Tuesday 19 May 2015

sambungan nekmat bagi Bani israel

Sambungan nekmat kpd Bani israel , yg diceritakan oleh Nabi Muhammad Saw kpd kaum Nabi Musa
ayat 49-54,

nekmat yg 6
sambungan ayat 55,
bagaimana Allah Taala nyata, bagaiman bani israel mengatakan kpd Nabi Musa bagaimana mereka takkan beriman sehingga mereka nampak Allah, Maka Allah turunkan petir dan mereka mati dan Allah menghidupkan mereka kembali dengan tujuan supaya mereka bersyukur tentang banyak nya nekmat yang Allah bagi pada mereka.

seramai 70 orang yg selamat selepas menyeberang Laut Merah, dan ditempatkan di kawasan nama DIN, yang tak ada hala tuju, dan mereka tinggal disitu selama beberapa tahun dan tujuan untuk bertemu Allah Taala.  Puak ini tak puas hati dengan zat Allah dan menuntut untuk melihat zat Allah. dengan sekonyong-konyong ribut petir menyambar mereka dan mati , mati selama sehari semalam, dan  sempat melihat keadaan mereka yang sengsara setelah mati. Dan mereka meminta dihidupkan semula...dan Allah hidupkan mereka semula, supaya mereka bersyukur akan nekmat Allah. 

mereka mencabar zat Allah , kita tak boleh mencabar zat Allah, kerna kekurangan kita.
 tidak saja diturunkan kpd Bani Israel tetapi pd seluruh umat manusia.

Allah Taala tidak dapat dilihat dengan mata, kerna kita umat yang lemah/terbatas

Nekmat untuk penghuni syurga , nekmat yg paling tinggi, melihat Allah Taala...wajah ahli2 berseri-seri 

nekmat ke 7
ayat 56

Kami lindung mereka dengan awan putih yang tebal selepas mereka terlepas dari buruan Firaun...selama 40 tahun, dimana mereka berjalan( ini berlaku jugak kpd Nabi Muhammad saw ketika ke Syam) di kawasan yang tandus. 

nekmat 8:
Lalu Allah Taala turunkan sepohon pokok yang besar dan makanan yg enak dan air mencurah curah ( yg dicampur dgn madu) selama 40 tahun.

nekmat 9:
ayat 57
dikurniakan tempat yang mulia, iaitu Baitulmuqaddis, lalu makan apa saja yang ada di Baitulmuaqaddis.
Saperti Bukit Golan, tempat yang subor, hasil tanaman yg sangat hebat, pokok zaiton hidup dengan subor dan boleh hidup beratus tahun.
Dan masuklah sekali lagi dan sujud dan mintak ampun (tunduk) kpd Allah, tetapi Bani Israel masuk dengan mengesot ngesot kan punggung dan Allah perintahkan supaya tunduk kpd Allah, tetapi Bani Israel engkar dan menghina Allah kalimah asal. Maka Allah tidak akan mengampunkan dosa mereka. bila Nabi Musa meninggalkan mereka.
Setelah itu mereka ditimpakandengan satu penyakit, wabak taun  dari langit dan mereka berjumlah 70,000 dari generasi pertama, mati sekali lagi.

nekmat 10

Ketika Mabi Musa memohon air untuk kaumnya, dan Allah memerintah kan ketukkan tongkat yg diberi Nabi Syuib, diketuk kan batu, dan terpancar lah 12 mataair....(Lalu Nabi Yaakub 12 anak diberi kpd anak Nabi Yaakub.)... nekmat yg diberi pada kaumnya yang kehausan. Maka Allah perintahkan makan dan minum dan jangan buat kerosakan di atas bumi . Ini berbeza dengan perbuatan yang diperintah dalam kitab taurat.

ayat ini ...mtk hujan

sunat solat istaq...solat mintak hujan secara sendirian
selepas solat jumaat ...mtk hujan
sunat solat beramai-ramai mrk hujan






No comments:

Post a Comment