Friday 8 May 2015

saya seorang muslim, saksikan lah


keistimewean masjid

mendapat nekmat, rahmat, berkat dan fadhilat.

Bila berada di rumah Allah,
seorang muslim, berucap shahadah, bermakna dia seorang muslim - biasa
yg luar biasa - wahai manusia saksikan lah saya seorang muslim

AlHaj ayat 78
dalam ayat ini Allah berfirman, berusahalah, dengan berjihad, iaitu melakukan lebih ibadatnya, beramal nya, berkorban  harta benda dan nyawa dalam memperjuangkan kebenaran. Bukti nya sebagai muslim sejati, dan perangai disaksikan oleh manusia. Dan tiada apa yang dilakukan menjadi berat sebabkan kuatnya iman.

Dan nama yang Allah berikan, iaitu Muslim amat besar harganya.
Maka saksikan kita sebagai Muslim sejati. Dan jangan mati jika tidak bersaksi sebagai muslim sejati...islam

Kisah Nabi Yaakub yang memanggil anak anak dipenghujung usia, siapa kah yg akan anak nya akan sembah, maka jawab anak nya yang mereka akan menyembah tuhan yang disembah oleh ayah nya.

Perbuatan kita disaksikan diakhirat, sebagaimana rasullah, bila tiba di madinah, perkara yg pertama yg dibina ialah masjid iaitu Masjid Quba (pahala nya spt pahala umrah), Kemudian membina masjid Nabawi ( 100 depa x100 depa) dan terus masjid lagi, walaupun umat Islam tidak begitu banyak...kerna untuk membangun peradapan ialah guna masjid. Nabi Muhammad tidak meninggalkan istana tetapi masjid

Tugas seorang muslim tidak lengkap , sehingga kita berdakwah dan membawa orang kafir ke Islam, supaya kita selamat dan mereka jugak selamat.

dan bukti seorang muslim ialah dengan akhlak yg mulia...kasih mengasihi, tolong menolong, bantu membantu, nilai nilai Allah.

jadi lah kita umat umat yang bersaksi, beritiqamah sebagai umat yg betsaksi, bersaksi srbagai muslim, berdiri teguh sehingga akhir hayat,  mendirikan solat ( hubungan dengan Allah)  mengeluarkan zakat ( hubungan dengan manusia). khusunul khatimah diakhir usia

Soalan: sudah kah manusia menyaksikan kita sebagai muslim?










Dr Mustafa Riau
7/5/15 Al Rashidin

No comments:

Post a Comment