Tuesday 5 May 2015

surah al nisa' ayat 29

Pengharaman memakan harta orang mukmin dengan cara yg batil dan membunuh org lain

Org org yg beriman , ber sifat keimanan kpd Allah samada lelaki dan petempuan , samda dewasa dan kanak2.

ini adalah bentuk larangan , supaya tidak memakan dan mengambil harta dengan jalan yg salah dan haram, melainkan yg dibolehkan dalam bentuk perniagaan sahaja...iaitu suka sama suka.

Termasuk jugak secara rampasan, menganayai orang lain ( termasuk yg faraid).
begitu jugak berbunuhan sesama muslim dan mengambil hartanya, termasuk membuat tuduhan yang tak selayak nya dan membuat tuduhan sehingga menjatuhkan maruahnya.

Membunuh dibolehkan dengan 3 jenis
1. wanita yg berzina ( yg dah berkawin dan berzina mengikut hukum hudud). Ini bagi mencegah perbuatan yang mungkar.
bagaimana nak dapatkan 4 orang saksi dalam hukum hudud dan begitu sukar untuk mendapatkan daksi sehingga 4 orang kerna seorang sudah cukup untuk mencegah( kalau dia lelaki yg beriman)

2. Jiwa dibalas jiwa, membunuh dibalas bunuh. Jika ahli keluarga dibunuh, waris berhak menentukan hukum bunuh atau ampun, ini dinamakan qisas. Jika bunuh dengan tidak sengaja, dikenakan bayaran 100 ekor unta bagi sorang yg dibunuh dan ansuran selama 3 tahun.

3. Murtad, meninggalkan ugama, selepas 3 hari diberi masa untuk bertaubat. Maka dia akan mati dalam kufur.

membunuh diri- jiwa kita hak Allah Taala dan membunuh diri haram .

Bentuk makan dengan cara batil dan haram:
1. Penipuan-  terutama dalam hal jual beli, dan bukan dari kalangan umat Islam dan tidak diakui oleh Nabi Muhammad Saw dan kan duduk dalam neraka Allah
hukum: dosa besar 
Peniaga: kena memberitau keaiban brg yg dijual jika tidak elok
peniaga jugak kadang2 membuat sumpah palsu, kempen jual barang, boleh menjadikan brg yg dijual laku tetapi mengurangkan keberkatan.

syarat untuk berniaga
a. lidah jgn dusta
b. hati kena bersih dari sifat khianat dan hasad
c. jaga solat, fardu dan jumaat

2. Sogokan, atau rasuah. Allah melaknat mereka mereka yg memberi, menerima dan jugak orang tengah. Pelbagai cara sogokan: saperti penghapusan hutang, kuasa , wanita, dan jika berlaku dalam masyarakat, dan akan timbul kelompok2 masyarakat yg berbagai bagai maka masyarakat akan jatuh.

sebab tidak ada sifat Tanaah,
a. sifat berlumba lumba sesama jiran
b. Tidak ada  pernah rasa cukup dan bersyukur

Nabi bersabda dalam hal Tanaah, lihat lah orang yg dibawah kita, dan jgn kita lihat mereka yg di atas kita... cukup apa yg kita ada dan jangan mengira-ngira nekmat orang lain.

Walaubagaimanau  , boleh kita lihat ke atas bagi mereka yg mempunyai lebih ilmunya dan boleh lihat kebawah, dan merasa bersyukur dengan nekmat Allah.

Hadis Nabi, Sesungguhnya sesaorang dari kamu berada dalam rahim ibu selama 40 hari dan Malaikat akan menuliskan perjalanan sesaorang dari sejak 40 hari dalam rahim ibu, dan begitu jugak ajal dan sengsara ataupun bahagia, segala nekmat Allah akan ambil sedikit sedikit.

3. mencuri harta 

4. Riba- sistem kapitalis, yg mengambil untung bagi sebelah pihak sahaja. 


Penting dalam admin
1. pemerintah- penjga rakyat
2. ulamak - menyeru org berbuat baik
3. uniform body- jaga keselamatan  
4. peniaga- pikul amanah untuk masyarat jadi aman






No comments:

Post a Comment