Tuesday 19 May 2015

Kepentingan Solat - dari peristiwa Israj dan Mihraj

Israj dan mihraj
Hanya Allah sahaja yang tahu apa apa yang akan berlaku dan manusia tidak mampu menolak dari menerima apa apa peristiwa yang akan datang.

Allah dan para amalaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad saw, jadi semua umat Muhammad perlu berselawat atas Nabi..

Tentang syurga dan neraka ada diberitahu dalam Quran, dan peristiwa israk dan mihraj berlaku setahun sebelum berlaku Hijrah. Sejarah demi sejarah diceritakan dalam AlQuran beribu dan beratus tahun sebelum kehadiran Nabi  Muhammad. Manusia perlu memikir bagaimana  nabi Muhammad boleh membaca cerita cerita silam . Pada waktu itu, Abu Jahal menindakkan kerna pakai akal ( akal tak sampai) tetapi Abu Bakar Alsiddiq mempercayai kerna memikirkan lebih jauh dari itu.

Hendak kebenaran dengan kata kata Nabi, dia diuji dengan mereka yang pernah pergi ke Aqsa dan Allah memperlihatkan kpd Nabi untuk menceritakan.

Perjalanan ini dari Masjidil Haram ke AlAqsa...dimana Allah kelilingi Rasullah dengan keberkatan dan memperlihatkan kebesaran Allah. Rasullah menunggang burak yg lajunya serupa kilat dan ketika dalam perjalanan Nabi berhenti sebentar di Madinah - dgn diberitahu oleh Jibrail , supaya solat di situ.

Kemudian ke satu lagi tempat, iaitu Madiyan, dan sepanjang perjalanan berbagai peristiwa saperti:
1: wanita tua - merupakan dunia yg sudah tua
2: disimpang - iblis
3. 3 salam - yg beri salam dan dijawab oleh Nabi

dan pelbagai azab dipertontonkan kpd Rasullah dan setiap azab rasullah bertanya kpd Jibrail dan dijawab oleh Jibrail.

Rasullah dijemput oleh Allah kerna nak beritahu kpd Rasullah tentang kewajipan bersolat. Tentang nilai nilai kehidupan:
1. Niat- buat sembahyang kerna Allah Taala
2. Bukan kerna riak.atau nak menunjuk nunjuk

Berat nya bersolat yang dituntut dan dari kaji selidik % tersangat rendah. 

Dari Alquran, sesungguhnya solat dapat mencegah perkara keji dan mungkar. dan jugak yang solat jugak " ramai yg solat tak khusyuk  sebab lalai, fokus hilang, tetap masuk neraka" dan perbuatan solat tak dapat mencegah dari perkara mungkar.
Dan Allah mencari orang yang betul solat dengan khusyuk: Bagaiamana?
1. memahami dan menghayati ayat ayat yg dibaca sebab itu ada lah doa, yg sentiasa meminta hidayah
2. bermusabah diri untuk memperbaiki solat kita
3. Kena bayangkan berhadapan dgn Allah atau melihat Allah dan bayangkan Allah sedang melihat kita, fokus dan anggap kita sedang berkata kata dgn kita.

Tanggungjawab sebagai muslim kpd muslim yang lain supaya bersolat:
1. usaha agar satu keluarga bersolat dengan baik
2. sahabat2 kita
3.  satu organasasi

Solat itu berat pada yang tak tahu
dan ringan bagi yang sudah biasa, menjadikan seronok , dapat musabah, fokus kpd Allah dan persiapan untuk hari esok, yang kita tidak tahu akan dtg nya. Dunia ini sementara, apa yang kita milliki akan ditinggal dan hanya membawa amalan2 dan sedekah/ infak 
.

Begitu jugak rukun2 Islam yg lain,  yang diwajibkan kerna melatih umat Islam menjadi jujur, displin, ihsan, berkasih sayang,bertanggung jawab, dan Allah memerhatikan kita.












13/5/15
27 rejab
Ustaz 
KAGAT
AlSyikirin

No comments:

Post a Comment