, tetapi bila berbohong berdosa besar.

untuk pasti kan jumpa Nabi: check feature nabi dan sifat nabi

b.  Mencuri mendengar perbualan anatra 2 orang. benda yg buruk akan diceritakan kpd org lain

c. mencipta patung untuk sembahan

lukisan yg berbentuk yg tak elok yg diagungkan , tidak haram tetapi ubah potrait keluarga di kedudukan yg kurang perhatian.

patung- simpan dan jgn dibuat perhiasan , malaikat rahmat tidak masuk.


4/7/15 Hadis 10

Dari Anas bin Malik, khadam Nabi
Kisah Nabi yang sukar marah, Contoh ikutan, 
nabi bersabda, tentang persuadaraan Islam dan melarang bbrp perkara

iaitu jgn kita saling membenci dan memutuskan persaudaraan mengenai hal hal keduniaan, yang remeh , maka kita tidak boleh memutuskan persaudaraan disebabkan hal dunia. Begitu jugak jgn membenci antara satu sama lain, dan

1.  tak boleh iri hati dengan nekmat yang Allah beri kpd orang lain. Ini akan membakar pahala. Sebagai Islam kita patut menumpang gembira dgn kurniaan nekmat orang islam

2. Mengharapkan nekmat itu hilang dari orang lain

3. Berusaha menghilangkan nekmat tersebut atas orang lain.

Berdoa kpd Allah ( Allah dan Nabi menyuruh kita baca alfalak dan alnas) supaya dihindar dari kejahatan luaran dan dalaman. Mintak taufiq dan hidayah, supaya Allah menunjukkan kejalan yg benar, supaya jgn jadi org yg pandai tetapi tidak beramal.

Nabi bersabda , jadi lah hamba Allah ( orang yg beriman ) yg bersaudara. 

Tidak boleh tidak bertegur sapa lebih 3 hari jika berselisih faham kerna nak meredakan hati, kerna benda benda dunia dan kechik. Lepas 3 hari mesti tegur balik.

kalau bergaduh bab ugama kita boleh tidak bertegur lebih 3 hari,  berdasar kan sahabat yg tidak pergi berjihad dan Allah perintahkan pulaukan selama 1 bulan dan akhirnya diampunkan.
Tujuan nya supaya mereka ini perlu berubah 

Orang Islam tak boleh benci sehingga tak boleh tengok muka.

Hadis 11: 
Nabi sebut bbrp dosa
1. Sumpah dgn nama lain, yg menyebut benda yg pelik pelik
2. bunoh diri, dia akan terus menerus membunoh diri dgn senjata yg digunakan
3. tak boleh bernazar pada benda yg tak dimiliki dan bernazar pada yg maksiat
4. melaknat seorang mukmin, supaya orang itu tak mendapat apa apa kebaikan, Nabi bersabda saperti kita membunoh nya, saperti memaki orang. Cara nak lawan tukar perkataan dgn zikir...melatih hati
Jaga mulut ketika marah dan sedih, jugak ketika sakit dan jgn mudah menudoh org dgn kekufuran dan mengatakan orang masuk neraka ( mengambil alih tugas Allah, maka kita ke neraka akhirnya)

Hadis12: 

Dosa besar melaknat Ibu dan Ayah.
Sabda Nabi, supaya kita bukan punca orang menghina ibubapa kita.

Hadis13: 
jgn mencaci waktu kerna Allah yg mencipta masa. Pada zaman dulu , orang Arabmenyalahkan waktu dan menghina ciptaan Allah, perkara khurafat sewaktu zaman Nabi

Masa kini, jgn terlalu , menyalahkan sesuatu perkara kerna Allah yg mentakdirkan. Kena belajar terima takdir Allah. Jika terlalu marah lebih baik diam....

Hadis 14:
Jangan hunuskan pedang dan jgn bergurau senda dgn senjata.

Hati hati dgn   senjata, untuk keselamatan

Anak panah , jgn dibawa ke tempat awam, nak jugak , maka bungkus elok elok, sebab kalau main main akan berlaku pembunohan tak sengaja... berdosa 

hadis 15:

Syurga dan neraka, makhluk Allah dalam berdebat:
syurga berkata : di dalam ku orang yg miskin dan lemah
Neraka : orang yg sombong  dan kuat, dan zalim

Allah yang akan memasukkan siapa ke syurga dab neraka








No comments:

Post a Comment